BIADAP…Salah
seorang kakitangan Makmal JPL Klinik Sandakan yang sedang mengasari para
pesakit yang ingin menjalankan ujian darah dan sebagainya.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KEBIADAPAN dan tidak kesopanan
tiga orang kakitangan Jabatan Pesakit Luar (JPL) yang ditugaskan di bahagian
makmal (pemeriksaan darah) dan di bahagian kaunter telah mengasari dan memperbodohkan
para pesakit luar yang ingin mendapatkan khidmat; sama ada untuk pemeriksaan
darah tinggi, kencing manis dan sebagainya telah menimbulkan kemarahan pesakit kerana
mereka dilayan seperti binatang.
Sikap kejahilan mereka dalam
menjalankan tugas di bahagian makmal tersebut langsung tidak beretika sehingga boleh
menjejaskan nama baik Jabatan Pesakit Luar (JPL) dan kerajaan Barisan Nasional
(BN).
Insiden tersebut disaksikan
sendiri Wartawan yang secara kebetulan berada di bahagian makmal tersebut kerana
sebahagian besar di antara 200 pesakit tiba-tiba melenting dan memarahi pembantu
Hospital dan seorang jururawat yang
ditugaskan untuk memeriksa dan mengambil sempel darah disebabkan telah
memperbodohkan pesakit kerana ada jururawat yang memberi notis bahawa mereka
akan menjalani ujian sekali lagi pada
jam 11.00 pagi hari yang sama.
Dalam pada itu seorang
jururawat pula mengarahkan para pesakit tersebut supaya mengambil borang kerana
sebelum ini semuanya telah mengambil borang; tambahan pula mengeluarkan
kata-kata kesat dan berkata bukan-bukan kepada beberapa pesakit.
MANGSA…kelihatan
para pesakit yang menjadi mangsa keadaan.
Selama ini Sabahkini.Net menerima
banyak aduan orang ramai yang berkunjung ke JPL banyak karena yang timbul
dilakukan oleh unit berkenaan agak kurang dipercayai; tetapi kelmarin, 5
Disember 2012 terbukti bahawa perbuatan segeintir kaki tangan yang ditugaskan
di JPL memang kurang ajar dan biadap kepada para pesakit yang ingin mendapatkan
rawatan doktor dan sebagainya.
Sabahkini. Net menggesa Pengarah
JPL agar menegur beberapa kakitangan yang berkelakuan biadap kerana perkara ini
boleh menyumbang kekalahan kerajaan BN pada PRU 13 nanti.
Jika para jururawat mahu menunjukkan
perangai buruk mereka, janganlah di hadapan pesakit atau orang awam kerana
mungkin salah seorang daripada mereka adalah wartawan Sabahkini.net yag tidak
gentar merakam gambar mereka.
dalam gambar ditunjukkan, ia tak mengambarkan situasi sebenar, tak nampak sngt bentuk kekasaran. dedahkanlah dalam bentuk video, baru nampak.
ReplyDeleteapapun, sebagai pekerja, harus menjalan kerja dgn baik, pesakit adalah pelanggan, harus dilayan dgn baik. pekerja2 JPL yang bersikap bagitu harus dikenakan tindakan.
ReplyDeletelebih baik laksanakan tugas dengan sebaik mungkin
DeleteKakitangan yang mempunyai masalah disiplin semasa bekerja pasti akan dikenakan tindakan. tidak akan dibiar begitu saja.
ReplyDeletetindakan tatatertib kepada mereka yang melanggar etika kerja
DeletePerkara ni kena disiasat dahulu barulah tindakan diambil.
ReplyDeletePihak atasan perlu mengambil berat mengenai aduan tersebut
DeleteKena profesional ketika melaksanakan tugas. jangan terlalu mengikut perasaan marah walaupun rasa tercabar.
ReplyDeletePekerjaan berdepan dengan pesakit memerlukan kesabaran yang tinggi
Deletemereka harus ikut etika kerja
ReplyDelete