SANDAKAN : Selaras dengan
ikrar Janji Ditepati, tiada siapa boleh menafikan bahawa kerajaan Barisan
Nasional (BN) telah membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada rakyat dan
negeri Sabah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata jika diimbas
kembali, ketika mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk turun padang dan melakukan tinjauan
mesra untuk merasai denyutan nadi rakyat.
Katanya ini dibuktikan
apabila Perdana Menteri telah memperjuangkan banyak agenda penting untuk
kesejahteraan rakyat.
"Pemimpin BN turun
padang bukan dengan tangan kosong, bukan hanya berucap dan berceramah, tetapi
merasai denyut nadi rakyat, tepati janji, prihatin terhadap masalah rakyat dan
memastikan masa depan rakyat terjamin," katanya.
Pelbagai inisiatif dan
bantuan untuk membantu meringankan beban rakyat dilaksanakan, antaranya dalam
Belanjawan 2013 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, Kedai Rakyat
1Malaysia, bantuan persekolahan, baucar buku dan banyak lagi, katanya pada
Majlis Bersama Rakyat Parlimen Batu Sapi dan upacara pecah tanah projek Masjid
Lupak Meluas berharga RM5 juta yang disempurnakan oleh Najib di sini. (Bernama)
No comments:
Post a Comment