Sunday 4 March 2012

KAJI SEMULA KONSESI KEKAL MEWAH

TERBIAR.....Mius Ampingan menunjukkan kerosakan teruk Jalanraya Mandalom-Makaril yang tidak diselenggara syarikat konsesi. Gambar sisipan, Simon Mamat.

Oleh : THAMPAREQ KITOES

KERAJAAN Negeri Sabah disaran mengkaji semula kontrak perjanjian penyelenggaraan jalan raya negeri oleh Konsesi Kekal Mewah Sdn.Bhd kerana syarikat berkenaan bukan sahaja mengabaikan kerja pembaikan jalan; malah kerja yang dijalankan tidak mencapai mutu yang ditetapkan.

Pemaju Mukim Entabuan-Saga, Simon Mamat membuat saranan demikian setelah tidak lagi dapat bertolak ansur dengan Kekal Mewah yang gagal memberi komitmen yang serius terhadap aduan-aduan daripada penduduk kampung berhubung kedaifan jalanraya yang gagal diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau berkata, akibat kegagalan kontraktor itu menyebabkan reputasi kerajaan dan juga imej wakil rakyat tercemar di mata rakyat; setelah dicemuh setiap hari kerana mereka menyangkakan angkara itu adalah kelemahan kerajaan.

“Setakat ini banyak aduan diterima berhubung masalah itu di kawasan Mukim saya, terutamanya jalanraya Kg Mandalom-Makaril yang tertunggak sejak tahun 2009 lagi,” kata Simon lagi.

Simon menegaskan demikian ekoran rungutan dan aduan penduduk Kg Mandalom-Makaril yang disuarakan jurucakap mereka, Mius Ampingan, 44, setelah mereka tidak berpuas hati dengan sikap dan layanan buruk kontraktor terbabit yang disifatkan tidak pernah tepat ketika berjanji kepada rakyat.

“Saya menerima aduan Pengerusi JKKK di situ, Nasib Lajim baru-baru ini, mendakwa beberapa surat telah dihantar kepada kontraktor berkenaan, selain Juruteranya sendiri pernah meninjau kawasan tersebut awal tahun ini (2012), tetapi sehingga sekarang jalan tersebut belum diselenggarakan,” tegas Simon lagi.

Simon yang juga merupakan Setiausaha Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan DUN Melalap berkata, adalah tidak wajar jika setiap masalah yang melibatkan penyelenggaraan jalanraya apabila dirujukkan kepada kontraktor terbabit, sering menghampakan penduduk.

Simon menambah, beliau turut difahamkan bahawa pelbagai alasan dan putar belit diberikan kontraktor itu ketika memberitahu penduduk ; antaranya mereka sedang menunggu jentera dihantarkan ke situ dan kadangkala faktor cuaca juga dijadikan alasan, sedangkan amanah dan tanggung jawab itu sudah tersandar di bahu mereka (kontraktor).

Sementara itu, jurucakap penduduk, Mius Ampingan, meminta kontraktor Kekal Mewah supaya tidak sekadar menggred (meradu) permukaan jalanraya sahaja, tetapi harus menyelenggara sistem perparitan supaya air hujan dapat mengalir tanpa sekatan.

“Dulu kami sudah komplen dan selepas beberapa bulan kontraktor datang tetapi hanya gred di permukaan jalanraya sahaja. Mereka sepatutnya timbun jalan tanah merah dengan batu pasir supaya tinggi dan air tidak lagi melimpah ke permukaan jalan,” tegas Mius.

Kata Muis, siapa lagi yang melakukan boleh melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kalau bukan Kekal Mewah. Oleh sebab itu, katanya, penduduk akan cari dan kejar Kekal Mewah.

18 comments:

  1. Be responsible with the works/constructions. Quality of works must be improved.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Kalau dah diberi t/jawab pastikan ia dijalankan sebaik mungkin.

      Delete
    2. Projek tersebut harus dipantau untuk memastikan perkembangan projek mencapai kejayaan.

      Delete
    3. Perkembangan projek harus sentiasa di pantau agar kontrakto menjalankan tugas mereka.

      Delete
  2. kontraktor yang sering mengabaikan tugas mereka perlu diberi amaran dan jika berterusan senaraihitamkan saja syarikat kontraktor tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemilihan kontraktor juga penting untuk mengelakkan penyelewengan.

      Delete
    2. Kontraktor yang di tugaskan haruslah tau menjalankan tugas mereka.Jika tidak harap kerajaan ambil tindakan yang tegas terhadap mereka.

      Delete
  3. kontraktor2 yang tidak bertanggungjawab seperti inilah yang sering mencemarkan imej kerajaan. dibayar gaji tapi tidak melaksanakan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata pepatah kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. huhu

      Delete
  4. Tidak pernah lah saya dengar isu jalan raya yang smooth ja dia punya proses oo.. Mesti ada saja masalah. huhu

    ReplyDelete
  5. Syarikat yang tidak melakukan tanggungjawab dengan baik dalam projek yang diberika seharusnya disenarai hitamkan.

    ReplyDelete
  6. Blacklist to those who not responsible about the project they handle.

    ReplyDelete
  7. Sistem jalanraya yang berkualiti harus dipastikan.

    ReplyDelete
  8. Aduan rakyat harud diambil perhatian yang wajar.

    ReplyDelete
  9. Sistem jalan yang wajar mengalak perkembangan ekonomi.

    ReplyDelete
  10. Di sebabkan kontraktor tidak menjalankan tugas mereka, kerajaan akan di persalahkan.Padahal ini semua di sebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  11. kontraktor seperti ini sepatutnya disenarai hitamkan serta merta..

    ReplyDelete
  12. saya cadangkan supaya diwujudkan undang2 baru bagi membolehkan orang awam memfailkan saman terhadap mana2 kontraktor yang gagal melaksanakan kerja2 menaiktaraf prasarana awam.. hanya dengan cara ini, para kontraktor akan lebih berhati2 dan menitik beratkan standard piawaian..

    ReplyDelete