Tuesday 8 February 2011

HINANYA SULTAN YANG TIDAK BERDAULAT!



Saudara Pengarang,

SAYA juga amat tertarik dengan artikel terbaru Sabahkini bertajuk ‘Datu Akjan is Now Sultan Shariful Hashim II’ bertarikh 07 Februari 2011. Surat terbuka ini saya tujukan kepada Datu Akjan selaku ‘Pewaris Sultan Sulu’.

Tahniah saya ucapkan kerana baru sahaja dilantik untuk menerajui waris Kesultanan Sulu yang telah malap sekian lama. Saya dan rakyat Sabah yang lain sebenarnya tidak sabar menanti-nantikan kemunculan dan gerangan pewaris Kesultanan Sulu yang bakal bertakhta di negeri Sabah ini. Tahniah kerana keberanian anda tonjolkan sinonim dengan keberanian sebagai bangsa Suluk dan Taosug.

Saya bukan cemburu tapi saya agak terkejut dan terkesima seketika. Setelah sekian lamanya Kesultanan Sulu terhapus dari bumi Sabah ini dan kini tinggal menjadi kenang-kenangan dan sejarah, tiba-tiba muncul semula ‘Sultan Suluk’ tanpa mendapat sebarang keizinan dan pengiktirafan Kerajaan Malaysia. Bagaikan negeri Sabah seperti negara Filipina, syabas!

Persoalan saya di sini sebagai rakyat Malaysia dan Pembayar cukai di negara Malaysia ini ialah, siapakah yang membenarkan anda untuk mengadakan majlis perlantikan Sultan ‘Olok-Olok’? Pernahkah anda meneliti terlebih dahulu Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang di negara ini sebelum membuat sebarang tindakan malafide yang boleh menimbulkan huru hara dan berniat jahat untuk mengancam keharmonian dan keselamatan negara ini?

Tindakan saudara Akjan dianggap telah menghina Perlembagaan Persekutuan dan menghina Yang Dipertuan Agong kerana berani mengambil alih tugas Majlis Raja-Raja dengan sewenang-wenangnya mencemarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Di negeri Sabah tidak ada Sultan melainkan Yang Dipertua Negeri.

Saudara sepatutnya bersyukur dengan layanan kerajaan Malaysia kerana telah memberikan saudara peluang membesar dan mendapat rezeki di bumi tercinta ini, bukannya menderhaka dan bertindak menggugat keselamatan negara.

Sebagai masyarakat Bajau di negeri Sabah, saudara sepatutnya menyatu-padukan rumpun Bajau dengan melahirkan generasi Bajau yang mampu mempertahankan hak-hak Bajau Sabah sebagai bumiputera di Sabah.

Saya amat malu dengan tindakan saudara yang cuba memecah-belahkan masyarakat Bajau di negeri ini dan seperti orang ‘tidak siuman’ yang masih dibuai mimpi lena sedang bermimpi kisah dongeng zaman Kesultanan Sulu, sedangkan masalah kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat Suluk masih di tahap membimbangkan di negeri ini.

Membina sesebuah negara bukanlah mudah kerana negara terbina dari bangsa dan wilayah. Lalu, di manakah wilayah saudara? Adakah bertunjangkan kerajaan Filipina? Jika benar, Kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil tindakan undang-undang ke atas saudara yang menderhaka kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Sebagai warganegara Malaysia, kami masih kesal dengan penglibatan saudara dalam Sindiket Kad Pengenalan Palsu sehingga saudara ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); kini kekesalan kami semakin memuncak dengan tindakan saudara yang bukan sahaja memiliki ijazah palsu, malah melantik diri saudara sebagai Sultan Palsu.

Bertaubatlah sebelum terlambat. Hina besi kerana karat, hina Sultan kerana tidak berdaulat!

Salam Hormat,

SARINA A.G

2 comments:

  1. Ini yang menimbulkan rasa malu dikalangan suku kaum suluk ini. Kenapa ada lagi orang mengaku sebagai Sultan Sulu. Sedangkan sudah tercatit dalam liputan sejarah yang kesultanan sulu tidak mempunyai pewaris lagi. Masih ada lagi orang2 yang mengaku sebagai sultan yang hina ini. Harap kerajaan pusat tarik kerakyatan pada mereka2 ini kerana jelas perilaku mereka menunjukkan derhaka pada sultan dan negara membelakangkan undang-undang Malaysia

    ReplyDelete
  2. kami ada berbual2 dgn kengkawan.. pendapat yg mengatakan bahawa ketua menteri berdiam diri kerana dia tiada kuasa utk ambil tindakan. kes ini dibawah bidangkuasa menteri dalam negeri. siapa tahu mungkin 'sultan sulu' dah mendapat kebenaran kerajaan malaysia barangkali. Ada sahabat saya beritahu 'sultan sulu' tak boleh keluar negeri kerana kes pemalsuan Kad Pengenalan tempohari. Barangkali diingatkan dengan memperolehi my card palsu.. mcm2 boleh buat terutama membuka perniagaan, terbang bebas ke semenanjung malaysia dan mengundi masa pilihanraya sebagai pengundi hantu. So.. datu akjan kalau dulu orang kenal sebagai 'Raja IC Palsu', sekarang dah jadi betul2 'Raja Sulu' .. siapa sangka kan... tuah ayam nampak di kaki.. tuah orang siapa yang tau..

    ReplyDelete