HOS
BOCOR…Hussien dan Awang Mohd mereka menunjukkan hos bocor ini kecuaian pihak
bomba.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ZAMAN ABM FAJEER
SEMUANYA ini berpunca daripada
kelembapan dan kelalaian pihak bomba memadamkan api dalam tragedi kebakaran malam tadi
untuk menyelamatkan sederet rumah papan
yang berusia 57 tahun yang menempatkan
4 unit pintu ruang kedai antaranya
Kedai Perabut, Kedai Runcit, Kedai Tayar dan Bengkel telah dipersalahkan
oleh mangsa kebakaran tersebut.
Dua (2) orang mangsa tragedi
yang sempat ditemui oleh Sabahkini.Net di lokasi tragedi berkenaan
iaitu Awang Mohd Noh Utuh dan
Hussin bin Omar, salah seorang pemilik Kedai Perabot, Khuzaini Enterprise.
Mereka mendakwa, setibanya
tiga buah jentera Bomba yang dibantu 17 anggota ke lokasi berkenaan, mereka
tidak buat apa-apa selama 40 minit untuk memadamkan api yang semakin membesar.
"Sekiranya pihak bomba
pantas dan bergerak cergas untuk memadamkan api setidak-tidaknya, separuh dari premis
itu boleh diselamatkan lagi. Ini tidak, mereka hanya melihat dan membiarkan sahaja
sehingga jam 2 pagi; barulah mereka memadamkan api. Mereka tunggu arahan
daripada pegawai baru bergerak,” dakwa Awang Mohd yang sedih kerana habis harta
bendanya terbakar.
LEMBAB….Hussien
mendakwa pihak Bomba terlalu lembap untuk memadam api.
Kata Awang Mohd lagi, tiga buah jentera bomba yang datang ke tempat
kejadian tidak dibekalkan air dan mereka menggunakan hos untuk disambung ke
paip pili bomba yang berhampiran; malangnya hos yang digunakan bocor sehingga
tekanan air begitu rendah.
"Kalau beginilah cara
anggota bekerja yang tidak efisyen dan pantas, nanti banyak lagi rumah yang
terbakar memang tidak dapat diselamatkan,”
tegas Hussien Amir.
Apapun, kata
Hussien dan Awang Mohd, mereka redha apa yang berlaku menimpa diri mereka
baik dan buruknya takdir Illahi, namun berharap agar kecuaian
Bomba tidak berulang.
No comments:
Post a Comment