WAWANCARA….Sabahkini.Net
sedang menemubual Pegawai Operasi Bomba Johnny Yap mengenai kebakaran tersebut.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ZAMAN ABM FAJEER
SEDERET Rumah Papan yang
berusia 57 tahun yang terletak di Jalan Pantai Chi Wah, Batu 1.5, Jalan utara Sandakan musnah dijilat api dalam
satu tragedi kebakaran malam tadi.
Menurut saksi rumah papan tersebut yang menempatkan 4 unit ruang
untuk kedai Runcit, Kedai Perabut, Kedai
Tayar dan Bengkel terbakar pada jam 11 malam kelihatan api bermula dari
belakang kedai perabut berkenaan.
Pegawai Operasi Perkhidmatan dan Penyelamat Bomba Sandakan, Johnny Yapp
dalam satu wawancara dengan media menjelaskan di tempat tragedi pagi
tadi, antara lain menjelaskan pihaknya telah menerima panggilan kira-kira 12
tengah malam dan bergegas pergi ke tempat
kejadian dengan 3 buah jentera dan 17 orang anggota, tetapi bomba tidak
sempat menghalang kebakaran tersebut kerana api marak dengan begitu kuat
sekali.
Bagaimanapun, Bomba berjaya
mengawal api agar tidak merebak ke bangunan berhampiran tepat jam 2 pagi.
LAWAT…Datuk
V.K Liew dan Datuk Awang Sham turut melawat ke tempat tragedi tersebut.
Kata Johnny, punca kebakaran
dan taksiran kerugian harta benda masih dalam siasatan lagi dan bersyukur
kerana tiada kemalangan jiwa dalam insiden tersebut.
Dalam pada itu Ahli Parlimen
Sandakan, Datuk V.K Liew dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Datuk Hj
Awang Sham Amit yang dimaklumkan mengenai tragedi tersebut bergegas pergi ke
lokasi tersebut.
V.K Liew dan Awang Sham
turut simpati kepada keluarga yang ditimpa musibbah dan berharap agar bersabar
untuk menerima segala dugaan dengan tabah.
“Saya akan memberi bantuan
kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut pada masa terdekat ini," ujarnya
V.K.Liew demi untuk meringankan beban.
No comments:
Post a Comment