Wednesday, 7 March 2012

123 BANGKIT, POLIS BERI 'LAMPU HIJAU'

Oleh : NIK MUHAMMAD KHAIRUL

BELA TABAH Rakyat Sabah (TABAH) hari ini mendakwa himpunan '123 Bangkit' Isnin depan telah mendapat 'lampu hijau' daripada pihak polis.

Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, kebenaran itu daripada Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria dalam satu perjumpaan di Kota Kinabalu, kelmarin.

“Kami telah mendapat maklum balas dan pandangan positif mengenai perhimpunan ini dan lampu hijau yang diberikan itu adalah sesuatu yang baik untuk rakyat Sabah menyuarakan pandangan,” katanya dalam satu sidang media.

Menurut beliau, beberapa pertubuhan politik tempatan turut menyatakan pendirian positif dengan memberi sokongan terhadap himpunan tersebut.

“Himpunan ini turut mendapat respon positif terutama dari parti-parti politik PAS, DAP, SAPP serta beberapa NGO dan badan sukarela yang lain. Ini satu perkembangan yang baik,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai bilangan kehadiran semasa himpunan tersebut, beliau memberi keyakinan bahawa sasaran 5,000 orang akan tercapai.

“Kita memberi keyakinan, sasaran menghimpunkan 5,000 orang akan tercapai.

Perhimpunan '123 Bangkit' yang akan diadakan di kawasan lapang berhampiran Anjung Selera, dekat Wisma Innoprise, Isnin depan juga bakal diadakan serentak di seluruh negara termasuk United Kingdom dan Timur Tengah.

“Himpunan ini akan diadakan serentak di seluruh negara termasuk di luar negara. Ramai anak-anak Sabah yang berada di luar sana, mereka mahu ikut serta sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Sabah,” jelas beliau.

11 comments:

  1. Surprisingly the police gave permission to hold this rally. Maybe this is a sign that democracy is more and more accepted in the country.

    ReplyDelete
  2. Hopefully this peaceful rally will not go wrong like the others. We don't want to give a wrong example to Sabahans.

    ReplyDelete
  3. walaupun ia dah dpt kelulusan polis, tapi perhimpunan seperti ini tidak wajar diadakan.

    ReplyDelete
  4. Perhimpunan yang mendapat permit polis dijangka akan berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan sebarang huru hara.

    ReplyDelete
  5. tidak perlu mahu berhimpun, salurkan bantahan melalui saluran yang betul.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya demo ini mendapat lampu hijau untuk dilakukan. Kita tunggu saja apa yang berlaku selepas ini.

    ReplyDelete
  7. Walaupun perhimpunan diadakan, rakyat Sabah masih boleh mengawal etika dan tingkah laku mereka agar keamanan sentiasa dijaga. Tidak macam di sesetengah tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak kebelakangan ini semakin banyak perhimpunan dianjurkan dan didalangi oleh parti politik.. sedikit sebanyak, ia pasti akan menggugat keamanan negeri ini jika budaya berdemo ini diamalkan..

      Delete
  8. PAS jarang sangat memberikan perhatian kepada isu rampasan tanah di negeri ini malah tidak pernah turun padang melihat sendiri kampung yang menjadi mangsa rampasan tanah.. tapi bila ada demonstrasi, mereka lah paling kedepan konon berjuang untuk mempertahankan hak rakyat..

    ReplyDelete
  9. tidak bolehkah Pakatan membantu penduduk2 kampung yang menjadi mangsa ini dengan memberikan mereka bantuan guaman?? jika pemimpin2 pakatan yang dihadapkan kemahkamah, boleh mendapatkan bantuan guaman, malah ada pemimpin mereka yang mana kos guaman ditanggung oleh kerajaan negeri menggunakan dana awam, kenapa rakyat biasa tidak mendapat bantuan yang sama?? adakah masalah rakyat biasa sekadar layak dilaung2kan dijalan raya?? sekadar layak dijadikan bahan politik??

    ReplyDelete