Wednesday 7 March 2012

UMNO SABAH BERSATU DAN UTUH

TIMBALAN Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Umno Sabah, di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman tidak pernah memperbesarkan perbezaan pendapat dalam parti sehingga membolehkan Umno negeri menjadi kuat dan cemerlang.

Beliau berkata bukan sesuatu yang luar biasa bagi mana-mana organisasi politik, termasuk Umno di negeri ini untuk mempunyai perbezaan pendapat kerana ia merupakan satu daripada kunci dan ciri penting demokrasi.

Namun, beliau berkata perbezaan pendapat itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepada perpaduan politik khususnya dalam bekerjasama untuk memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang.

Memberikan contoh senario di Sabah, Salleh berkata walaupun ada ketikanya pemimpin-pemimpin Umno Sabah berbeza pendapat tetapi parti kekal bersatu dalam memainkan peranan penting memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya sepertimana dibuktikan pada pilihan raya umum 2008 apabila BN hanya kalah satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri selain memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

"Bagi Umno Sabah, parti kekal bersatu dan utuh dan kami yakin mampu memenangi semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang diperuntukkan kepada Umno pada pilihan raya umum akan datang," katanya.(BERNAMA)

10 comments:

  1. It is common to have differences in opinions, not everyone thinks alike or have the same views. However, while working in the same party, all parties should be able to compromise or reach an agreement.

    ReplyDelete
  2. It is good to know that the current government are able to remain united so that they can cooperate to reach the same goals. Keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. They must be united so that people will have more confidence on them.

      Delete
  3. Perlainan pendapat tidak semesti perpecahan. Berlainan pendapat akan menjana idea yang bernas untuk kegunaan parti dan pucuk pimpinan. Mungkin ada impak kepada bentuk pemerintahan sebuah kerajaan.

    ReplyDelete
  4. UMNO Sabah kukuh kerana ahlinya bersatu padu, dgn bersatu kita akan jadi kuat dan sukar nak ditewaskan.

    ReplyDelete
  5. Haha itu sudah semestinya. kekuatan BN di Sabah masih kekal seperti dulu kala.

    ReplyDelete
  6. Setiap pendapat pasti berbeza antara satu sama lain. Maka perlu kita lebih profesional dengan menerima pelbagai pendapat dan juga kritikan. Kerana inilah yang akan menguatkan kesafahaman antara semua.

    ReplyDelete
  7. jika dibandingkan Pakatan dengan BN, memang jauh berbeza dari segi penyelesaian konflik dalaman.. lihat saja bagaimana pucuk pimpinan PAS menyelesaikan perbezaan pendapat dikalangan pemimpin2 mereka.. hasilnya Hassan Ali dipecat serta merta.. inikah contoh sebuah parti yang memperjuangkan demokrasai tulen??

    ReplyDelete
  8. saya harap umno/BN akan terus mengekalkan hubungan baik antara pemimpin2nya dan sentiasa mencerminkan demokrasi dalam apa jua keputusan yang diambil..

    ReplyDelete
  9. Maju mundur sesebuah parti bergantung kepada kemantapan barisan kepimpinannya.

    ReplyDelete