Oleh : MUTALIB M.D
PERIBAHASA Melayu ada menyebut, “Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam”, yang bermaksud berita buruk tidak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.
Begitulah juga dengan X-Files yang cuba disorokkan oleh pemimpin tertinggi kerajaan berhubung OPS Gembleng, iaitu tugas 'HARAM' lagi 'LAKNAT', 'MENGHALALKAN' pendatang haram yang lebih haram daripada najis Mughalazah iaitu daging anjing dan babi yang menjadi kegemaran sesetengah spesis makhluk sehingga terkena Japanese Encephalitis @ JE.
(Maaf kepada saudara yang bukan beragama Islam, bukan menghina makanan saudara, tetapi bagi Umat Islam telah diharamkan memakan khinzir sejak zaman Nabi Nuh lagi, iaitu selepas peristiwa banjir besar yang menenggelamkan seluruh daratan; sehingga khinzir yang sebelumnya boleh dimakan telah diharamkan kerana menjadi Majlis Kota Raya membersihkan bertan najis binatang di dalam Bahtera Nuh yang maha besar itu.)
Bak kata Socrates, (Ahli Falsafah Yunani); “Hakim harus mempunyai empat sifat: mendengar dengan teliti, menjawab dengan bijaksana, mempertimbang dengan tenang dan membuat keputusan secara saksama.” (maka gunakanlah kiasan ini untuk menilai apa yang dimaksudkan dengan Ops Gembleng!)
OPS Gembleng ini melibatkan personel peringkat tertinggi termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Pengarah Pendaftaran Negara dan ramai pihak seperti yang didedahkan di dalam bab lain buku ini.
Walaupun operasi haram tersebut berjaya disembunyikan buat beberapa ketika, namun bangkai gajah tidak mungkin boleh tertutup dengan sehelai daun lalang melainkan dianyam rapi; maka rahsia yang selama ini tersembunyi meletus bagaikan Gunung Berapi Mayon, Filipina yang baru memuntahkan laharnya.
Bagi menutup malu, Kerajaan Persekutuan bertindak menangkap tidak kurang daripada 15 orang Pegawai Pendaftaran dan lebih 26 orang awam yang terlibat dalam sindiket KHINZIR berkenaan.
Saya namakan sindiket haram ini sebagai sindiket Khinzir kerana dahulunya dihalalkan oleh Kerajaan Persekutuan ibarat udang yang bersembunyi di sebalik batu di dalam akuarium kaca yang jelas kelihatan dari segenap sudut, apatah lagi janggutnya yang panjang tidak akan dapat disorok.
Mungkin memikirkan kerana khinzir yang juga digelar ‘Celleng’ di Jawa Tengah boleh dimakan oleh umat Islam dalam keadaan darurat; sekiranya tidak ada lagi makanan yang boleh diperolehi selain selipar jepun, perodua Kancil dan Rusa; namun tidaklah sampai mengenyangkan, sekadar mengalas perut.
Tetapi kita yang hidup di Malaysia yang makmur dan serba kaya ini tidak mungkin akan kebulur melainkan kalau terlempar ke Padang Pasir atau negara kita menjadi Padang Jarak Padang Tekukur sekali lagi akibat PATI dan PADI.
Tindakan beberapa pihak yang cuba membongkar OPS Gembleng atau Sindiket Khinzir ini termasuk Bekas Ahli Parlimen Tenom (Adun Melalap) Raden Malleh dan saya sendiri umpama menjemur matahari yang sedia panas akan membakar atau merentungkan diri sendiri, terutama kerana mendedahkan rahsia kerajaan kepada umum.
Namun kerajaan umpama seorang budak lelaki yang memegang seekor burung pipit. Raden atau saya tidak dapat menebak sama ada burung tersebut mati atau hidup; kerana kalau kami kata burung tersebut mati, budak lelaki itu akan membuka genggaman tangannya dan membiarkan burung tersebut terbang.
Kalau kami kata burung itu hidup, budak lelaki akan menggenggam erat tangannya sehingga nyawa bercerai daripada badan burung pipit tersebut.
Kerajaan mengakui wujudnya sindiket tersebut setelah tidak mampu lagi berdalih kerana bukti telah terdedah dan mengambil keputusan seperti kucing menimbus tahinya dengan tanah selepas melepaskan 'shit'. Walaupun shitnya tertimbus, namun baunya menusuk hidung dan boleh dikenal dengan mudah yang tertimbus itu tahi kucing dan bukannya kuih tahi itik yang popular di Trengganu dan Kelantan.
