Tuesday 10 January 2012

PEMBANGKANG HIPOKRIT KRITIK EMPANGAN TAMBATUON



BERBINCANG……Abdul Rahman sedang berbincang dengan sebahagian penduduk Kg. Tambatuon selepas selesai majlis gotong royong yang diadakan di kampung itu.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

“CADANGAN pembinaan projek empangan Tambatuon di kampung itu tidak akan dibina selagi penduduk di kampung berkenaan tidak memberi persetujuan,” kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

Bagaimanapun, Abdul Rahman memohon kerjasama orang kampung terutamanya pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Bertindak yang membantah rancangan pembinaan projek empangan tersebut untuk membuka minda dan berbincang dengan pihak kerajaan.

“Jika pihak kerajaan ingin berbincang dengan penduduk kampung mengenai isu itu maka perlulah mereka berbincang dengan sebaik mungkin, tetapi kita pastikan bahawa empangan itu tidak akan dibina selagi mereka tidak memberi persetujuan.”

Abdul Rahman berkata demikian kepada media sejurus selesai menghadiri program gotong-royong anjuran Jabatan KEMAS Kota Belud yang telah diadakan di kampung itu, baru-baru ini yang dihadiri seramai 250 orang penduduk kampung, termasuklah semua pemimpin-pemimpin tempatan dan Jawankuasa Bertindak.

Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berharap kenyataan beliau di media ini tidak akan diputar belitkan oleh pihak pembangkang. Jelasnya, antara lain kenapa empangan itu dicadangkan adalah kerana desakan daripada pihak pembangkang di dalam parlimen pada tahun 2008 bila Malaysia berdepan dengan krisis makanan terutamanya beras yang begitu teruk sekali harga meningkat tiga kali ganda.

Menurut Abdul Rahman lagi, pihak pembangkang pada ketika itu, telah membuat usul di dalam Parlimen pada tahun 2008 dan dalam usul itu telah diterima dan telah dibahaskan pihak pembangkang dengan sekeras-kerasnya mengkritik kerajaan kerana tidak mengadakan perancangan yang sistematik bagi menangani isu bekalan beras di negara ini iaitu tidak mencapai ke tahap sara hidup yang diharapkan.

Katanya, pihak pembangkang yang meminta pihak kerajaan membuka jelapang padi baru, menambah peningkatan padi dan sebab itu kerajaan dengan usul yang telah dibahaskan oleh pihak pembangkang di Parlimen maka kerajaan telah membuat keputusan untuk menambah kawasan jelapang padi termasuklah di daerah Kota Belud.

“Di mana juga jelapang padi akan dibina perlu ada empangan sebagai contoh di Kada ada empangan, di Mada ada empangan maka di daerah ini juga memerlukan empangan. Jika cadangan pembinaan empangan ini ditolak bermakna pihak pembangkang hipokrit kerana pada masa yang sama mengkritik kerajaan apabila kita membuat sesuatu,” tambah Abdul Rahman lagi.

14 comments:

  1. Kerajaan perlulah mendengar keperluan rakyat dalam projek Empangan Tamabatuon ini.

    ReplyDelete
  2. Selagi rakyat tidak memberikan persetujuan, projek ini tidak boleh dilaksanakan.

    ReplyDelete
  3. kerajaan juga perlu mengambil kira pandangan rakyat sebelum melaksanakan sesuatu projek seperti projek yang dinyatakan di atas.

    ReplyDelete
  4. Keputusan di tangan penduduk kampung tersebut sama ada mahu empangan itu dibina ataupun tidak. Fikirkan untuk jangka masa panjang dan buat keputusan yang tidak berat sebelah.

    ReplyDelete
  5. harap pihak kerajaan dan penduduk akan mencapai kata putus yang memberi manfaat trhadap kedua belah pihak.

    ReplyDelete
  6. penjelasan juga perlu diberikan akan pentingnya empangan tersbut agar semua penduduk faham.

    ReplyDelete
  7. saya rasa kuranglah peluang projek empangan Tambatuon ini akan dilaksanakan sebab penduduk2 di sana pun majoriti tidak bersetuju. ditawarkan pampasan yang lumayan pun mereka tidak mahu.

    ReplyDelete
  8. mungkin perlu mencuba di kawasan lain pula atau kerajaan perlu bertemu secara bersemuka dengan penduduk di sana bagi membincangkan tentang perkara tersebut.

    ReplyDelete
  9. apa pun yang dilakukan pasti akan ada yang mengkritik.

    ReplyDelete
  10. sebarang pekara yang ingin dilaksanakan pastikan ianya dipersetujui semua dan memberikan manfaat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya Pembangkang sengaja memutar belitkan cerita kepada penduduk mengenai empangan yang mahu dibuat di Kota Belud.

    ReplyDelete
  12. DARD sendiri berkata, pembinaan empangan itu tidak akan dilaksanakan selagi penduduk tidak memberikan kebenaran. Maka DARD sendiri akan membuat perbincangan dengan penduduk kampung mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  13. mungkin DARD perlu berbincang dengan pemimpin2 pembangkang tentang bagaimana mahu melaksanakan projek ini tanpa menjejaskan kepentingan penduduk kampung.. mungkin pemimpin2 pembangkang mempunyai idea yang lebih baik..

    ReplyDelete
  14. kalau tidak silap, sebelum ini pembangkang ada mengemukakan cadangan supaya kerajaan memberikan tumpuan kepada mana2 jelapang padi di negeri ini yang sudah tidak produktif.. atau mungkin kerajaan perlu mencari lokasi yang sesuai.. kalau sekadar tunggu sampai penduduk kampung tambatuon terbuka hati menerima cadangan ini, sampai bila2pun projek ini tidak dapat dilaksanakan..

    ReplyDelete