KUALA LUMPUR : Istilah ‘Warlords’
ataupun kumpulan tertentu yang merasakan diri mereka berkuasa dalam parti
terutamanya di peringkat bahagian, sudah tidak wujud dalam UMNO, kata anggota
Majlis Tertinggi UMNO Datuk Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata di bawah
pimpinan presiden parti yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
kesemua pemimpin parti yang sering turun ke bawah bersama akar umbi dilihat
dapat bekerjasama dengan baik.
“Itu yang hari ini sudah
nampak perbezaan, apabila tak timbul lagi istilah itu, perkataan ‘Warlord’ yang
sering digunakan sebelum ini, sekarang ini saya rasa dah tak ada dah
pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian yang seperti itu, semuanya benar-benar
turun ke bawah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan
perwakilan UMNO Bahagian Gombak di sini, kelmarin.
Pada persidangan itu, lebih
1,000 perwakilan hadir mewakili kira-kira 38,000 ahli UMNO dari 180 cawangan
bahagian Gombak.
Sebelum ini kumpulan ‘Warlord’
yang tidak berpuas hati dengan calon pilihan pucuk pimpinan parti, dikatakan
menjadi penyebab kepada tsunami politik pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008
yang menyaksikan empat negeri jatuh ke tangan pembangkang.
Dalam perkara ini, Hamzah
yang juga anggota Parlimen Larut memberi jaminan bahawa ‘calon boleh menang’
seperti yang diumumkan Najib sebelum ini bagi PRU-13 akan melalui proses
pemilihan yang teliti merangkumi pelbagai aspek.
Sementara itu, ditanya
mengenai kempen jelajah merdeka ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Hamzah yakin kempen itu tidak menggugat sokongan rakyat kepada UMNO.
“Pada kita yang pentingnya
bukan melawat mengikut bas, tetapi yang penting kepada kita ialah perancangan
yang diadakan untuk rakyat seperti yang dilakukan kerajaan hari ini di mana
kerajaan melahirkan agenda yang besar untuk rakyat sehingga tahun
2020,”katanya.
Terdahulu dalam ucapannya,
Hamzah berkata perjuangan parti UMNO yang lahir daripada doa untuk membela
bangsa, agama dan tanah air merupakan satu perjuangan jihad yang sebenar.
“Saya nak katakan yang
pertama dengan doa kita lahirkan parti UMNO, kedua tidak ada parti di muka bumi
ini dilahirkan semata-mata untuk bangsa Melayu, orang Islam, ketiga parti ini
adalah parti yang berjuang demi bangsa dan agama…” katanya. (MediaUMNO)
Betul..Semua pemimpin haruslah sedar yang mereka semua itu adalah sama taraf. Jadi teruskan usaha turun padang dan membantu rakyat.
ReplyDeleteturun padang dpt mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.
DeleteKempen apa pun PR lakukan di Sabah rasanya itu tidak akan dapat menipu rakyat dengan semua helah yang diberikan oleh PR kepada rakyat Sabah. Kerana rakyat sabah tahu mana yang terbaik untuk semua.
ReplyDeletePR akan ditolak di sabah...
Deletepemimpin yang bersikap sederhana dan mesra rakyat merupakan pemimpin yang lebih disenangi.
ReplyDeleteMudah-mudahanlah kumpulan warlord ni tidak muncul.
ReplyDeletekumpulan warlord ini banyak yang sudah lompat ke pembangkang...sudah tidak wujud lagi dalam UMNO..namun UMNO harus berwaspada..
ReplyDeleteistilah 'warlord' tak patut wujud, semua ahli seharusnya berkerjasama.
ReplyDeletekerjasama penting dalam memastikan agenda dpt dicapai.
Deletekerjasama dan persefahaman amat diperlukan.
DeleteWarlord sudah pindah ke parti pembangkang kerana perjuangan mereka tak ikhlas.
ReplyDeleteBudaya turun padang harus diamalkan agar masalah dan hubungan baik dengan rakyat dapat dieratkan.
ReplyDeletePemilihan calon yang sesuai untuk menjawat amat penting.
ReplyDeletesemua pemimpin2 tamak dan pentingkan diri sendiri sudah menyertai Pakatan.. tunggulah nanti, Anwar akan pening kepala melayan karenah pemimpin2 tamak ini..
ReplyDeleteAnwar belumpun menduduki kerusi PM tapi lagaknya mengalahkan PM.. kehulu kehilir kalau bukan naik bas, dia akan naik pentas berucap.. turun kampung?? jangan harap la..
ReplyDelete