Oleh: JACKSON LU
SETIAUSAHA Wanita UMNO Cawangan Kalibatang, Kuala Tomani, Tenom; Saran Goycelen Epui, 51, menafikan dakwaan Setiausaha Wanita UMNO Tenom yang menuduhnya tidak menghormati kepimpinan parti, kerana secara terang-terangan menzahirkan kelemahan parti itu di hadapan pemimpin tertinggi bahagian mereka.
Beliau berkata, tindakan keterlaluan Setiausaha Bahagian Wanita UMNO Tenom, Zaharah Jamaluddin itu tidak mencerminkan amalan pendemokrasian yang tulen dalam parti kerana tidak membenarkan ahli UMNO mengeluarkan pendapatnya, meskipun ianya kebaikan parti.
“Tidak terlintas sebarang niat di hati saya untuk menderhaka kepada parti atau memburuk-burukkan parti; sebaliknya semata-mata demi kebaikan parti bagi menghadapi PRU ke-13 ini,” kata beliau ketika menghubungi Sabahkini.net.
Saran berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Zaharah, kononnya beliau bukan ahli tulen atau penaja UMNO ketika UMNO mula-mula bertapak di Sabah; oleh itu tidak layak mempertikaikan sebarang kepincangan UMNO Tenom.
Ekoran kenyataan Zaharah itu, pertikaman lidah berlaku di antara mereka sehingga Zaharah tergamak membangkit pemberian bantuan kerajaan (KWAPM) kepada persekolahan anaknya yang masih dalam peringkat SPM sehingga menambahkan kemarahan Saran.
Insiden tersebut berlaku pada akhir Februari lalu semasa Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Zon Tomani dalam program 'Jalinan Mesra' yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi tanpa dihadiri Ketua Wanita UMNO Tenom, Datin Ramahjan Sulaiman Khan.
Saran berkata, walaupun beliau mengutarakan kepincangan Wanita UMNO sebelum ini, terutama di hadapan Raime, namun niatnya adalah baik demi kebaikan parti dan bukannya beragenda sebagaimana didakwa Zaharah.
“Tidak ada gunanya Zaharah membangkitkan perbezaan status antara ahli UMNO lama atau penaja dan UMNO baru kerana UMNO tidak akan segagah hari ini jika tidak ada penambahan ahli baru yang menambah kekuatan UMNO,” tegas Saran sambil meminta pucuk pimpinan UMNO supaya mengambil tindakan disiplin parti terhadap Zaharah.
Bagaimanapun, usaha Sabahkini.net untuk menghubungi Zaharah tidak berjaya kerana enggan memberikan nombor telefon bimbitnya kepada sesiapa termasuk media.
Solve the problem within the party. Better not to involve the media.
ReplyDeleteActually, accidentally raised the matter, because a lot of frustration and dissatisfaction, he can feel himself sidelined while not true. I was disappointed to the media, simply issue this article without checking, I pn advice meeting said it was not really meeting but I Program is dedicated to UMNO Women's Movement in the zone.
Deletemasalah dalaman sesebuah parti memang sering saja berlaku. pastikan ia dapat diselesaikan dengan profesional tanpa melibatkan orang luar/media. jika tidak, isu seperti ini hanya akan dimanipulasikan oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan mereka.
ReplyDeleteIrish, itu memng betul dan tepat, perkara ini sebenarnya sudah selesai, tapi saja dibesar2kan untuk mndpt publisiti murahan, pihak media apa dorg tau, media mau cari duit, tapi harus berfikir yg membuat kenyataan, kena hati2 kenyataan kita akan senang2 diputar belitkan oleh mereka yg tidak bertanggugjwp.Artikel di atas adalah tidak benar.
Deletesegala permasalahan perlu diselesaikan dgn cara baik .
ReplyDeleteSebenarnya ferlo, tiada masalah , yg membuat masalah adalah mereka yg tidak puas hati dan kecewa.
DeleteSebenarnya pihak media jgn membabi buta menyiarkan kenyataan tanpa usul periksa, tambahan lagi hanya mengambil kenyataan yg sebenarnya. Jelas dan nyata sekali pihak media membuaT cerita supaya artikel mereka laku.Apa yg disiarkan semua itu adalah perbohongan semata-mata.Jika tidak tahu perkara atau hal yg sebenar-benarnya jgnlah dgn berani mengeluarkan artikel tanpa merujuk ZAHARAH JAMALUDIN.
ReplyDeleteWanita UMNO Tenom TIDAK BERGOLAK, yg bergolak sebenarnya pihak yg membuat kenyataan yg bukan-bukan. Wanita UMNO Tenom menjalankan aktiviti dan program dgn baik tanpa memandang latar belakang sesiapa pun, termasuk puan Saran.
ReplyDeleteSebenarnya perkara ini cuma perkara kecil jika kita lihat sendiri. Perkara ini boleh diselesaikan dengan penyelesaian dalaman parti itu sendiri mengenai salahfaham yang ada.
ReplyDeletesudah selesai tapi sengaja mau cari publisiti murahan
Deletesaya tujukan kepada Jackson Lu, lain kali jgn sembarangan buat artikel, awk tidak kenal Zaharah dan saya juga lagi tidak kenal awk. Tidak baik kalau Islam itu adlah fitnah,Fitnah hukumnya berdosa.Setiap yg awk tulis tentang WANITA UMNO TENOM BERGOLAK itu adalah tidak benar dan satu fitnah.Cari makan cari makan juga tapi kena buat yg dengan cara yg betul.
ReplyDeletememandangkan Zaharah sendiri telah membuat penjelasan melalui ruang komen disini, saya berpendirian untuk memihak kepada beliau dimana tidak wujud pergolakan dalam wanita UMNO.. mungkin ada pihak yang sengaja mensensasikan isu ini sedangkan ia tidaklah begitu kritikal sebagaimana pergolakan yang berlaku dikalangan pemimpin2 Pakatan hinggakan ada pemimpin mereka yang dipecat serta merta..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesaya sarankan kepada semua ahli2 umno/BN supaya mengelakkan penggunaan media bagi melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap mana2 ahli.. jika timbul sebarang masalah atau rasa tidak puas hati, selesaikan sahaja melalui perbincangan tertutup..
ReplyDeleteApa yg rebirth sarankan itu betul dan tepat, saya sokong 101%. Thank u
Delete