Thursday, 1 March 2012

SURAT DR. M JATUHKAN IMEJ ANWAR

Oleh : AZMAN ARIFFIN

DALAM satu keadaan yang jarang-jarang dilakukan, kerajaan Malaysia semalam mendedahkan 3 surat oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad kepada tiga Mantan Perdana Menteri Israel di era 90-an.

Walaupun salah satu surat tersebut, iaitu yang ditulis kepada Ehud Barak pada 1999, mengandungi ucapan tahniah atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri negara yahudi tersebut, tapi ia lebih kepada pembuka kata sahaja kerana keseluruhan isi surat tersebut tidak langsung menunjukkan apa-apa petanda yang kerajaan Malaysia mengiktiraf negara Israel atau mengadakan sebarang kerjasama ekonomi mahupun diplomatik dengan negara tersebut.

Jelasnya, motif pertama penyebaran surat tersebut untuk mengangkat Mahathir sebagai pemimpin agung UMNO dan pemimpin Malaysia yang anti Israel. Motif yang kedua, untuk menjatuhkan lagi imej dan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan kontroversinya untuk melindungi keselamatan Israel dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari lepas.

Hakikat sebenarnya surat-surat tersebut terikat pada waktu dan ketika ia ditulis, sedangkan kenyataan Anwar kepada TWSJ itu berkait rapat dengan Insiatif Arab dan Penyelesaian dua Negara yang bermula dari Persidangan Annapolis pada 2007.

Seperti yang kita tahu, tidak banyak perkembangan positif dalam rundingan perdamaian Israel-Palestin sepanjang tempoh negara tersebut berada di bawah pentadbiran Yasser Arafat. Hanya selepas kematiannya pada 2004 sahaja, barulah ada banyak kemajuan dicapai di bawah pimpinan Presiden Mahmud Abbas yang membawa kepada Annapolis 2007.

Jika keperluan melindungi keselamatan Israel ini wujud sebelum Annapolis 2007, penulis yakin, Mahathir juga akan memberikan kenyataan yang sama seperti mana disebut Anwar dalam temuramahnya dengan TWSJ.

Dengan penyebaran surat-surat ini, pentadbiran Najib akan memperolehi keuntungan berganda. Selain menguatkan lagi dakwaan bahawa negara ini pro Palestin dan Anti Yahudi, Najib juga tidak terikat dengan apa jua polemik politik yang mungkin timbul dari isi kandungan surat itu kerana ia ditulis hampir 10 tahun sebelum dia mengambil alih kerajaan.

Penulis sebenarnya ingin mempertikaikan kewajaran pentadbiran Najib menyalahgunakan proses kerajaan dan bertindak di luar kebiasaan dengan pendedahan surat-surat tersebut bagi menyokong kempen politik UMNO dan Barisan Nasional.

Penulis yakin, selain dari tiga surat tersebut, ada lagi surat-surat yang dihantar kepada pemimpin negara Israel tapi tidak didedahkan kerana tidak memberi pulangan untung politik kepada pentadbiran Najib. Jika berani, penulis mencabar pentadbiran Najib mendedahkan semua surat-surat tersebut untuk rakyat membuat penilaian.

10 comments:

  1. I'm sure Anwar's image cannot be easily tarnished, there has been many issues happening regarding Anwar and yet his reputation is still ok.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the letters will clarify the government stand on the Israel-Palestine issue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. With the persona of Tun M combined with his vocal stance against the Jewish incursion in Palestinian territory in the West Bank, it sends out a very clear message to the people that the present administration is indeed in consistent with its stand pertaining to the legitimacy of the State of Israel.

      Delete
  3. Love your enemies and pray for those who persecute you.

    ReplyDelete
  4. Malaysia memberi pendirian konsisten dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.

    ReplyDelete
  5. Nmapknya Anwar tidak terkata-kata lagi mengenai sokongan beliau terhadap Isreal dan cuba membawa nama Dr Mahathir dalam perkara ini.

    ReplyDelete
  6. This issue should not be brought up again. Now that Both DSAI as well as the Najib administration has clarify their stance on this matter.

    ReplyDelete
  7. Case closed. Shall be no more speculations after this.

    ReplyDelete
  8. Imej Anwar bukannya baru pertama kali jatuh.. sudah banyak kali jatuh.. tapi masih tidak serik2..

    ReplyDelete
  9. baik lupakan saja la isu Israel ini.. beri tumpuan kepada masalah2 dalam negara.. lagipun ada banyak syarikat2 Israel yang beroperasi di negara.. tidak ada pula yang bising..

    ReplyDelete