PELAJAR Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim (gambar sisipan) digantung tiga semester oleh universiti itu selepas didapati bersalah kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak.
Menurut maklumat yang diterima, keputusan menggantung Adam diputuskan oleh pihak jawatankuasa tatatertib UPSI kelmarin.
"UPSI ada tiga pilihan, memberikan amaran, menggantung pengajian atau memecat Adam dari UPSI...nampaknya UPSI memilih hukuman pertengahan iaitu menggantung beliau tiga semester," kata sumber itu lagi.
Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam Adli menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.
Sebelum ini, tindakan Adam Adli menurunkan bendera Najib sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan cacian.
Ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada beberapa blogger Pro Umno, kiriman SMS malah video melalui youtube yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.
Adam Adli, Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester pengajian.
Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan memfailkan kes penggantungan Adam Adli di Mahkamah Tinggi.
Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam Adli menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.
Adam Adli merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester lagi sebelum menamatkan pengajian.
Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan memfailkan kes penggantungan Adam Adli di Mahkamah Tinggi. (Harakah Daily)
Walaupun mahasiswa dibenarkan berpolitik, tapi tidak wajar melampaui batas.
ReplyDeleteMahasiswa patut tahu apa yang patut dibuat dan apa yang tidak patut dilakukan. Berpendidikan tinggi tapi tidak mampu membezakan betul dan salah, apa gunanya?
ReplyDeletemahasiswa sepatutnya memberikan tumpuan kepada pelajaran mereka...mereka tidak seharunya melibatkan diri dalam politik. Dapatkan ijazah sarjana muda dahulu barualah tentukan hala tuju dalam kehidupan
ReplyDeletesekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak berpuas hati, sila kemukakan kepada pihak-pihak yang relevan. Jangan mengambil tindakan sendiri.
ReplyDeleteMungkin lepas ni Adam terus saja menceburi bidang politik? Tentu banyak yang ingin mengajak beliau sertai mana2 parti.
ReplyDeletegara2 berpolitik, pelajaran terganggu.
ReplyDeletecuma tinggal satu semester. memang sayanglah masa si Adam ni. semua sebab terlalu sangat mahu berpolitik.
ReplyDeletetapi mujurlah tidak dibuang terus Universiti. inilah pengaruh pembangkang yang meracuni pemikiran para mahasiswa.
ReplyDeleteSiapa suruh buat tindakan yang tidak sepatutnya. bagus-bagus gambar orang diam-diam mahu dikasih turun.
ReplyDeleteIni pengajaran kepada mereka yang lain. Nasib baik tidak dibuang dari Universiti terus.
ReplyDeleteAdakah tindakan berani Adam berbaloi???
ReplyDeleteibubapa beliau mahu beliau melanjutkan pelajaran semata2 untuk menurunkan bendera PM ka?? kalau masih bergelar pelajar itu, jangan bertindak kurang ajar.. sedar sikit kedudukan tu..
ReplyDeleterasa semakin tidak aman negara apabila pembangkang berada dalam keadaan terdesak mahu merampas kerajaan.. sampaikan pelajar pun dididik untuk melakukan demostrasi untuk kepentingan mereka..
ReplyDelete