SEORANG pelajar perempuan
berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah
rumah, pada jam 2 pagi baru-baru ini. Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama
Ima, mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine (syabu) ketika
berusia 13 tahun.
Dari siasatan awal, Ima
membuat pengakuan pernah dirogol Iebih 20 remaja Ielaki dan lima daripadanya merupakan
murid sekolah berusia di antara14 hingga 17 tahun.
Mangsa turut memberikan
kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya. Ima berkata,
Iebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.
"Saya berkawan dengan
mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai.
Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan,” katanya.
Menurutnya, kejadian terkini
berlaku dua minggu Ialu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di
Jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani
nafsu mereka.
"Selain rumah tinggal
dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oIeh beberapa remaja di tengah
padang permainan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan
dibuat oIeh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah
penyeliaan rumah perlindungan.
"Melakukan hubungan
seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai rogol
walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya.
"Mangsa juga
memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai
nama suspek yang ditulis oIeh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua
suspek terlibat,” katanya. (Rileksantai)
No comments:
Post a Comment