Oleh : OPALYN MOK, IDA LIM
DAN MD IZWAN
NIBONG TEBAL : Datuk Seri
Anwar Ibrahim menyandarkan sokongannya kepada DAP untuk terus memimpin Pulau
Pinang menjelang pilihan raya umum (PRU) walaupun tidak disenangi oleh penduduk
Melayu tempatan, sambil berkata beliau lebih rela menjadi 'Alat Cina' DAP
daripada bekerja dengan MCA.
Perkara tersebut dinyatakan
Anwar dalam sebuah ceramah besar semalam di negeri kepulauan tersebut selepas
Barisan Nasional (BN) mendapat kembali keyakinan memenangi semula 17 kerusi
dewan undangan negeri (Dun) dan peluang sama rata di lima negeri lain milik
Pakatan Rakyat (PR).
Umno dan BN ketika ini
memiliki 11 kerusi manakala selebihnya daripada 40 kerusi Dun adalah milik PR.
“Mereka boleh kata Anwar
telah jadi alat Cina. Jadi apa masalahnya? Lebih bagus saya baik dengan Lim,
yang jauh lebih baik daripada Chua tetapi jika kamu mahu memilih Chua, silalah
teruskan. Saya lebih rela memilih pemimpin Cina dalam PKR dan DAP,” kata Anwar
kepada ribuan yang merujuk kepada rakannya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng dan musuh mereka presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Dr Chua dan partinya dilihat
sering mengkritip DAP dengan menggunakan akhbar rasmi mereka The Star untuk
menghentam setiausaha agung DAP tersebut kerana mengawal projek pembangunan dan
gagal melindungi kepentingan masyarakat Cina.
DAP juga dituduh sebagai
mendokong rancangan kerajaan negara Islam oleh PAS.
Bagaimanapun, media lain
yang dikawal oleh BN menggambarkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu dalam
negeri pengeluaran dan pelancongan tersebut.
Anwar merupakan penceramah
utama dalam perhimpunan semalam yang diadakan sempena Kongres Kebangsaan DAP di
pulau itu.
Kira-kira 10 ribu orang
ramai menghadiri perhimpunan tersebut yang diadakan di padang berlumpur selepas
hujan lebat, ramai membawa payung dan kerusi sendiri untuk mendengar ceramah
pemimpin PR tersebut.
Walaupun Nibong Tebal
mempunyai majoriti bukan Melayu (55 peratus) tinggi berbanding Melayu (45
peratus), ceramah semalam dihadiri lebih ramai orang Melayu yang datang untuk
mendengar dan memberikan sokongan kepada PR.
Beberapa hadirin yang sempat
dihampiri The Malaysian Insider memberitahu mereka tidak mempercayai laporan
mengatakan Lim atau DAP sebagai seorang anti-Melayu dan Islam.
Salmah Ahmad, 41 yang datang
jauh dari Bukit Mertajam bersama suami dan anaknya berusia 12 tahun berkata
polisi pentadbiran negeri menjaga Muslim dan orang Melayu.
“Peruntukkan terhadap
sekolah agama meningkat setiap tahun dan juga pemberian bantuan sekali bagi
kepada warga emas yang didaftarkan dibawah Program Penghargaan Warga Emas telah
memberikan imej baik kepada DAP,” kata beliau.
“Mereka (Umno) boleh kata
apa yang mereka suka tapi kami boleh berfikir dan bandingkan antara yang baik
dan buruk.”
Seorang lagi pengundi,
Fairuz Seman, 44 dari Seberang Perai keliru apabila Lim dilabel sebagai
anti-Melayu dan Islam hanya kerana berasal daripada kaum Cina.
“Bekas Ketua Menteri dahulu
pun Cina, tapi dia tidak pula dituduh sebagai anti itu dan ini. Selagi
pentadbiran negeri baik dan menjalankan kerja tanpa masalah, ia bukan bermakna
mereka sebagai anti-Melayu dan anti-Muslim,” kata beliau.
Ahmad Fitri, 31 bersetuju
Lim sudah melakukan banyak perkara untuk membantu Melayu dan Muslim tempatan menerusi
peruntukkan yang disalurkan.
“Orang Melayu Pulau Pinang
memilih pemimpin yang bersih dan pentadbiran yang baik bukannya berdasarkan
agama dan bangsa,” jelas beliau.
Perhimpunan tersebut yang
bermula sejak jam 5 petang untuk lewat tengah malam itu menyaksikan pemimpin PR
bergilir-gilir menyampaikan ceramah.
Terdapat juga pemimpin bukan
kerajaan seperti Bersih dan anti-Lynas yang hadir untuk menyampaikan bantahan
mereka semasa perhimpunan semalam itu. (TMI)
No comments:
Post a Comment