Tuesday, 27 March 2012

SIASAT KESAHIHAN 40,000 'STATELESS CHILDREN'



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

GERAKAN untuk memberikan sijil lahir daftar lewat dan MyKad kepada 40,000 kanak-kanak 'Stateless' di Senallang, Semporna serta semua gerakan mengesahkan taraf penduduk yang tidak mempunyai dokumen sewajarnya dihentikan SERTA MERTA sehingga Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) ditubuhkan.

Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih yang menganggap tindakan itu sebagai perbuatan subversif tanpa alasan munasabah menyokong gesaan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman agar gerakan yang dilakukan untuk memberikan Sijil Lewat dan MyKad di Kawasan Senalang, Semporna diberhentikan bagi menghalang rakyat Sabah bakal menjadi pelarian di negeri sendiri.

"Saya amat bersetuju agar pemberian Sijil Lahir Lewat dan MyKad hanya dilaksanakan setelah siasatan menerusi cadangan pembentukan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai Pendatang Tanpa Izin (PTI) telah dilakukan. Jika kita membenarkan gerakan ini berterusan tanpa penyiasatan yang terperinci, bermakna satu pencabulan terhadap kedaulatan negara berlaku dengan sewenang-wenangnya," tegas Haji Ghulabdin.

Rakyat Sabah terperanjat apabila mengetahui bahawa terdapat seramai 40,000 kanak-kanak di Senallang yang tidak mempunyai dokumen yang sah, sedangkan Sabah sudah merdeka hampir setengah abad dan amat mustahil jika masih ada penduduk tempatan yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

"Adakah situasi ini boleh diterima setelah di sebuah negara yang telah merdeka sekian lama? Apa Jabatan Pendaftaran buat selama ini?" tanya Haji Ghulabdin yang juga Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tuaran.

Beliau bersetuju dengan Anifah yang mempersoalkan jumlah sebesar itu yang datang hanya dari satu tempat sahaja dan bagaimana pula dengan kawasan lain yang kemungkinan akan mengemukakan data 20,000 atau 30,000 orang kanak-kanak di setiap tempat yang tidak mempunyai sijil lahir dan MyKad.

Sehubungan dengan kebimbangan itu maka adalah tepat agar operasi pendaftaran bergerak ini dihentikan serta merta sebelum 'Ops Gembleng' (gerakerja memberi kerakyatan songsang kepada warga asing) berulang kembali di Sabah.

Anifah sebelum ini menyatakan rasa kecewanya setelah membaca laporan muka hadapan Harian Express pada Ahad mengenai kira-kira 40,000 kanak-kanak di Senalang,Semporna yang tidak mempunyai dokumen pengenalan Malaysia.

"Sebagai Menteri Luar Malaysia, perkara seperti itu tidak harus diambil mudah dan dilihat sebagai remeh. Ini perkara serius dan ia membabitkan kedaulatan negara serta Negeri Sabah sendiri. Itulah sebab kenapa saya meminta satu jawatankuasa khas ditubuhkan di Sabah untuk melaksanakan satu siasatan khusus dan itensif ke atas 40,000 orang ini untuk menentusahkan sama ada mereka layak diberikan dokumen Malaysia," kata Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis ketika mengulas laporan akhbar Harian Express.

Sehubungan itu Haji Ghuabdin mengesa agar Pembentukan RCI yang telahpun dipersetujui oleh semua parti Komponen Barisan Nasional (BN) termauk UMNO serta beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Sabah disegerakan tanpa menunggu selesainya Pilihanraya Umum Ke 13.

"Selaku penduduk tempatan di negeri ini, saya amat menghargai keberanian Presiden Persatuan Bumiputera Bajau Semporna (PERBUBAS), Mansor Santiri yang telah membuat laporan polis di Semporna yang meminta agar gerakan pemberian dokumen Malaysia di Kawasan Senalang diberhentikan apabila mendapati ada di kalangan pemohon itu terdiri daripada bukan rakyat tempatan tetapi penduduk luar," kata Haji Ghulabdin lagi.

Haji Ghulabdin berharap dalam pemberian dokumen Malaysia ini, tidak akan ada mana-mana pihak mengambil kesempatan hanya untuk kepentingan tertentu dan adalah benar bahawa masalah ini bukan sahaja di Kawasan Senalang, Semporna malah membabitkan keseluruhan Negeri Sabah.

