Tuesday 27 March 2012

MAHATHIR AKUI DR JEFFREY BIJAK



Oleh: MUSLI OLI

DALAM buku, ‘A Doctor In The House’, Tun Mahathir menyifatkan Dr Jeffrey Kitingan sebagai seorang yang bijak. Berkelulusan Phd daripada Harvard University. Tun juga anggap Jeffrey mempunyai karakter yang menarik dan berkebolehan mempengaruhi rakyat.

“Dr Jeffrey mulai merimaskan saya bila dia kerap mengungkit isu 20 PERKARA. Bila dia mulai bercakap kemungkinan Sabah akan keluar dari Malaysia, dia ditangkap dan ditahan”.

Menurut Tun Mahathir, kerana bercita-cita tinggi dalam politik, Jeffrey sesuka hati lompat dari satu parti ke parti yang lain untuk mencapai hasrat dan cita-citanya.

Apakah cita-cita Dr Jeffrey? Sebahagian besar rakyat Sabah, terutama suku kaum Kadazandusun, melihat Jeffrey sebagai seorang hero kerana berani bersuara dan sanggup dipenjarakan kerana perjuangannya itu.

Cita-cita Dr Jeffrey ialah untuk melihat wasiat British yang tertulis dalam 20 Perkara dihormati kerajaan Persekutuan sebagai pra-syarat mengekalkan Sabah dalam Malaysia.

Oleh kerana parti-parti politik yang disertainya ragu-ragu atau enggan merealisasikan cita-cita tersebut, Dr Jeffrey meninggalkan parti-parti itu termasuk PKR dan menubuhkan NGO yang dikenali sebagai United Borneo Front (UBF).

Melalui UBF, isu-isu seperti 20 Perkara yang satu ketika dulu dianggap isu sensitif, telah menjadi perbualan biasa rakyat termasuk rakyat luar bandar. Kini rakyat Sabah semakin berani bersuara setelah sedar dan celik hak-hak mereka dalam 20 Perkara telah tidak dihormati seperti termaktub dalam Malaysia Agreement 1963.

14 comments:

  1. bagaimana Jeffrey memperjuangkan perjanjian 20 perkara dan dalam masa yang sama menimbulkan hasrat membawa Sabah keluar dari Malaysia sedangkan dalam perjanjian 20 perkara dibawah perjanjian ke-7 jelas tertulis bahawa Sabah tidak berhak keluar dari persekutuan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. I never thought that Jeff really captures his heart.

      Delete
    2. Go to front lead..lead the people than talk..you statement is shitty out of date

      Delete
  2. Jeffrey memang bijak, tapi Tun M lebih bijak apabila Tun berjaya menggunakan keceluparan mulut Jeffrey yang berhasrat mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia untuk menahan beliau dibawah akta ISA..

    ReplyDelete
  3. Jeffrey Kitingan sememangnya mempunyai cita-cita politik yang tinggi, tetapi apa cita-cita beliau yang sebenarnya yang menyebabkan beliau melompat dari satu parti ke parti yang lain selama Jeffrey mengikuti politik. Bolehkah Jeffrey memperjuangkan kebaikan rakyat Sabah sehingga ke akhir? Bolehkah rakyat meletakkan kepercayaan kita terhadap Jeffrey?

    ReplyDelete
    Replies
    1. JK melompot dari satu parti ke parti yang lain bukan disebabkan cita2nya untuk Sabah dan rakyat Sabah. tapi untuk agendanya sendiri untuk menjadi president parti. Gila jawatan ba...

      Delete
  4. Sebelum ini Jeffrey merupakan pejuang UBF untuk mempertahankan hak dan kebaikan rakyat, tetapi Jeffrey menunjukkan bahawa sekrang beliau lebih suka berpolitik daripada memperjuangkan agenda UBA dengan menubuhkan parti Star. Kebanyakan pejuang di bawah UBF juga rasa kecewa dengan tindakan Jeffrey ini sehingga berputus untuk keluar dari parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In my own perception, I think the whole thing is about his contribution to Sabah's political scene. For his whole long road in Sabah, he doesn't seem go anywhere. From the downfall of PKR..STAR and UBF.And what's more?

      Delete
  5. Adakah disebabkan Mahathir rimas dengan kelantangan Jeffrey bercakap tentang 20 Perkara maka ISA diarah untuk menangkap Jeffrey??

    ReplyDelete
    Replies
    1. I personally think that Mahathir is " in love " with Jeff since he is one of the ministers back then. But I never thought that Jeff could manage to gain credit from him.

      Delete
  6. UBF sudah diabaikan oleh JK kerana tidak melialisasikan agendanya.

    ReplyDelete
  7. jeffrey mungkin bijak, tapi ia tidak gunakan ia dgn baik untk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  8. Kebijakkan yang ada dengan JK sia-sia saja kerana tidak mampu berbuat apa-apa.

    ReplyDelete