Tuesday, 11 December 2012

HAMISA SAMAT MINUM AIR KENCING SENDIRI?






Oleh : SUARNI MAAMUT

MUSLIMAT Pas Kalabakan semalam menyanggah kenyataan ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat yang disiarkan akhbar tempatan, Harian Ekspres, Jumaat lalu berhubung krisis air di Kelantan.

Ahli Jawatan Kuasanya, Fatmawaty binti Haji Mohd Yusuf menyatakan kekesalan sikap seseorang yang bergelar Yang Berhormat tetapi bersikap lebih mencari masalah orang lain sedangkan masalah sendiri tidak dapat diatasi.

Menurut beliau, Hamisa sepatutnya lebih prihatin dan mengambil tahu hal ehwal rakyat kawasan yang diwakilinya; sebaliknya Fatmawatyn  hairan dan turut mempersoalkan bagaimana Hamisa sanggup memperkecilkan Kerajaan Pas Kelantan dengan isu air sedangkan air di kawasannya senarionya lebih kronik.

Dalam kenyataan medianya, tegas Fatmawaty, Hamisa berkata Kerajaan Pas Kelantan masih tidak dapat menyelesaikan isu air walaupun sudah 20 tahun dipilih rakyat sebagai kerajaan.

"Seorang Ketua Masyarakat di kawasan DUN Tanjung Batu dengan sinis menempelak kenyataan Hamisa kerana menurutnya, Hamisa Samat tidak pernah mengambil berat hal rakyat kawasannya. Mereka sekampung sehingga hari ini masih terpaksa ke sungai mendapatkan air untuk kegunaan seharian," ujar Fatmawaty yang meminta Hamisa cermin diri sebelum menuding jari kepada orang lain kerana senarionya seperti Hamisa minum air kencing sendiri.

No comments:

Post a Comment