Friday 6 January 2012

PUSPAKOM LD ‘JILAT’ DUBUR RUNNER?



Saudara Pengarang,

SAYA seorang usahawan bumiputera yang baru setahun jagung menceburi perniagaan tetapi sering diganggu oleh Pegawai Puspakom yang bernama Nasir Mohd Tuna dan Mohd Riduan Shikin Abdullah ketika berurusan menjalani pemeriksaan rutin kenderaan.

Dalam seminggu kekadang ada dua atau tiga kereta saya hantar untuk pemeriksaan. Sebelum ke Puspakom, saya akan pastikan semua kereta akan diselenggara penuh bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Kelmarin, saya dipermainkan oleh Pegawai Pemeriksa Puspakom Lahad Datu. Sewenangnya dia kata brek kereta saya rosak. Saya hantar kembali kenderaam tersebut ke bengkel untuk membaikinya.

Setelah kembali ke Puspakom, saya dimaklumkan lagi bahawa kereta saya gagal menjalani pemeriksaan keselamatan tanpa sebarang alasan. Tapi jika dilihat Taukeh Cina atau Runner yang membawa kereta antik zaman P.Ramlee, antara satu hingga sepuluh buah pun boleh lulus tanpa pemeriksaan rigid.

Apa lagi kalau lori-lori hantu yang berkeliaran di Lahad Datu contoh Lori Fordeco, Krisbina, Mok Brother dan banyak lagi tidak pernah melalui pemeriksaan Puspakom tetapi berkeliaran di atas jalan raya di Kastam Baru dan seluruh daerah Lahad Datu.

Sebenarnya, kereta saya tidak mempunyai sebarang masalah, cuma saya enggan membayar ‘Duit Kopi’ iiatu BSR (RM50) dan LPKP (RM100) kepada pegawai PUSPAKOM sehingga seorang Pegawai Puspakom Lahad Datu boleh memiliki sehingga tiga buah kereta mewah. Salah seorang daripada mereka mempunyai Stesen Minyak Petronas di Tawau.

Semua Pegawai Puspakom termasuk Mohd Nasir Tuna berasal dari Tawau dan setiap hari Jumaat akan menerima sejumlah besar wang daripada Runner Cina sehingga dapat menutup mulut Pegawai SPRM Tawau.

Saya amat kecewa di atas tindakan Pegawai Puspakom di Lahad Datu dan merayu Sabahkini.net yang menjadi nadi masyarakat Sabah dapat membantu saya agar banjingan di atas tadi tidak merosakkan negara kita dengan ‘najis’ rasuah.

Salam Hormat,

MANGSA PUSPAKOM

15 comments:

  1. Jabatan pengurusan PUSPAKOM perlulah memberikan perhatian mengenai laporan ini dan mengambil tindakan terhadap pegawai yang menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan duit kopi.

    ReplyDelete
  2. Pastikan dakwaan ini adalah betul dulu, buatlah penyiasatan terhadap pegawai di atas.

    ReplyDelete
  3. Banyak pengawai suka ambil kesempatan dalam kesempitan. Duit2 kopi etc..huh!

    ReplyDelete
  4. pekara ini perlu disiasat untuk mengetahui kebenarannya.

    ReplyDelete
  5. jika benar seperti yang dikatakan, tindakan perlu dikenakan.

    ReplyDelete
  6. Sungguh memalukan tindakan pegawai Puspakom LD ini. harap SPRM menyiasat perkara ini.

    ReplyDelete
  7. Laporan perlu diberikan kepada SPRM mengenai perkara ini. Jangan biarkan pihak berkuasa menyalahi tanggungjawab mereka dan dikuasai oleh Duit.

    ReplyDelete
  8. dakwaan ini kena disiasat, Puspakom tak boleh luluskan kenderaan sesuka hati.

    ReplyDelete
  9. bagaimana jika kenderaan pengadu benar2 gagal melalui pemeriksaan keselamatan??

    ReplyDelete
  10. kalau benar ada unsur2 penyalahgunaan kuasa di Puspakom, lapor saja la dengan pihak sprm.. buktikan juga bahawa ada kenderaan yang membayar jumlah tertentu kepada pihak puspakom..

    ReplyDelete
  11. sekiranya betul la menjadi mangsa, dia kena buat aduan kepada Puspakom mengenai pekerjanya atau buat report polis.

    ReplyDelete
  12. Kalau betul pegawai tu salah. tindakan tatatertib perlu diambil.

    ReplyDelete
  13. Tuan pengadu, sekiranya pihak pengadu mempunyai bukti dan saksi, saya nasihatkan pihak pengadu laporkan kepada pihak yg berwajib kerana tanpa ini tuan pengadu serta pemilik blog ini mungkin akan bermasalah dgn pertuduhan fitnah serta memalukan(mengaibkan) pihak yg dituduh sekaligus pihak institusi kerana disini saya lihat adalah dgn jelas sekali pihak pengadun serta penulis blog memaparkan nama serta institusi berkenaan. Tidakkah pihak bloger mengambil iktibar drp kes Rais Yatim atau sekadar ingin mendapat publisiti murahan (FOC).

    ReplyDelete
  14. Pastikan dakwaan ini adalah betul dulu, buatlah penyiasatan terhadap penama di atas bukan cakap kosong menutup periuk nasi orang lain .....

    ReplyDelete
  15. Dalam dunia perniagaan memang ada ramai pesaing. Tapi sekiranya ada bahan bukti haruslah melaporkan saja pada pihak polis.

    ReplyDelete