Monday 12 March 2012

HARAMKAN PEMBURUAN IKAN YU



AKTIVIS sosial, Tan Sri Lee Lam Thye meminta kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang bagi mengharamkan pemburuan Ikan Yu di perairan Sabah dan Malaysia.

Lee membuat saranan itu berikutan laporan yang memetik sekumpulan pencinta alam dari Sabah berhubung pembunuhan berleluasa serta tidak berperikemanusiaan Ikan Yu untuk siripnya di perairan Sabah.

Beliau berkata laporan yang mengesahkan Ikan Yu dibunuh atau dipotong siripnya di kawasan pantai sebelum dibuang semula ke kawasan laut berhampiran Sipadan, yang terkenal sebagai syurga penyelam, amat menjijikkan.

"Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu perlu dihentikan. Penyelam telah memfilemkan bangkai Ikan Yu dipotong siripnya ketika menyelam di kawasan popular sekitar Sipadan serta Mabul, dan perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa berkaitan.

"Saya bersetuju dengan pandangan badan bukan kerajaan Sabah iaitu Yayasan Konservasi Borneo bahawa pembunuhan tidak berperikemanusiaan Ikan Yu ini memberi imej buruk terhadap Sipadan di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Ikan yu sudah semakin pupus, jadi harus dipelihara.

    ReplyDelete
  2. penangkapan ikan yu yang berleluasa menyebabkan ikan yu kini diancam kepupusan. ikan yu juga harus dilindungi dari ancaman.

    ReplyDelete
  3. Maka kita harap pemburuan Yu ini akan dapat diharamkan di Negara kita.

    ReplyDelete
  4. memang perlu diharamkan.. dan perlu lebih banyak kawasan perairan yang digazet untuk melindungi hidupan marin di perairan Sabah..

    ReplyDelete
  5. Bulan oktober tahun lalu lagi menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar, Masidi Manjun telah menyatakan pengharaman pemburuan ikan yu bermula awal tahun ini. Nampaknya, masih ada lagi yang mengingkarinya.

    ReplyDelete
  6. Shark hunting is expected to be illegal in Sabah by early next year, state Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He said his ministry was ready with the appropriate paperwork to seek a total ban on all forms of shark hunting in the state.

      Delete
    2. The request is simple. Masidi is not insisting that it (the ban) should cover the whole country, but only in Sabah.

      Delete
    3. He added that the Fisheries Act to incorporate a provision, whereby all forms of shark hunting or shark finning are prohibited in Sabah.

      Delete
    4. He was speaking reporters after witnessing all chapters of the Junior Chamber International (JCI) Malaysia commit to the 'Say No To Shark's Fin Soup' awareness campaign

      Delete
    5. Masidi said his ministry had also taken into consideration the parties, such as restaurants serving shark's fin soup, that might be affected once the ban was imposed and felt that the situation was manageable.

      Delete
    6. He said sharks were mainly found in the waters off Tawau, Semporna and Kudat and attracted divers from all over the world, earning Sabah RM192.5mil from the diving industry last year.

      Delete