DEKATI....Melalui
program Jelajah Salam Sayang, Azizah dan pemimpin masyaraka dapat mendekati
rakyat dengan lebih berkesan dn rakyat berpeluang menyatakan sebarang
permasalahan yang mereka hadapi.
BEAUFORT: Exco Pergerakan
Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan bahawa perjuangan Umno
kekal untuk kepentingan Agama, bangsa dan negara.
“Kita pertahankan Agama
Islam tetapi kita juga meghormati agama lain. Kita pertahankan bangsa kita dan
kita hormati bangsa lain. Kita pertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara
ini untuk menjamin masa depan seluruh rakyat negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada
program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort di rumah
kediaman Ismawi Saidi Kg Menanjung di sini kelmarin.
Hadir sama, Ketua Daerah
Wong Sameh, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg
Menanjong, Norsaindah Kastamoni, Ketua Derah Mengundi, Dulakim Padi, pemipin
parti komponen Barisan Nasional Beaufort, pemimpin masyarakat dan penduduk
setempat.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias itu mengajak pemimpin dan penduduk agar memberi
sokongan terhadap perjuangan parti dan pemimpin yang benar-benar memperjuangkan
kepentingan rakyat.
Beliau setrusnya membidas
pemimpin yang mengkhianati perjuangan parti setelah memperolehi nikmat dan
kesenangan.
“Kita mesti menolak pemimpin
yang mempermainkan bangsa kita. Setelah lebih 25 tahun dia menjadi pemimpin
kita. Setelah mendapat kesenangan dari nikmat yang dibawa oleh BN akhirnya
menjadi pengkhianat kepada parti.
“Pemimpin yang tidak
mengenang budi ini perlu kita tolak kerana mereka mempunyai agenda tersendiri
demi kepntingan peribadi dan bukan berjuang untuk rakyat,” katanya sambil
mengajak penduduk menyokong siapa sahaja calon BN pada pilihan raya umum akan
datang.
“Sokonglah siapa sahaja
calohan yang di pilih oleh pimpinan BN demi memastikan masa depan generasi kita
terjamin. Jangan gadai masa depan kita dan anak-anak kita. Ini kalilah kita
tukar pemimpin yang mengkhianti kita,” katanya sambil disambut dengan tepukan
oleh penduduk yang hadir pada majlis itu.
Pada majlis itu penduduk
berpeluang berinteraksi dengan wakil rakyat dan pemimpin mereka secara dekat
dan dapat memaklumkan sebarang permasalahan.
No comments:
Post a Comment