Wednesday 7 March 2012

SAPP LAYAK TANDING DALAM PILIHANRAYA UMUM

PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee memberi jaminan kepada ahli dan penyokong bahawa parti itu layak bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 meskipun telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar saman malu RM1 juta kepada Tan Sri Harris Salleh.

Beliau berkata, arahan Mahkamah Tinggi berkenaan tidak menjejaskan kelayakan parti itu untuk bertanding dalam pilihanraya umum nanti.

“Arahan untuk membayar RM1 juta kepada Tan Sri Harris Salleh itu bukanlah satu kesalahan. Dalam aspek undang-undang ia hanyalah berbentuk hutang, maka calon-calon SAPP layak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Harris yang juga mantan Ketua Menteri telah memfailkan saman terhadap Yong dan SAPP berhubung kenyataan mereka mengenai pesawat Nomad milik Sabah Air yang terhempas di perairan Sembulan pada 6 Jun 1976.

Tragedi yang lebih dikenali sebagai ‘Double Six’ itu menyebabkan Ketua Menteri yang baru dilantik, Tun Fuad Stephens serta tiga menteri kabinetnya – Datuk Salleh sulong, Datuk Peter Mojuntin dan Datuk Chong Thien Vun dan tujuh orang yang lain terbunuh.

Dalam pada itu, Yong berkata beliau memutuskan untuk menjelaskan kepada para penyokong parti mengenai arahan mahkamah berkenaan kerana bimbang mereka akan berfikir yang calon-calon SAPP tidak akan dibenarkan bertanding dalam PRU-13.

Turut hadir di Tamu Jalan Gaya ialah Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun; Adun Likas, Datuk Liew Teck Chan; Timbalan Presiden, Amde Sidik; Bendahari Agung, Dullie Marie; Setiausaha Agung, Datuk Richard Yong; Adun Luyang merangkap Ketua Wanita, Melanie Chia; Ketua Pemuda, Edward Dagul; dan Ketua Penerangan, Chong Pit Fah. (Utusan Borneo)

13 comments:

  1. Even though SAPP is qualified, but the credibility of the party is still being in question.

    ReplyDelete
  2. No one is saying that SAPP does not qualify to compete, no need to get defensive.

    ReplyDelete
  3. I wonder why Yong Teck Lee never bring this case up during his term as Sabah CM? Why wait till now to raise it up?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis isu sudah untuk dijadikan modal meraih undi.

      Delete
  4. walaupun layak bertanding, tapi nama SAPP dah buruk kerana kesnya dgn Harris.

    ReplyDelete
  5. peluang SAPP dalam PRU kini makin tipis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada undian rakyat. SAPP perlu membuktikan mereka adalah parti yang boleh diharapkan oleh rakyat Sabah.

      Delete
  6. Bayar saman tu urusan YTL sendiri. parti memang tetap layak untuk bertanding.

    ReplyDelete
  7. To pay the RM1m YTL has no problems.

    ReplyDelete
  8. Layak itu tidak bermaksud akan menang bertanding. Cuma layak untuk mengikuti pertandingan PRU akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak per. Kita tengok sajalah setakat mana kemampuan SAPP untuk meraih undi rakyat dalam PRU13 ini.

      Delete
  9. selagi ada dana untuk menampung perbelanjaan pilihanraya, selagi itu SAPP layak bertanding.. YTL memang kaya raya selepas bersara dari jawatan KM Sabah..

    ReplyDelete
  10. layak bertanding tidak semestinya layak mentadbir negeri ini..

    ReplyDelete