Tuesday, 11 December 2012

AZIZAH TONTON BOLA BERSAMA ORANG RAMAI





GEMBIRA.....AZIZAH (berdiri kiri) dan Isnin (berdiri tiga kiri) kelihatan gembira ketika menyaksikan gol pertama Malaysia.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur, Isnin Aliasnih menonton siaran langsung Malayisa menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki 2012 bersama orang ramai di Kg Rancangan Klias dan di Uptown di sini, malam kelmarin.

Azizah dan Isnin yang menonton perlawanan itu melalui skrin besar di Kg Rancangan Klias beredar ke tapak tamu belia Uptown di Pekan Beaufort pada separuh masa kedua.

Selesai perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 itu Isnin dan Azizah menyampaikan hadiah kepada pengunjung bertuah.

Azizah dan Isnin berharap seluruh rakyat Malaysia terus memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya pada perlawanan penentuan untuk menempah tiket ke perlawanan akhir di Stadium Supachalasai di Bangkok pada 13 Disember akan datang.

1 comment:

  1. Pemimpin yang selalu berfikir untuk memajukan rakyat dan negeri, tiada kesempatan menonton pertandingan sipak bola. Inilah gaya pemimpin Sabah.

    ReplyDelete