Alangkah kejamnya meniru resmi kucing menimbus tahi, umpama tentera Amerika menembak kanak-kanak Vietnam yang bersenjata lastik tanpa memusnahkan periuk api yang ditanam di kawasan strategik sehingga bahangnya terasa kini.
Tindakan kerajaan menangkap ‘petualang’ negara atau saya gelarkan mereka dalam buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah sebagai 'Ibu Ayam' lebih kejam daripada tentera Amerika yang meninggalkan bumi Vietnam penuh dengan jerangkap samar dan periuk api yang tidak pandai tumbuh walaupun telah tertanam sejak perang dunia kedua lagi.
Tentera Amerika lari meninggalkan bumi Vietnam sebelum sempat memusnahkan seluruh bumi Vietnam yang mereka cuba tawan, hanya membahayakan rakyat Vietnam jika mereka terpijak kawasan yang ditanam periuk api, namun KERAJAAN MAHATHIR kita telah meletakkan bom jangka di setiap inci tanah Sabah yang bergerak ke sana ke mari di dalam tubuh para pendatang Indonesia, Filipina, India dan Pakistan sehingga rakyat Sabah merasakan nyawa mereka berada di hujung nafas kerana alat peledaknya dipegang kerajaan dan meletup sendiri jika masanya tiba.
Alangkah bermaruahnya kerajaan jika turut menangkap para pendatang asing yang telah mendapat kad pengenalan dan melupuskan kad pengenalan projek yang telah diserahkan kepada mereka oleh sindiket berkenaan; terutama ketika zaman Pemerintahan Berjaya dan UMNO. Tidaklah seburuk sekarang, pandangan rakyat Sabah terhadap kerajaan Persekutuan yang dituduh menjadi dalang untuk menghancurkan kuasa politik rakyat Sabah.
WARGANEGARA...Patawi @ Patui (kanan) dan Jawas Imbih merupakan dua orang Warga Filipina yang mendapat Kewarganegaraan Malaysia melalui jalan yang sah. Mereka menjadi penjamin kepada ribuan rakyat Filipina yang berstatus pelarian tetapi kini sudah memiliki Mykad.
Seperti kata tokoh veteran UMNO yang telah meninggalkan perjuangan kerana bertanding sebagai Calon Bebas pada pilihanraya lalu setelah beberapa kali bertukar parti, Patawi Wapijo @ Patui, bukan susah untuk mengenali mana satu rakyat Indonesia atau Filipina.
Tunjukkan seekor ikan dan sebiji telur dan tanyakan kepada para pendatang asing tersebut yang disyaki memiliki kad pengenalan projek.
“Kalau dia bilang ‘ikang’ memang sah Bugis dan kalau dia cakap ‘Tollol’ itu mesti Suluk atau Bajau Filipina,” seloroh Patawi.
Tetapi Patawi jangan lupa, Juara AF4, Faizal yang berasal dari Trengganu juga ‘makang ikang’ dan ‘jalang-jalang pegi pekang’. Mereka ‘bukang’ Bugis Indonesia tetapi Melayu Trengganu. Apatah lagi ramai warga Filipina di Tuaran, Keningau dan Kudat lebih fasih berbahasa Kadazandusun daripada Tan Sri Joseph Kurup sendiri!
”Mari-mari UMNO SILANG, kita jalang-jalang gi Trengganu kite, makang ikang tongkol, rasa nasi ayang, minung plang siang. Senyum sokmo...” (Mari-Mari UMNO Silam, kita jalan-jalan pergi Trengganu Kita, makan ikan tuna, rasa nasi ayam, minum mangga Siam. Senyum selalu..) FAIZAL, Juara Akademi Fantasia 4 (AF4)
Cara paling mudah, tanya ‘ibu-ibu ayam’ (ada juga yang marah sehingga membuat laporan polis kerana saya gelarkan mereka ibu ayam walaupun perangai dan sifat mereka lebih hina daripada jalang) yang sudah jumpa DR ISA (maklumlah ibu ayam atau ayam mesti selalu jumpa doktor, kalau tidak palis-palis…) berapa banyak telur yang telah ditelurkan dan ‘diberanakkan.’
Kemudian daripada telur itu berapa yang menetas dan berapa yang tembelang. Kalau sudah tembelang jangan dibuang, tetapi digunakan untuk dilemparkan kepada Megat Junid yang pandai lempar batu sembunyi tangan.
Bukankah anggota polis kita merupakan yang terbaik di Asia dalam soal-siasat sehingga membuatkan Sukma Darmawan Sasmitatmadja dan Nalla Karuppan angkat tangan dan mengaku kalah! Syabas!.
