HEBAT......Mampukah Ibrahim Menudin (kiri), James Tsai (tengah) dan Datuk Douglas Lind menguburkan UMNO di Labuan? Ibrahim perlu ingat bahawa politik bukanlah politeknik kerana boleh mengajar, sebaliknya akan diajar rakyat jika gagal menonjolkan diri pada PRU akan datang.
Oleh : AWANGKU HALIM PG TENGAH
PENYERTAAN Mantan Bendahari Badan
Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin bersama dua orang peguam
ternama di Sabah, James Tsai dan Datuk Douglas Lind ke dalam PKR kelmarin bukan
sahaja dilihat sebagai gelombang yang mungkin mampu menenggelamkan kesombongan
UMNO; malah turut menguburkan PAS di Pulau Bebas Cukai berkenaan.
Pada pilihanraya umum 2008,
kerusi Parlimen berkenaan ditandingi PAS, tetapi dengan kemasukan Ibrahim
Menudin, PAS pasti akan menggigit jari kerana sudah pastinya kerusi berkenaan
akan beralih kepada PKR yang mula mengukuhkan kubunya selepas PRU-12.
Ramai pemerhati politik
Sabah berpendapat Ibrahim Menudin sebagai 'Underdog' kerana tidak mempunyai pengaruh
di Labuan; malah penyertaan dua peguam berkenaan tidak memberikan sebarang
impak atau mampu mengurangkan kekuatan UMNO dan BN yang bersetinggan sementara
waktu menyokong 'Ahli Parlimen Bankrap'; namun kekuatan pengundi masih berpaksikan
kepada Ketua UMNO Labuan yang digantung jawatannya oleh 'Mahkamah Kangaroo',
Datuk Suhaili Abdul Rahman.
Penyertaan Ibrahim hanya
mendapat sindirin sinis kerana kewujudnyanya di Sabah sebagai 'Golongan Elit' atau
'Kera Sumbang' dalam UMNO yang tidak mempunyai 'Akar Umbi'; tidak sehebat Ahli
Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Okin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri
Wilfred Mojilip Bumburing.
Anwar nampaknya terus
melakukan kesilapan demi kesilapan kerana setelah Lajim dan Bumburing kini
tidak ubah seperti 'Pengacau' dalam Pakatan Rakyat kerana masih 'tinggal di
Rumah Hantu' di luar Pakatan Rakyat (tidak menyertai salah satu Gabungan PR);
kemasukan Ibrahim menyebabkan pengundi tegar UMNO kembali bersatu di dalam
UMNO; apatah lagi kerana hampir pasti BN akan menurunkan kembali Suhaili yang
masih mempunyai akar umbi di Labuan, tetapi hanya setelah Tengku Adnan
disingkirkan sebagai Setiausaha Agung UMNO dalam waktu terdekat.
Kelmarin, Naib Presiden
Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan penyertaan Ibrahim ke dalam PKR tidak
akan menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri tersebut kerana perkara
itu adalah asam garam dalam politik.
Jelas Shafie yang sebelum
ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita, penyertaan
Ibrahim ke dalam PKR itu juga merupakan bukti kebebasan amalan demokrasi di
negara ini dan turut melihat Ibrahim bukan ancaman kepada BN jika beliau
bertanding di Parlimen Labuan dalam pilihan raya akan datang.
Ibrahim merupakan pemimpin
keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah mengikut jejak langkah Naib
Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap, Timbalan
Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, dan
Datuk Seri Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.
Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu
pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah
Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi
Parlimen.
Pada pilihan raya 2008, BN
hilang majoriti dua pertiga Parlimen dan hilang penguasaan terhadap lima negeri
termasuk Kelantan di semenanjung.
Penyelamat BN datang dari
Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55
kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini. Bagaimanapun, BN
kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula memiliki empat
kerusi.
Ibrahim yang sebelum ini
diwar-warkan sebagai Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah antara Februari
2002 hingga Mac 2004 dan kini, adalah Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad,
Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah dan Pengerusi Amanah
Perbualan Borneo; sudah pastinya kehilangan semua jawatannya; sama taraf dengan
Pengerusi DAP Labuan, Lau Seng Kiat?
