KUALA LUMPUR : Jakarta
menasihatkan rakyatnya tidak harus bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia
berikutan kes layanan teruk melibatkan warganya yang semakin meningkat.
“Pihak pemerintah Malaysia
harus ambil tindakan tegas, atau lebih baik pembantu rumah dari Indonesia tidak
bekerja di Malaysia.
“Mereka (Malaysia) mahu
pembantu rumah dari Indonesia, tetapi mereka tidak boleh melindungi pembantu
rumah dari negara kami,” kata Suryana Sastradiredja, jurucakap kedutaan
Indonesia yang dilaporkan AFP.
Sabtu yang lalu, jabatan
imigresen menyelamatkan 105 pekerja asing yang dikurung dalam agensi pembantu
rumah di Bandar Baru Klang.
95 orang wanita,
kebanyakannya warga Indonesia, telah didakwa dipaksa bekerja sebagai pembantu
rumah selama enam bulan tanpa gaji.
Mereka mendakwa agensi
tersebut melayan mereka begitu teruk dan makanan dicatu untuk mereka.
Jakarta telah meletakkan
larangan kepada pembantu rumah dari negaranya pada tahun 2009 ke Malaysia,
tetapi larangan tersebut dibatalkan setahun kemudian.
Tetapi pembantu rumah dari
Indonesia semakin berkurangan untuk ke Malaysia walaupun pembatalan larangan
tersebut, dengan mengatakan kurang dari 100 orang bekerja dengan cara sah.
Sastradiredja juga berkata,
Indonesia bimbang ribuan pekerja warganya yang bekerja di Malaysia secara haram
kerana dijanjikan bayaran lumayan sedang bekerja dalam keadaan yang berbahaya.
Laporan baru menunjukkan kes
terbaru melibatkan warga Indonesia bulan lalu, apabila seorang pekerja restoran
mendakwa beliau dirogol oleh tiga orang polis, dan seorang lagi berusia 15
tahun dirogol oleh majikannya.
Bulan lalu, menteri sumber
manusia Datuk Dr S Subramaniam memberitahu bahawa Putrajaya terus mempunyai
hubungan yang baik dengan Jakarta walaupun insiden itu berlaku.
Beliau kemudian menyalahkan
media dan badan bukan kerajaan Indonesia kerana mensensasikan insiden tersebut
“dengan begitu emosi”.
Beliau menambah, langkah
tegas akan diambil untuk menyampaikan mesej kepada pekerja asing bahawa mereka akan
dilindungi melalui sistem perundangan negara.
Pada Ogos, pemerhati
memberitahu The Malaysian Insider bahawa tawaran gaji yang lebih tinggi dan
ekonomi Indonesia yang semakin meningkat menyebabkan Malaysia menjadi tidak
menarik di kalangan pembantu rumah Indonesia.
Pembantu rumah Indonesia di
Malaysia mendapat gaji minimum RM650, sementara gaji minimum yang dibenarkan di
Singapura ialah S$450 (RM1,126) dan HK$3,740 (RM1,500) di Hong Kong.
Mereka juga mendapat cuti
mandatori di Singapura dan Hong Kong dimana cuti mandatori untuk mereka di sini
masih lagi diperdebatkan.
No comments:
Post a Comment