Memandangkan kerajaan enggan bertindak menangkap mereka yang telah mendapat kad pengenalan projek, maka saya membuat keputusan untuk mendedahkan X-Files OPS Gembleng di dalam bab ini.
Semoga para pembaca mendapat gambaran sebenar dan mereka yang terlibat segera insaf dan meninggalkan negara ini sebelum Allah menjatuhkan bala kepada mereka. Ingatlah pembalasan Tuhan akan terus berjalan, kalau terlepas di dunia, tidak akan terlepas azab kubur kerana Mungkar dan Nakir paling cekap menjalankan tugas dan telah diberi lesen 'PENYIKSAAN' atau 'LICENSE TO KILL' oleh Allah Subhanawataala, walaupun yang disiksa itu mayat yang telah mereput.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w seperti yang diriwayatlah oleh Muslim, “Tiada seorangpun yang boleh mengambil susu daripada binatang milik seseorang tanpa kebenarannya. Adakah kamu suka bilik kamu dimasuki, tempat simpanan harta kamu dicerobohi, dan makanan kamu dicuri?.”
Dalam hal ini walaupun bukan susu yang dicuri, namun hak kerakyatan yang dirampas dan perlembagaan yang dinoda lebih hina daripada melakukan pembunuhan secara terpaksa.
Apatah lagi, mereka bukan sahaja merampas kerakyatan malah menceroboh dan merampas tanah rakyat Sabah dan menjadikan tanah tersebut sebagai hak milik mereka sendiri dan bercucuk tanam sesuka hati.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Jika seseorang mengambil sekeping tanah secara salah, Allah Maha Besar lagi Maha Kuasa akan menyuruh beliau menggali tanah hingga ke lapisan yang ketujuh dan kemudian dililitkannya di sekeliling lehernya sehingga Kiamat apabila semua manusia akan diadili.”
SAH...Sahkan Persidangan UMNO Silam jika PATI yang tidak mempunyai dokumen menjadi Perwakilan dan menjadi salah seorang menjadi AJK Bahagian yang pernah dipenjarakan kerana dokumen palsu!
Saya paparkan surat sahabat karib saya, Datuk Radin Malleh berhubung OPS Gembleng untuk tatapan bersama.
PARLIMEN
Ahli Dewan Rakyat Malaysia
Pejabat Perhubungan
Ahli Parlimen Kawasan
P. 158 Tenom,
W.D.T. 31,
Tenom, Sabah.
Telefon: 087-736332
Bil. Kami : PPAP/TENOM/SP/(B)/2(95)
Tarikh: 14 hb November 1995
Yang Berhormat,
Encik Ong Ka Ting,
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalm Negeri,
KUALA LUMPUR.
Yang Berhormat,
PER: ‘OPS GEMBELING’
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada ucapan saya di Dewan Parlimen pada 7hb November 1995 semasa membahas Belanjawan 1996 berhubung dengan perkara tersebut di atas.
2. Bersama ini saya kemukakan senarai nama-nama yang disyaki terlibat di dalam pemalsuan dan pengeluaran Kad Pengenalan di Sabah untuk tindakan Yang Berhormat sewajarnya.
3. Di atas kerjasama dan keprihatinan Yang Berhormat terhadap perkara ini demi kepentingan negara, saya ucapkan ribuan terima kasih.
Sekian,
Yang Ikhlas,
t.t.
(RADIN MALLEH)
Ahli Parlimen P 158 Tenom
URUSETIA/ PENYELARAS (Jabatan Pendaftaran Negara)
Ketua Penyelaras: MOHD NASIR BIN SUNGIP
Penyelaras I : AZMI BIN ABDUL KARIM
Penyeleras II : JUMAHAT TARIPIN
Penyelaras III : ASLIE SIDUP
PEMBAHAGIAN TUGAS MENGIKUT ZON
1) Zon Pantai Barat Utara- JUMAHAT TARIPIN
N1, N2. N3, N4, N5, N7, N8, N11, N13, N14 dan N31
2) Zon Pantai Barat Selatan- ASLIE SIDUP
N32, N33, N34, N36, N37 dan N38
3) Zon Sandakan- MOHD NASIR BIN SUNGIP
N15, N17, N28, N22 dan N23
4) Zon Tawau- AZMI BIN ABDUL KARIM
N43, N45, N47 dan N48
Penyelia Dan Ketua (Kepala Besar)
Banggi, Kudat;
Ketua: AG. MOHD YACOB BIN DAMIT YAHYA (JPN Kudat)
Penyelia : OSHING BIN HAMAD (Kg. Tg. Kapor, Kudat)
Bengkoka;
Ketua: AHMAD BIN PG HASHIM (JPN Pitas)
Penyelia : PILIH BIN HJ HASSAN @ PILIK (Pulau Gaya, Kota Kinabalu).