Walaupun Ibrahim juga adalah
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk Sapura, Kencana Petroleum bermula 9 Mac
2012 dan Lembaga Pengarah SapuraCrest sejak 22 November 2007; namun semua ini
tidak akan menyumbang kerusi buat Pakatan Rakyat menewaskan UMNO di Labuan
kerana 'Pengundi Tegar' masih daripada kalangan warganegara asing yang mendapat
kerakyatan segera.
Mengikut rekod, Ibrahim
memulakan kerjaya di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Ketua Akauntan
Sabah dari 1976 hingga 1979. Pada 1980, Ibrahim menjadi Ketua Pegawai Eksekutif
Dana Pelaburan Bumiputra Sabah sehingga 1985.
Beliau pernah berkhidmat
sebagai Pengerusi Sabah Gas Industries Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Sabah Forest
Industries Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Kerajaan perbadanan yang terlibat dalam
kewangan, perhutanan, pembuatan, perladangan, hotel dan pembangunan hartanah.
Ibrahim juga pernah dilantik
sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dari
Mac 1986 hingga 31 Oktober 2001.
Beliau merupakan Pengerusi
Malaysia Smelting Corporation Berhad dari Oktober 1985 hingga Oktober 2001,
selain menjadi Pengerusi Borneo Conservation Trust (BCT) sejak 30 November
2009.
Namun dalam politik, terutama
politik 'Kepulauan' yang tertutup di Labuan, penyertaan Ibrahim hanyalah
membuang masa dan tenaga PKR atau PR yang sepatutnya menumpukan perhatian di
Semenanjung Malaysia kerana BN masih kuat di Sabah dan Labuan berbanding di
Malaya.
Gugat UMNO rasanya tidak juga. Hanya setakat menyertai parti PR tidak akan menggugat sokongan rakyat.
ReplyDeleteUMNO masih kuat.
DeleteKalau kita lihat usaha PR di Sabah dan Sarawak sememangnya cuba untuk menawan kedua negeri ini. Kerana mereka tahu jika Sabah dan Sarawak jatuh ketangan mereka maka kerajaan akan menjadi milik mereka.
ReplyDeletekekuatan yang ada pada PR sekarang masih belum boleh menandingi BN.
DeletePada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu. bukan mudah nak tewas kan Bn di Sabah.
DeleteTunggulah PRU nanti. kita akan tahu sejauhmana keupayaan Ibrahim.
ReplyDeleteLet see Ibrahim manage to get support.
DeletePR patut fokus di semenanjung bukan sabah dan sarawak...
ReplyDeleteberkemungkinan PRu13 adalah tsunami politik di Sabah>?
DeleteMungkin PR akan mencapai kemenangan yang tidak terjangka?
Deleteibrahim tidak akan memberikan ancaman kepada BN sabah di labuan...
ReplyDeleteKetua Menteri Datuk Seri Musa Aman menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak terjejas berikutan tindakan Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
ReplyDeleteBelum cuba tapi sudah tahu. BN Labuan tidak tergugat.
ReplyDeleteNot sure who the people support in labuan.
ReplyDeleteBN juga tergugat selepas lompat parti ahli UMNO.
ReplyDeleteKami menantikan macam mana BN menentang pembangkang selepas kehilangan ahli yang berbakat dan pengalaman di UMNO.
DeleteKerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.
ReplyDeleteWho can ensure these? The people mind are hardly to predict. May be majority of them will jump party?
Sabah tidak lagi kubu UMNO sebab rakyat sudah sedar dan bijak menilai.
Deletehancurlah rakyat Labuan jika memilih katak untuk mewakili suara mereka di parlimen..
ReplyDeletekenapa timbul isu PKR dan PAS di Labuan? kedua2 parti ini mahu meletakkan calon?? apa guna duduk bawah payung yang sama jika tidak ada kesefahaman?
ReplyDelete