Sunday, 16 September 2012

LABUAN WAJIB DIBERI ROYALTI MINYAK SABAH




Oleh : NOOR HALIM DATUK ZAINI

TIDAK dinafikan Wilayah Persekutuan Labuan telah lebih maju jika dibandingkan dengan pulau tersebut ketika masih di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah. Pembangunan yang lebih teratur dan cantik ini sangat mengasyikkan tapi pada masa yang sama semua faktor pembangunan yang pesat dan moden ini secara tidak langsung meninggikan taraf hidup penduduk pulau ini; ditambah lagi hampir semua barang keperluan asas di'import' dari tanah besar Negeri Sabah.

Kerajaan seharusnya mempunyai langkah-langkah yang drastik bagi mengekang kenaikan harga barang dan harga perkhidmatan di Pulau Labuan yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kerajaan wajib menghapus atau mengurangkan semua cukai yang boleh membebankan penguna dan perniagaan secara langsung atau tidak langsung. Subsidi harus diberikan kepada faktor yang ketara menyebabkan harga barang meningkat seperti pengangkutan barangan ke Pulau Labuan.

Dengan keluasan pulau yang sekecil ini dengan tenaga kerja yang terhad, kerajaan harus menumpukan perhatian lebih kepada industri berteknologi tinggi, pelancongan dan industri pendidikan kerana ini lebih praktikal dilakukan di Labuan. 

Oleh kerana Pulau Labuan terletak di kawasan pengeluaran minyak dan gas, maka rakyat Labuan juga berhak menerima royalti minyak seperti Negeri Sabah. Dengan adanya pendapatan royalti minyak untuk Pulau Labuan; akan boleh disuntikkan ke mana-mana sektor yang boleh memberi impak segera bagi menurunkan harga barang di pulau ini.

Pendapatan dari royalti minyak tersebut juga boleh mengubah hala tuju pulau ini ke arah yang lebih praktikal bagi jangka panjang. Berdasarkan royalti Negeri Sabah sekarang ini, Pulau Labuan seharusnya mendapat dalam angaran RM21 juta setahun berdasarkan peratusan nisbah penduduk antara Labuan dan Sabah.

Dengan pengumuman semalam di Labuan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah berjanji akan membina sebuah jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah setelah Pakatan Rakyat  mengambil alih Putrajaya nanti; akan memberi harapan baru bagi rakyat pulau ini untuk menyelesaikan masalah harga mahal di pulau ini.

Lagi pun jika pembinaan jambatan tersebut  yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, maka kos akan jauh lebih murah berbanding dengan kos yang dicanangkan oleh pemerintah sekarang ini.

Kos yang sederhana  ini akan menjadi justifikasi kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek ini dan ditambahkan lagi dengan adanya royalti minyak yang diberi tidak akan membeban rakyat Malaysia dari negeri lain.

11 comments:

  1. Labuan tidak patut mendapat royalti Sabah. Kerana Labuan adalah persekutuan dan bukannya dibawah kerajaan negeri Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alangkah baiknya jika Labuan masih lagi bersama Sabah.

      Delete
  2. Itu cuma janji politik sebenarnyan apa yang Anwar katakan. Maka berhati-hati dengan apa yang Anwar katakan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. ini hanya strategi pembangkang untuk mengumpan rakyat.

      Delete
  3. Bukankah Labuan ada sumber minyaknya sendiri?

    ReplyDelete
  4. Memang baguslah kalau ada jambatan yang menghubungkan Labuan dan Tanah Besar Sabah. tapi mampukah pakatan ni sedangkan janji2 yang sebelum ni pun belum lagi ditunaikan semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jambatan Labuan Sabah perlu dibina. ia dpt menghubungkan Sabah dan Labuan.

      Delete
  5. Sabah dan Labuan perlu ada royalti minyak mereka masing2.

    ReplyDelete
  6. "Oleh kerana Pulau Labuan terletak di kawasan pengeluaran minyak dan gas, maka rakyat Labuan juga berhak menerima royalti minyak seperti Negeri Sabah."

    Labuan adalah wilayah persekutuan.. bukankah kerajaan persekutuan juga memperolehi royalti minyak dari semua negeri2 pengeluar minyak?? kenapa perlu ambil lagi bahagian untuk sabah?

    ReplyDelete
  7. "Dengan pengumuman semalam di Labuan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah berjanji akan membina sebuah jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah"

    baik Anwar selesaikan dulu janji air percuma di selangor..

    ReplyDelete
  8. bila Anwar sudah terdesak, macam2 janji mega dia ungkapkan.. tidak mustahil juga jika selepas ini Anwar akan menjanjikan jambatan dari sabah ke kuala lumpur..

    ReplyDelete