Monday 17 September 2012

24 JAMBATAN SIMEN DI SIM SIM SIAP





Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

SEBANYAK 24  Jambatan Simen yang dibina kira-kira enam bulan lalu khusus bagi menggantikan Jambatan Kayu di Kampung Sim-Sim Berhala Darat Sandakan  untuk memberikan kemudahan asas yang lebih selesa kepada seluruh penduduk kampung berkenaan (Lorong 1-24) dianggarkan bernilai lebih RM 20 juta telah siap sepenuhnya.

Sebelum kerajaan membina jambatan simen tersebut, seluruh penduduk kampung berkenaan sering berhadapan dengan pelbagai masalah kerana jambatan kayu yang mereka gunakan pada  masa itu kerap mengundang bahaya kerana  strukturnya tidak kukuh berbanding jambatan simen yang ada sekarang.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian kepada media sejurus  selepas upacara melancarkan memasang Papan Tanda simbolik di Jabatan lorong 10 Kampung Sim-Sim Berhala Darat Sandakan, kelmarin.

“Sekarang penduduk Kampung Sim-Sim tidak perlu khuatir terutama bagi kaum wanita kerana mereka boleh sudah memakai kasut  bertumit tinggi berjalan di atas Jambatan simen dan keselamatan mereka terjamin berbanding sebelumnya,” ujar V.K Liew.

Bagaimanapun V.K Liew menjelaskan beliau agak kecewa kerana  sering menerima beberapa aduan kerana masih ada pengguna yang menunggang motorsikal sehingga membahayakan nyawa orang lain.

“Maka dengan itu semua lorong di setiap jambatan hendaklah dipasang Papan Tanda amaran kerana penduduk tidak dibenarkan menunggang motorsikal di atas  jambatan sempit ini kerana akan mengundang pelbagai bahaya kepada pengguna lain,” tambah V.K Liew.


 



TANDA.....Papantanda Amaran ini didirikan di setiap jambatan sebagai panduan agar tidak berlaku sebarang kecelakaan.

Katanya, selain amaran mengenai larangan motorsikal, para penduduk kampung juga diberi amaran agar tidak membuang sampah dengan sewenang-wenangnya  ke dalam laut kerana perbuatan  seumpama ini akan mencemarkan keindahan laut  yang dipenuh oleh sampah sarap; terutama sekali beg-beg plastik ke dalam laut yang sukar lupus buat selama-lamanya.

“Jadilah insan yang bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Saya mahu Kampung Sim-Sim menjadi kampung contoh, bukan saja di Sandakan malah di Sabah; tetapi kalau boleh kampung contoh di seluruh pelusuk tanah air di ceruk rantau Malaysia,” tegasnya.

Liew menambah walaupun tiang jambatan simen yang ada sekarang memang strukturnya cukup kukuh dan tegap untuk jangga hayat masa yang  panjang; kerajaan telah memasang penahan (sliper)  agar tidak mendap dan di kiri kanan jambatan akan dipasang pagar sebagai penghadang bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan.

"Baru-baru ini di jambatan Lorong 7 seorang pengguna yang sedang menunggang motornya dikatakan jatuh terjunam ke dalam laut yang sedang pasang sehingga hampir kehilangan jiwa," ujar V.K.Liew yang mengulangi amarannya.

Turut menyaksikan ucapan dan upacara simbolik memasang Papan Tanda Amaran itu ialah Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Seri Hj Ampong KK Puyun dan  Timbalannya, Datuk Hj Awang Sham.

9 comments:

  1. Teruskan usaha untuk penduduk Sabah kerajaan BN. Semoga Kerajaan Bn akan terus kekal untuk menjadi pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Jangan mudah terpedaya dengan permainan pembangkang yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  3. Bersyukurlah penduduk Sim Sim kerana kerajaan sudah membina jambatan simen untuk keselesaan dan keselamatan mereka.

    ReplyDelete
  4. Semoga kerajaan akan terus menyalurkan peruntukan untuk membangunkan kemudahan2 rakyat dan memenuhi keperluan mereka.

    ReplyDelete
  5. pembinaan jambatan simen harus dibuat lebih byk di di kawasan perkampungan air.

    ReplyDelete
  6. jambatan simen lebih kukuh dan selamat berbanding jambatan kayu.

    ReplyDelete
  7. Sekarang pembangkang tiada modal nak kutuk BN!

    ReplyDelete
  8. syabas kepada Datuk VK Liew.. inilah contoh pemimpin yang sangat memahami keperluan rakyat..

    ReplyDelete
  9. jika jambatan simen ini juga tidak mampu bertahan, itu maknanya ada vandalism di kawasan itu.. jaga la kemudahan ini sebaik2nya!

    ReplyDelete