Tandek;
Ketua: KEE DZULKIFLY BIN KEE ABD JALIL (JPN Kota Kinabalu)
Penyelia : KEE MAIDIN BIN KEE ABDUL JALIL
Tempasuk;
Ketua: MALJIB BIN HJ SALLEH (JPN Kota Belud)
Penyelia : SAMSI BIN MUKRAN (Kg. Tempasuk, Kota Belud)
Usukan;
Ketua: HASSAN BIN AWANG (JPN Kota Belud)
Penyelia : ABD GHANI MAYDIN (Pekan Kota Belud)
BEBAS....Hj Norzain (kiri) dan Bahrin tidak ditahan ISA sekalipun turut dinamakan Raden, malah masih bekerja sehingga kini.
Sulaman;
Ketua: HJ NOOR ZAIN HJ TAWI (JPN Kota Kinabalu)
Penyelia : HJ IBRAHIM BATIHI (Kg. Likas, Kota Kinabalu)
Kundasang;
Ketua : SERUNAI BIN SAMIN (JPN Kota Kinabalu)
Sugut, Labuk, Sungai Sibuga, Elopura, Sekong;
Ketua: ISHAK BIN YUSOF APOK (JPN Sandakan)
Penyelia : MOHD NUR YUSOP BIN SAHIDJAN (Kg. Bahagia)
Sukau, Kuamut;
Ketua: MOHAMAD BIN ESAH & HJ KUMIN SAGILIT (JPN Bukit Garam)
Penyelia : ARSYAD BIN MAPONG (Kinabatangan)
Petagas;
Ketua: AHMAD BIN NUD @ AMIR (JPN Kota Kinabalu)
Penyelia : HASAMUDIN BIN MUNIR (Kg. Petagas, Kota Kinabalu)
Buang Sayang;
Ketua: BAHRIN MOJITAR (JPN Kota Kinabalu)
Penyelia : NAIN BIN HUSSIN (Pulau Gaya, Kota Kinabalu)
Bongawan;
Ketua: MILKUSIN ABDILLAH (JPN Kota Kinabalu)
Penyelia : MOHD YASSIN BIN HUSSIN (Kg. Linsuk, Putatan).
Kuala Penyu, Klias, Lumadan, Beaufort;
Ketua: ABD. RANI BIN ISMAIL (JPN Kuala Penyu)
Penyelia : ARIFF BEDDU (Kota Klias, Beaufort)
Sipitang;
Ketua : HJ ALI ZAMAN BIN ABD RAHIM (JPN Sipitang)
Wilayah Persekutuan Labuan;
Ketua: AZIZIAN BIN ARIFFIN (JPN Labuan)
Penyelia :ABD HARRIS TOLAWI (Kg. Muslim, Labuan)
Merotai, Balung;
Ketua: SAMAT BIN AKUI (JPN Tawau)
Penyelia : SUCIPTO SELAMAT
AJK : GIASON BIN MUSI @ MOHD.BON;
Penyelaras : UDIN MAPIARRA; PRAKTINO SUPRAPTO; SALIURI MATTA; MOHD. AMIN NORDIN
Lahad Datu;
Ketua: PAIMIN BIN PAIMAN (JPN Lahad Datu)
Penyelia : SHAMSUL BIN NANRING
Kunak;
Ketua: MARASUN BIN ABTAHI (JPN Kunak)
Penyelia : ABD.LATIFF BIN KABANG (Kg. Kunak)
Sulabayan;
Ketua: ALDANI BIN LANDI (JPN Semporna)
Penyelia : AZIZ BIN LOTONG (Semporna)
Jumlah keseluruhan yang dilantik ialah 50 orang iaitu masing-masing Penyelaras (4 orang) Penyelia (21 orang) dan Ketua/ Kepala Besar (25 orang)
Berikutan daripada itu, saya telah menjalankan siasatan rapi dan mendapati sebahagian nama yang disebutkan oleh Radin Malleh sebagai 'Dalang' OPS Gembleng telah ditangkap di bawah ISA.
Butir-butir pengenalan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) yang pernah berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah seperti berikut;
Nama: HAMZAH BIN TIM
No. KP: 540111-12-5197
Tarikh Lahir: 11 JANUARI 1954
Alamat: Kg. Karangbunci, Kota Belud, Sabah
Pekerjaan: Pegawai JPN Sabah
Nama: ASLI BIN SIDUP
No. KP: 641013-12-5049
Tarikh Lahir: 13 OKTOBER 1964
Alamat: No. 560, Tmn. Jumbo, Petagas, K.Kinabalu.
