Oleh : AIDILA RAZAK
KENAPA spekulator matawang
George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas
kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan pertukaran
asing (forex) dinaikkan pangkat?
Perkara ini dipersoal Lim
Guan Eng (DAP-Bagan) kepada timbalan menteri kewangan Donald Lim di Parlimen
hari ini.
"George Soros dicaci
penyangak yang jejas pertukaran mata wang asing tapi adakah kerajaan sedar masa
itu Bank Negara juga terlibat kegiatan sama, berjudi dengan wang negara dalam
pertukaran mata wang asing?" soalnya.
Menuding jari kepada Nor
Mohamad Yakcop (BN-Tasik Gelugor), Lim berkata, kenapa bekas pentadbir kanan Bank
Negara itu tidak dipersalahkan, sebaliknya dinaikkan pangkat sebagai menteri di
Jabatan Perdana Menteri.
"Ini bukan 'Janji
Ditepati', tetapi 'jampi ditepati'," sindirnya.
Donald sebelum itu
memberitahu Dewan Rakyat bahawa BNB rugi RM5.7 bilion pada 1992, seperti
dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993.
Sementara itu, Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sebagai menteri kewangan
pada masa itu mengesahkan dagangan tukaran asing berlaku sehingga menyebabkan
kerugian besar dan mahu ia dihentikan serta merta.
Katanya, telah merujuk
beberapa pihak, beliau difahamkan aktiviti itu dilakukan bawah seksyen forex
BNM bawah selian Nor Mohamed Yakcop.
No comments:
Post a Comment