PERTAHAN.....Ramli
turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar, dan berharap Ismail
diberikan peluang membuktikan keupayaannya.
Oleh : MD IZWAN
KUALA LUMPUR : Tan Sri Musa
Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis
Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes
jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya
Datuk Ramli Yusuff.
Bekas pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam
sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein
sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis.
“JSJK pernah menangkap
seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006. Tengku
Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.
“Kemudiaan, saya serahkan
kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan
habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepada The
Malaysian Insider apabila dihubungi.
Polis veteran bersara itu
menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail,
yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang
tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, di mana beberapa media arus perdana
mensensasikan sebagai kes 'Polis RM27 juta'.
“Sebaliknya, AG mengarahkan
Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan
memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka,” kata Ramli,
yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.
Apabila ditanya apakah bukti
untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata “Kalau apa yang saya katakan tidak
betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani.
Berani kerana benar.”
Ramli turut mempertahankan
pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang
membuktikan keupayaannya.
“Persepsi buruk bermula
daripada zaman Musa Hassan. Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki
imej tersebut,” kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai
terhadap pasukan polis.
“Pada saya, tidak adil lah
jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang.”
Ramli mendakwa kritikan
terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara
baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara
sama.
“Dia mula menjadi vokal dan
mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin
mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya,” kata Ramli yang mengganggap
ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.
Musa bertugas sebagai KPN
selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes
rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.
Dalam kenyataannya minggu
lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan Hishammuddin adalah antara
salah satu punca beliau tidak dilanjutkan kontrak sebagai KPN.
Pasukan polis dan beberapa
agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri.
“Apabila saya mendapati
arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa
pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.
“Jadi saya tekankan
kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah
hak KPN, bukan seorang menteri. Saya beritahu dia secara baik, tapi dia tidak
suka.
“Sebab itu (jawatan) saya
tidak disambung,” dakwa Musa dalam sidang akhbar dianjurkan oleh Pasukan
Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO)
yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh
PDRM”.
NGO tersebut mendakwa mereka
mempunyai statistik jenayah 'sebenar' daripada pasukan polis yang dituduh
mereka telah 'dimanipulasi' sebelum dikeluarkan kepada orang awam.
MyWatch juga mengakui mereka
memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.
Mereka merancang untuk
mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan
bekerja dengan mereka.
Musa juga memetik Seksyen 4
(1) Akta Polis, yang menyatakan arahan polis hanya perlu datang dari KPN, yang
akan bertanggungjawab terhadap arahan tersebut.
Beliau berkata bahawa arahan
dan kawalan ke atas pasukan polis perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada
KPN, sambil menambah bahawa tiada individu lain harus diberikan hak sama demi
untuk semak dan imbang dalam sistem.
Beliau turut mengkritik
penggantinya, Ismail sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah
kepada ahli politik yang berpengaruh. (MKINI)
No comments:
Post a Comment