Pekerjaan: Pegawai JPN Sabah
Nama: BALASIUS BIAJIN
No. KP: H 0213470
Tarikh Lahir: 10 JANUARI 1951
Alamat: Kg Kadazan, Penampang, Sabah.
Pekerjaan: Pegawai JPN Sabah
Nama: MOHD TOHID B MOHAMAD
No. KP: 531105-01-5261
Tarikh Lahir: 5 NOVEMBER 1953
Alamat: No. 67, Jalan 2, Taman Guar Perahu,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Pekerjaan: Penolong Pegawai Daerah Seberang Prai Utara, Butterworth, Pulau Pinang. (Jawatan Semasa ditangkap)
Nama: MOHD NASIR B SUNGIP
No. KP: 560718-01-5443
Tarikh Lahir: 18 JULAI 1956
Alamat: No. 20, Jalan SS 7/14/ Kelana Jaya,
Petaling Jaya, Selangor.
Pekerjaan: Penolong Setiausaha Sub Kementerian Dalam Negeri.(Jawatan Semasa ditangkap)
Nama: IBNU HAM BIN TAJUR ARIFIN @ IBUNUHAM
No. KP: H 0623810
Tarikh Lahir: 12 JUN 1964
Alamat: No. 172, Kg. Balong, Jalan Hj. Ahmad, Tuaran, Sabah.
Pekerjaan: Pembantu Pendaftaran JPN Sabah
Nama: ISHAK BIN YUSUF APOK
No. KP: 620121-12-5289
Tarikh Lahir: 21 JANUARI 1962
Alamat: Lot 564, Taman Fajar Fasa 3, Batu 7,
Jalan Airport, Sandakan.
Pekerjaan: Pembantu Pendaftaran Kanan JPN Sabah
Nama: AZMI BIN KARIM
No. KP: 7206157 (B)
Tarikh Lahir: 25 OKTOBER 1963
Alamat: No. 159, T.Jumbo, Petagas.
Pekerjaan Dulu: Pegawai JPN Sabah
Pekerjaan Kini : Tiada
Ulasan: Menjalani Penggantungan Perintah Tahanan Sek 10 AKDN di Daerah Penampang.
Nama: JULIAH BINTI DAMSAH
No. KP: 550512-12-5218
Tarikh Lahir: 12 MEI 1955
Alamat: Bt 12, Kg. Lok Kawi, Penampang.
Pekerjaan Dulu: Pembantu Pendaftaran Kanan JPN Sabah
Pekerjaan Kini: Tiada
No. KP: H 0194194
Tarikh Lahir: 16 MEI 1953
Alamat: Kg. Torong, Tuaran, Sabah
Pekerjaan Dulu: Pembantu Pendaftaran Rendah JPN Sabah
Pekerjaan Kini: Tiada
Ulasan : Menjalani Penggantungan Perintah Tahanan Sek 10 AKDN di Daerah Polis Tuaran
Nama: MOHAMMAD RAZALI B SAMIN
No. KP: H 0579766 (B)
Tarikh Lahir: 15 OGOS 1957
Alamat: Kg Tambalugu Tuaran, Sabah
Pekerjaan Dulu: Pembantu Pendaftaran JPN Sabah
Pekerjaan Kini: Tiada
Ulasan : Menjalani Penggantungan Perintah Tahanan Sek 10 AKDN di Daerah Polis Tuaran
Nama: JUMAHAT BIN TARIPAN
No. KP: 520810-12-5059
Tarikh Lahir: 10 OGOS 1952
Alamat: Kg. Serigai Putatan, Penampang, Sabah.