28 comments:

  1. bukan laporan asal mengatakan 40000 penduduk SABAH tidak memiliki sijil lahir ka?? mana satu yang betul?? 40000 itu merujuk kepada seluruh Sabah atau hanya Senallang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please, make a thorough investigation upon this.

      Delete
    2. Siasatan lanjut harus dijalankan.

      Delete
  2. jika AMANAH tidak senang dengan gerakan memberikan sijil lahir dan MyKad ini, baik mereka hantar wakil untuk memantau gerakan tersebut.. bukankah sebelum ini banyak aduan yang mengatakan bahawa masih ada penduduk di kawasan pedalaman yang masih tidak memiliki kad pengenalan???

    ReplyDelete
  3. JPN perlulah memastikan bahawa 40,000 stateless children ini sememangnya adalah rakyat asli negeri Sabah yang lewat daftar dan bukan anak-anak PATI terlebih dahulu, jika status kewarganegaraan mereka tidak dapat dibukti, adalah wajar tindakan pemberian sijil dan MyKad dihentikan buat sementara waktu, sehingga RCI dapat ditubuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siasatan perlu dijalankan untukmengenalpasti identiti sebenar kanak-kanak ini sebelum bertindka memberi surat kelahiran.

      Delete
  4. Adalah wajar untuk menyiasat kesahihan 40,000 anak tanpa warganegara ini untuk memastikan jumlah ini adalah tepat dan membolehkan kita melihat kebenaran dalam negeri kita ini. Semoga pihak JPN dan Amanah akan bekerjasama untuk menyiasat isu ini.

    ReplyDelete
  5. Tidak mustahil 40,000 stateless children itu memang wujud memandangkan memang jumlah PATI di Sabah pun sudah semakin menggugat bilangan penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  6. Government must conduct a thorough investigation before issuing birth certificates or identification documents to those 40,000 people in Semporna.

    ReplyDelete
  7. I think the authorities need to seriously handle the issue. Datuk Welfred statement really make sense. I hope Federal govt should now seriously announce the setting up of the RCI.

    ReplyDelete
  8. perlu dipastikan samada mereka benar2 anak2 Sabah atau pun pati. jgn sampai pati yang diberi kewarganegaraan.

    ReplyDelete
  9. Inilah punca pertambahan penduduk secara mendadak.

    ReplyDelete
  10. Itulah sebab RCI diperlukan untuk siasatan terperinci.

    ReplyDelete
  11. 40,000 bukannya jumlah yang sikit, masalah ini harus diuruskan dengan baik.

    ReplyDelete
  12. Pihak NRD harus menjalankan tugas untuk membuat siasatan latar belakang golongan besar ini agar tidak memberi dokumen kepada golongan yang tidak sah.

    ReplyDelete
  13. Harap JPN akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu sebelum memberikan mereka ini sijil kelahiran dan juga MyKad.

    ReplyDelete
  14. Since 2006, children who have no documents to prove their nationality have not been able to access government services, including health and education.

    ReplyDelete
    Replies
    1. While documents are available upon application, the criteria and process for application is restrictive.

      Delete
    2. Many parents in the migrant worker and indigenous communities do not know the application procedure to obtain the documents or simply cannot afford the travel costs or middlemen pay-offs required to get a child registered.

      Delete
    3. In addition, Malaysia does not practice or guarantee citizenship by birth alone.

      Delete
    4. A child must have a parent with a Malaysian Identity Card to confirm citizenship. Foreign parents have to register newborns with their respective consulate office.

      Delete
    5. Indonesia has a consulate office in Kota Kinabalu (the capital of Sabah), but this means extra travel costs for the parents, which many cannot afford.

      Delete
    6. The Philippines does not have a consulate in Sabah. Foreign workers are not allowed to marry, according to the immigration laws of Malaysia, and hence migrant marriages are conducted through customary or religious rites only.

      Delete
    7. When a couple has a child, they are unable to register the birth because they are not legally married.

      Delete
    8. Whether the issue is legal status, poverty, or distance, the number of stateless children in Sabah is rising.

      Delete
    9. These children, mainly from Indonesian and Philippine plantation workers, grow up on palm oil plantations and face a childhood without a single day in school.

      Delete
    10. Others spend their childhood on the streets, as child laborers, and are exposed early to social ills like glue sniffing, drugs, petty crime, or child abuse.

      Delete
    11. According to surveys, in certain areas more than 50 percent of children without schooling end up working as child laborers.

      Delete