Thursday 1 March 2012

SALAH SIAPA, PROJEK RM46.44 JUTA TERGENDALA?

Oleh : CHANG SHAK HUNG

PROJEK Naiktaraf Jalan Labuk KM15-KM26, Fasa 1 (6.0KM) bagi Kontrak HQ.221/2010(S) bernilai RM 46.44 juta kini semakin menjadi rungutan masyarakat kerana projek yang sepatutnya siap pada 28 April 2012, hanya 17 peratus siap sejak dimulakan pada 29 Oktober 2010.

Alasan yang diberikan memang tidak munasabah dan mendukacitakan pembayar cukai dan pengguna jalan raya; terutama kononnya terdapat kabel elektrik yang perlu dipindahkan; pemilik rumah membina laluan konkrit ke kediaman mereka; premis perniagaan yang telah menjadikannya sebagai tempat letak kereta dan sebagainya

Lanjutan masa yang diberikan Jabatan Kerjaraya sehingga Oktober 2013, telah menyebabkan pengguna jalan berkenaan terpaksa menunggu 18 bulan lagi sebelum dapat menikmati jalan yang sempurna.

Bukan itu sahaja, malah pengguna terpaksa melalui jalan yang rosak teruk dan berlubang; langsung tidak munasabah apabila kerosakan jalan tersebut tidak diselenggara atau diperbaiki kontraktor; sekalipun termasuk dalam pakej kerja mereka.

Mungkin kerana kontraktor Fokus Niaga Sdn.Bhd. turut mendapat dua tender lagi dalam masa yang sama iaitu Tender HQ.33/2010 (F) Membina Jalan Dua Hala Di Bandar Lahad Datu, Pakej 1B, Sabah (Bulatan Sri Perdana - PGA Kem Tentera) pada 22 Februari 2010 bernilai RM36.8 juta dan HQ.22/2010 (F)- Projek Membina Jalan Kota Marudu-Marak Parak-Togop-Melinsau-Poring,Ranau, Sabah (Pakej 2 Membina Jalan Marak Parak-Togop (30 KM) Sub-Pakej 1) pada 01 Februari 2010 bernilai RM 10.5 juta; maka tumpuan mereka amat kurang terhadap jalan ini pada masa itu.

Persoalannya, kenapa Wakil Rakyat Barisan Nasional langsung tidak menjaga kepentingan dan keperluan rakyat sehingga tidak mempedulikan langsung aduan dan keluhan pengguna jalan raya sejak tiga tahun lalu.

Sampai bilakah penduduk Sandakan terpaksa berhadapan dan bertahan dengan kezaliman Wakil Rakyat BN yang langsung tidak prihatin dengan masalah kesesakan jalan setiap hari akibat tergendalanya projek penting ini.

Jika JKR sudah menjangkakan akan menghadapi masalah ini, kenapa tidak mulakan sahaja pada 2013 kerana rakyat terpaksa menderita akibat kecuaian JKR yang gagal menjalankan kajian kemungkinan yang rapi berhubung tapak dan halangan yang dihadapi sehingga jalan hanya sepanjang 6 kilometer memerlukan masa yang sama untuk membina lapangan terbang baru.

18 comments:

  1. Hope that the JKR will ensure that the projects in the future can be completed as planned so that the people may enjoy the facilities.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punca kegagalan projek harus dikenal pasti.

      Delete
  2. Any problems faced during the projects must be resolved as soon as possible so that the project can go smoothly.

    ReplyDelete
  3. diharap lanjutan masa yang diberikan akan dapat menyiapkan projek naiktaraf tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The contractors involved in this projects must meet the deadline.

      Delete
  4. JKR must always make sure that the projects could complete in time. Any problems that occur during the project should be solved immediately. They shouldn't procrastinate in completing the projects.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek harus dipantau selalu untuk mengelakkan kegagalan dan masalah.

      Delete
  5. Failing to have the project complete in time will give the government a bad image.

    ReplyDelete
  6. It doesn't matter which party will be the government in the near future, problem like this will always happen if JKR doesn't do their job right.

    ReplyDelete
  7. Projek yang menghadapi kegagalan harus dikenakan penalti agar kontraktor lebih bertanggung jawab untuk menyiapkan projek dalam tempoh.

    ReplyDelete
  8. JKR harus membaiki kelemahan masing-masing.

    ReplyDelete
  9. Sering didapati projek kerajaan gagal atau tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh. Apakah langkah yang wajar untuk memastikan projek disiapkan dalam tempoh dan mencapai kejayaan yang memuaskan.

    ReplyDelete
  10. apa2 projek kena dilaksanakan dngn baik, jgn sampai tergendala. ia merugikan byk pihak.

    ReplyDelete
  11. Semoga projek yang dilaksankan pastikan siap sepenuhnya pada tarikh yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  12. A detailed investigation should be conducted to determine the root of this matter. Should the finding is not in compliance, then the current contractor MUST be subjugated with the most stern disciplinary action

    ReplyDelete
  13. Why problem like this always happen? If only they are more responsible towards their works and no misdeeds in handling in the project.

    ReplyDelete
  14. salahkan kontraktor kerana terlalu memfokuskan keuntungan berbanding dengan kualiti hasil kerja mereka..

    ReplyDelete