Saturday, 1 December 2012

TRAGEDI NORIKOH, NIAT JOHN IKHLAS






BINCANG..... John Charles Mitah Mikat sedang berbincang dengan keluarga mangsa, Bibiana Binti Saliwa (kakak), Raimas Binti Makanal (emak) dan bapa mendiang, Saliwa Bin Madaya, semasa beliau dan Ketua Mudanita SAPP CLC Tandek, Cik Pathlyn Leosie Mikat menziarahi majlis pengkebumian mendiang sambil menghulur derma ikhlas bagi meringankan beban keluarga mereka.

Saudara Pengarang,

SAYA memohon maaf kerana tujuan saya memuat naik Tragedi Norikoh bukan untuk meraih keuntungan politik peribadi atau mencari populariti tetapi ini adalah perihal mesej kesedaran dan keselamatan buat seluruh rakyat di Sabah.

Demi Tuhan, bahawasanya, sebelum siaran, saya telah pun terlebih dahulu meminta izin dan kebenaran daripada ahli keluarga si mangsa untuk memuat naik foto (wajah) adik mereka, mendiang Norikoh Binti Saliwa (960505-12-6564) dan saya juga telah berjanji akan membela keluarga mangsa untuk membantu dan memberi guaman percuma agar pembunuh itu dapat dibawa ke muka pengadilan.

Apapun, setelah berbincang, kakak mangsa, Bibiana Binti Saliwa (870208-12-5224) telah pun memberi persetujuan dan akan bekerjasama sepenuhnya di atas tindakan saya.

Adakah perbuatan saya salah? Adakah rakyat Sabah sanggup melihat bangsa saudara dianiaya dan dibunuh begitu kejam sekali? Bangunlah wahai rakyat Sabah, jangan memandang remeh di atas tindakan saya dengan niat penuh keikhlasan; bukan sekadar cakap sahaja tetapi, 'We Will Walk The Talk!'

Saya berdoa semoga roh Norikoh berada tenang di sana dan berharap agar keluarga mendiang tabah menghadapi semua dugaan dalam kehidupan ini. Amin!

Akhir sekali, saya memohon maaf jika ada di antara kita telah salah tafsir keutamaan atau maksud 'post' saya sebelum ini. Salam untuk Sabah, salam untuk semua!

Salam Hormat,

JOHN CHARLES MITAH MIKAT

Sila Lihat FACEBOOK JOHN



No comments:

Post a Comment