Pekerjaan Dulu: Pembantu Pendaftaran Kanan JPN Sabah
Pekerjaan Kini: Tiada
Ulasan : Masih menjalani Penggantungan Perintah Tahanan Sek 10 AKDN di Daerah Penampang
Nama: ABDUL RAUF BIN SANI
No. KP: 3486637 (B)
Tarikh Lahir: 1 JULAI 1948
Alamat: No. 36, Jalan SS 1/21, Kg. Tengku, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Pekerjaan Dulu: KPSU Bahagian Pentadbiran Unit Kawalan Perjudian Kementerian Kewangan (Jawatan Semasa ditangkap)
Pekerjaan Kini: Berniaga
Nama: ZAKARIA BIN AHMAD
No. KP: 570414-08-5863
Tarikh Lahir: 14 APRIL 1957
Alamat: No. 33, Lorong Setia Bistari 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Pekerjaan Dulu: Penolong Pengarah Perdagangan Dalam Negeri (Jawatan Semasa ditangkap)
Pekerjaan Kini: Tiada
Ulasan : Menjalani Perintah Sekatan Sek 8 (5) AKDN di Daerah Polis Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
Nama: KEE DZULKIFLY HJ KEE ABD JALIL
No. KP: H 0653891
Tarikh Lahir: 21 FEBRUARI 1965
Alamat: Lot 15, No. 20, Taman Damai, Kota Kinabalu, Sabah
Pekerjaan Dulu: Pembantu Pendaftaran JPN Sabah
Pekerjaan Kini: Tiada
Ulasan: Menjalani Penggantungan Perintah Tahanan Sek 10 AKDN di Daerah Polis Kota Kinabalu.
Selain daripada 15 orang Pegawai Pendaftaran yang telah ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, 25 orang lagi ditangkap di bawah akta yang sama.
Penangkapan ini meredakan keluhan dan kebimbangan orang awam, namun membimbangkan para pemimpin Sabah yang benar-benar memikirkan nasib dan masa hadapan rakyat kerana penangkapan itu seperti menaruh perisa dalam makanan yang akan melazatkan lagi masakan.
Alangkah bermaruahnya kerajaan jika mereka ini dihadapkan ke mahkamah? Tetapi mampukah mereka menutup ‘kemaluan’ apabila ‘ditelanjangkan’ di mahkamah dalam keadaan tangan yang bergari?
Tarikh Tangkapan : 17 September 1995
01. Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat (50) -Pengerusi SAFMA
02. Andy Bandy Pilo (45) -Ahli Politik
03. Sherdali Mohamad Ali (45) -Peniaga
04. Jibul Jungay (65) -Kerja Sendiri
Tarikh Tangkapan : 22 September 1995
01. Noortaip Suhaili (43)-Peniaga
02. Abu Ali Ganturon (53)-Peniaga
03. Tanis Mansur (37)-Kerja Sendiri
04. Tasit @ Amir Kadatuan (49)-Kerja Sendiri
Tarikh Tangkapan : 2 Oktober 1995
01. Said Ungah (41)-Peniaga
02. Muhamadiah Bago (35)-Jurujual
Tarikh Tangkapan : 3 Oktober 1995
01. Andi Radi Syed Mohamed (40)-Peniaga
02. Rain Ladjahia @ Humiah (37)-Sendiri
03. Mohamad Nasir Abdulini (41)-Peniaga
04. Datu Maulana Datu Tambuyung (47)-Nelayan
05. Kardi Diman (30) Penjual Sayur
Tarikh Tangkapan : 6 Oktober 1995
01. Anuar Akbar @ Mohd Tariq Mohd Samar (38)-Peniaga
Tarikh Tangkapan : 13-17 Oktober 1995
01. Datu Akjan Datu Ali Mohamad-Peniaga
02. Awang Ghani @ Awang Rashid-Kerja Sendiri
03. Abdul Salam Mohammad Ibrahim-Kerja Sendiri
Tarikh Tangkapan : 16 Oktober 1995
01. Samsul Alang Hamsah (42)-SETPOL
02. Ahmad Sihu (46)-Imam
03. Giason Musi @ Mohamad (38)-Kerja Sendiri
04. Sucipto Sulamat (40)-Pemandu
05. Abdul Kadir Abir (43)-PeKerja Kilang
06. Marzuki Karim-Peneroka
Tujuan utama OPS Gembleng dilaksanakan ialah untuk memastikan pertambahan pengundi di 31 kawasan sasaran bagi memastikan Barisan Nasional memenangi atau mengurangkan majoriti dan mengekalkan kerusi sasaran sampai bila-bila; dengan apa juga cara.
Analisa saya mendapati daripada 31 kawasan sasaran, BN telah memenangi 27 kerusi sasaran pada pilihanraya 1999 terutama di kawasan yang majoriti pengundi Islam.
Hanya empat kawasan lagi yang terlepas kepada PBS, namun satu daripadanya menjadi milik BN apabila Bekas Timbalan Presiden PBS yang juga Adun Kuamut, Haji Abdul Malek Chua (Allahyarham) menyertai UMNO. Kawasan-kawasan yang terlepas tersebut ialah Tandek, Kundasang dan Labuk yang masih diungguli oleh PBS.
