Monday, 12 March 2012

SHAHRIZAT SAH UNDUR BULAN DEPAN



Oleh : NIGEL AW (MKINI)

SELEPAS kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh perlantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

"Saya dengan ini memaklumkan bahawa pada 8 April apabila tamatnya penggal saya sebagai Ahli Dewan Negara saya akan berundur diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat," katanya.

Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Berhubung jawatan sebagai ketua Wanita beliau berkata, keputusan mengekalkan jawatan itu dibuat setelah berfikir panjang kerana Wanita Umno sudah seperti keluarga baginya.

"Dan semasa jadi satu powerful force, Wanita BN kini powerful force yang bawa perjuangan untuk rakyat Malaysia.

'Nantikan hasil siasatan NFC'

Ditanya tentang isu NFC, Shahrizat menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan kes itu dan hanya berkahwin dengan pengerusinya.

"Tetapi sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab, saya rasa ini tindakan tepat untuk berundur dengan baik.

"Saya ingin jelaskan, ini keputusan saya sendiri. Dan saya mahu pastikan apabila saya berundur, siasatan akan diteruskan mengikut lunas undang-undang dan kita semua nantikan hasilnya," katanya.

Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan.

Selain desakan pembangkang, beberapa individu dalam Umno seperti bekas ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee juga menggesa Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan menjadi bebanan parti.

Malah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan menasihatkan bekas anggota parlimen Lembah Pantai itu agar "jangan sayang kepada jawatan."

5 comments:

  1. Mungkin tu yang terbaik untuk parti

    ReplyDelete
  2. keputusan yabng dibuat Sharizat adalah baik untuk semua.

    ReplyDelete
  3. Apa pun tindakkan Sharizat ini demi memastikan pihak berpuas hati, tambahan lagi pada masa itu adalah tarikh tamat tempoh beliau sendiri. Namun beliau tidak akan putus asa dan akan terus berjuang dalam wanita UMNO.

    ReplyDelete
  4. eloklah beliau berundur sesuai dengan desakan semua pihak termasuk desakan ahli2 BN..

    ReplyDelete
  5. Kebetulan penggalnya sebagai Ahli Dewan Negara tamat pada April ni. Rasanya semua pihak yang inginkan beliau berundur kini sudah berpuas hati. Apapun, Shahrizat masih mempunyai komitmen lain iaitu sebagai Ketua Wanita UMNO.

    ReplyDelete