Saudara Pengarang,
PADA 7 Oktober 2012,
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop telah memberitahu
Dewan Rakyat Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengeluarkan pas pekerjaan untuk
wanita pekerja asing di Pusat Hiburan dan Rumah Urut melainkan pekerja dalam
kategori SPA.
Manakala 25 November 2012,
Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Mohammad Mentek berkata permit wanita warga
asing untuk bidang SPA dan Refleksologi akan dibekukan pada awal tahun 2013 setelah
mengambil kira pelbagai masalah sosial yang menglibatkan pekerja warga
tersebut.
Pihak berkuasa kerajaan
negeri telah bersetuju dengan keputusan itu memandangkan banyak aduan yang
diterima menglibatkan perkhidmatan tidak bermoral yang ditawarkan, termasuk
khidmat seks di rumah urut.
Kami mengucap "SYABAS"
kepada Pengarah Imigresen Sabah membekukan permit warga asing bekerja di rumah
urut dan SPA.
Di sini, kami penduduk Labuan
ingin bertanya apa tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa seperti imigresen.
Polis dan KDN bahagian pengurusan pekerja asing setelah Timbalan Menteri KDN
telah mengatakan imigresen tidak mengeluarkan pas kerja untuk wanita asing
bekerja di pusat hiburan di Malaysia.
Di Labuan kini sebuah pusat
hiburan ada 10 hingga 60 GROs atau lebih dikenali sebagai Pelacur Berlesen.
Persoalannya, penduduk
Labuan ingin bertanya kepada pihak berkuasa
berkenaan:
Jika Imigresen tidak
mengeluarkan Pas wanita asing untuk bekerja di karaoke dan rumah urut, jadi
permit apa yang digunapakai untuk menjamin beratus wanita Filipina yang bekerja
di karaoke dan pub di Labuan?
Tahukah pihak imigresen dan
polis, Pusat hiburan di Labuan menjalankan kegiatan maksiat? Anda hanya bayar
RM250 hingga RM350 boleh terus bawa keluar GRO ke hotel. Di Kuala Lumpur,
jabatan penguatkuasa (JAWI) aktif dan tapi di Labuan macam tidur sahaja.
Kalau permit pelayan yang
digunakan oleh taukeh pusat hiburan mengapa pelayan mereka tidak guna 'Uniform
Dengan Tag Nama' dan juga mesti ada jadual tugas. Kedua, kenapa sebuah pusat
hiburan perlu 10 sehingga 60 pelayan sedangkan 'Coffee House' hotel 5 bintang
hanya 3-5 orang untuk bekerja 8 jam. Kita tahu pelayan di Coffee House hotel
semua orang tempatan dan juga pakai uniform dan tag nama.
Tiada sesiapa yang boleh
menafikan pusat hiburan di Labuan tidak menjalankan kegiatan maksiat. Kita akan
bongkarkan di surat yang akan datang siapakah pegawai yang melindungi taukeh Pusat
Hiburan menjalankan kegiatan maksiat; siapa tauke pelacuran dan bapa ayam; mana
satu karaoke atau pub yang paling ramai pelacur berlesen.
Sebelum kami membongkarkan isu
ini, harap pihak berkuasa tersebut di atas akan bertindak segera dan batal
semua permit pelayan yang disalahgunakan oleh taukeh pusat hiburan di Labuan.
Wahai semua penduduk di
Labuan, sebelum PRU13 jika tiada sebarang tindakan diambil membatalkan permit
pelacuran berlesen di Labuan, maka walaupun selama ini rakyat Labuan sayang dan
taat pada kerajaan BN; terpaksa memberi peluang kepada Parti Pembangkang,
sekurang-kurangnya 5 tahun kerana mahu mengubati luka di hati para isteri warga
tempatan yang selama ini menderita kerana ditinggalkan suami atau diceraikan
semata-mata kerana GRO.
Insaflah wahai pihak
berkuasa yang bersekongkol dengan pusat hiburan selama ini. Jangan sampai tauke
pusat hiburan memberi duit wanita yang menjual 'lendir' atau 'daging mentah' kepada
kamu dan bawa balik untuk makan anak dan bini. Bukan sahaja tidak halal, malah anak
kamu akan jadi bodoh.
Salam hormat,
KUMPULAN PENCARI KEBENARAN
LABUAN
No comments:
Post a Comment