Walaupun BN mengambil masa yang agak lama iaitu hampir sepuluh tahun untuk menembusi kubu kuat PBS dan USNO, namun kejayaan yang dicapai melalui teknik dan taktik menambah pengundi melalui pemberian kad pengenalan projek (OPS Gembleng) mencapai kejayaan gemilang dan wajar dicatatkan di dalam buku Guiness of World Record!
Dalam masa lima tahun selepas itu Tandek, Kundasang, Labuk dan Kuamut telah menjadi milik BN termasuk merampas 14 kerusi lain yang menjadi kubu kuat PBS dengan penyertaan PBS dalam kerabat Barisan Nasional dan berkat kemantapan UPKO dan parti komponen BN yang lain.
Kini, tidak ada lagi parti yang boleh mendakwa mempunyai sebarang kubu kuat kerana kubu tradisi yang dipertahankan Pairin hampir roboh pada pilihanraya parlimen 1999 jika tiga buah bas persiaran dari Sandakan yang membawa 'Pengundi Untuk Disewa' tidak rosak di Jalan Ranau-Tambunan Bypass.
Jika Pairin hampir tersembam di kubunya, apatah lagi kawasan lain yang semakin ramai dibanjiri pengundi hantu dan warga 'Mi Segera' yang dicipta oleh ‘Kerajaan Persekutuan’ sejak 1976 lagi.
Akibat tindakan ‘KAMIKAZE’ pemimpin BN ini, kuasa politik bukan lagi dipegang dan ditentukan oleh rakyat Sabah sebaliknya oleh para pendatang asing yang mula menghambat keluar anak jati Sabah daripada Daftar Pemilih dan menjadi suara majoriti yang sukar digugat kerana dilindungi oleh Kerajaan Persekutuan yang ‘bermukah’ dengan mereka.
Daripada 322,903 kad pengenalan projek yang dikeluarkan kepada PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) melalui jalan yang tidak sah, 71,113 daripadanya terdapat dalam Daftar Pemilih 1998 dan 1999.
Bagaimana pada tahun 2020 kelak? Mungkinkah jumlah mereka mencapai angka 6 juta dan menjadi penduduk asli negara ini dan kita sudah menjadi masyarakat minoriti seperti di Fiji dan Kosovo. Mudah-mudahan perkara ini tidak berlaku di negara kita ini.
Mengikut rekod saya, 322,903 warga asing (Kini semakin ramai dan dianggarkan lebih sejuta orang warga asing telah memiliki KPT. Jumlah ini hanya untuk yang menggunakan kad pengenalan biru) yang memiliki kad pengenalan projek tersebut menggunakan nombor kad pengenalan berikut; H0288001 Sehingga H0384000( 96,000); H0480001 Sehingga H0576000 (96,000); H0536200 Sehingga H0666200 (130,000); H0666201 Sehingga H0666270 (69); H0609601 Sehingga H0609961 (160); H0658001 Sehingga H0658076 (75); H0658400 Sehingga H0658600 (200); H0658801 Sehingga H0659000 (199)
Daripada jumlah tersebut saya dapati 16,693 daripadanya adalah kad pengenalan yang telah dibatalkan dan diakui 'TIDAK DIIKTIRAF' mengikut surat Ibu Pejabat Pendaftaran Negara bil.JPN.KP (S): H/163/2/1(49) bertarikh 21 Mei 1996, namun masih diterima sebagai dokumen sah oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan Jabatan Kerajaan.
Nombor Siri 16,693 Kad Pengenalan Biru yang telah ditarik balik seperti berikut; H0492001 Sehingga H0494500 (2,499); H0539801 Sehingga H0539999 (198); H0540001 Sehingga H0553999 (13,996)
Untuk mengenalpasti faktor pendatang asing telah memenangkan BN atau dengan kata lain merekrut warga asing yang memiliki kad pengenalan secara tidak sah, saya telah membuat semakan khusus bagi kawasan Pantai Timur Sabah.
Amat menakjubkan saya mendapati terdapat 21,825 pemilih terdiri daripada warga mi segera yang diselenggara, dilindungi dan dikawal selia oleh pasukan keselamatan yang ditubuhkan untuk membanteras pendatang asing di negara ini.
Sebahagian besar nama mereka boleh dilihat di dalam buku 'Pengundi Untuk' Disewa'. Sejumlah 21,825 Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) tersebut telah diagehkan ke N41-Kunak (2,405); N42-Lahad Datu (4,349); N43-Sulabayan (330); N44-Senalang (1,735); N45-Balung (2,964); N46-Merotai (4,318); N47-Kalabakan (1,685); N48-Sri Tanjung (4,039) telah turun membuang undi sehingga kini.
