Monday 24 September 2012

EKSPORT PERABOT KAYU RM3.25 BILION




KOTA KINABALU : Nilai eksport perabot kayu negara mencecah RM3.25 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, meningkat sebanyak 11.3 peratus bebanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berkata Malaysia kini merupakan negara kelapan pengeksport perabot utama dunia, sekali gus menyumbang kira-kira 31 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport barangan kayu negara pada tahun lepas dengan nilai RM6.2 bilion.

Beliau berkata pasaran utama eksport perabot kayu negara tahun lepas ialah Amerika Syarikat iaitu sebanyak RM1.8 bilion, Jepun (RM775 juta) dan Australia (RM418 juta).

"Tidak dapat dinafikan, pasaran eksport memang amat penting kepada Malaysia, namun pasaran tempatan juga memainkan peranan yang tidak kurang signifikannya.

"Dalam suasana suram ekonomi global pada hari ini, terutama pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, pasaran tempatan menjadi sangat penting untuk diperkukuhkan kerana nilai pasaran tempatan kini bernilai sekitar RM13 bilion," katanya.

Dompok berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian seminar industri perkayuan Sabah - 'A Potential Hub For Outdoor Furniture' di sini pada Isnin. (Bernama)

No comments:

Post a Comment