Saya paparkan semakan menyeluruh terhadap daftar pemilih yang mencatatkan seramai 71,113 orang pemilih adalah warga asing, manakala 490 lagi adalah pendatang haram yang memiliki kad pengenalan palsu masing-masing;
H0288000 Sehingga H0288008 (8); H0290001 Sehingga H0299987 (5,047); H0300007 Sehingga H0309998 (3,954); H0310050 Sehingga H0319918 (1,531); H0320023 Sehingga H0329997 (4,381); H0330001 Sehingga H0339877 (1,526); H0340065 Sehingga H0349997 (1,430); H0350000 Sehingga H0359950 (1,704); H0360041 Sehingga H0369995 (512); H0370117 Sehingga H0379998 (618); H0380001 Sehingga H0383999 (2,807); H0480001 Sehingga H0489999 (6,495); H0500000 Sehingga H0509999 (6,598); H0510000 Sehingga H0519998 (6,781) H0520001 Sehingga H0529999 (6,759); H0530001 Sehingga H0539960 (6,359); H0550167 Sehingga H0559998 (3,968); H0560000 Sehingga H0569999 (6,660); H0570000 Sehingga H0575999 (3,410); H0609603 Sehingga H0609618 (15); H0609801 Sehingga H0609861 (54); H0658001 Sehingga H0658076 (61); H0658601 Sehingga H0658782 (131); H0658801 Sehingga H0658899 (83); H0658400 Sehingga H0658599 (162); dan H0666203 Sehingga H0666269 (59)
Manakala 490 Kad pengenalan yang tidak ada dalam rekod JPN, tetapi tersenarai di dalam Daftar Pemilih yang digunakan untuk Pilihanraya DUN Sabah dan Parlimen pada 1999 ialah H0492001 Sehingga H0494500 (42); H0539801 Sehingga H0539999 (6); dan H0540001 Sehingga H0553999 (442)
Agak sukar untuk menerangkan modus operandi OPS Gembleng melainkan melalui analisa carta berikut yang saya sediakan berdasarkan maklumat sahih yang diperolehi daripada mereka yang terlibat dan dokumen penting yang diserahkan kepada saya oleh orang awam dan pihak terbabit.
ISTANA...PATI bukan sahaja berjaya tembus ke Istana Negeri, malah turut dikurniakan pingat kebesaran negeri.
Bersambung di Episod 2
RCI is needed in order to investigate these illegal immigrants cum voters issue in the country, hope to put a stop to these sort of problems before the next general election.
ReplyDeleteHope that our Prime Minister will announce the implementation of the RCI as soon as the terms of reference is finalized, we need the RCI to put a stop to this problem. Hope that the government will do their best in this matter.
ReplyDeleteMasalah PATI harus mengambil tindakan yang wajar.
ReplyDeletePertambahan penduduk secara mendadak amat membimbangkan.
ReplyDeleteSiasatan harus dibuat untuk mengenal pasti punca masalah PATI yang mendapat identiti melalui pintu belakang.
ReplyDeleteTindakan dan keputusan bijak harus dibuat oleh persekutuan untuk menubuhkan RCI.
ReplyDeleteSenarai pengundi yang tidak sah atau diragui harus dikeluarkan dari senarai untuk memastikan PRU yang bersih dan adil.
ReplyDeleteSemoga RCI dapat dilaksanakan demi kesejahteraan Sabah.
ReplyDeleteOrang yg tiada pendidikan pun tahu cara untuk "mengurus" projek mykad ini..orang bijaksana bijak sini terlalu banyak pertimbangan kocek...TINDAKAN!!! Hanya itu keywordnya!! Masaahnya adalah kerana kita tamak!tamak!tamakkkk!!!!!
ReplyDeletekerana itulah RCI diperlukan bagi siasat dan selesaikan masalah PATI dan pemilikan ic oleh PATI, kita tak boleh biarkan PATI berleluasa di negara kita.
ReplyDeleteNampaknya isu IC ini semakin hangat diperkatakan. Semoga kes ini akan dapat diselesaikan secepat yang mungkin. RCI adalah antara langkah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeletebagaimana dengan sindiket yang sebelum ini pernah mengaut keuntungan berjuta2 dengan mengeluarkan IC palsu?? bagaimana dengan penduduk kampung yang sebelum ini mengaut ribuan ringgit dengan membantu PATI mendapatkan dokumen2 sah samada untuk diri mereka sendiri mahupun untuk anak2 mereka yang baru lahir??
ReplyDeletesepatutnya, hari ini semua pihak berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini, bukannya sekadar membuka topik 'imbas kembali'..
ReplyDelete