Friday 21 September 2012

'FORMULA SABAH' MENGHADAPI BN




Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH

PERCAKARAN parti pembangkang di Sabah antara STAR, SAPP, Pakatan Rakyat dan Kumpulan Pemerhati Datuk Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim, masih belum mencapai kata sepakat untuk menghadapi BN; sedangkan pembangkang di Sabah hanya tinggal kurang enam bulan lagi kerana parlimen luput pada Mac 2013.

Dijangkakan BN akan menghabiskan tempoh penuh penggal pemerintahannya. Oleh itu pembangkang Sabah mesti mencapai kata sepakat dalam masa yang secepat mungkin jika mereka benar-benar ingin merampas 60 DUN dan 25 Parlimen di Sabah. Kebimbangan ini timbul kerana ada parti yang mahu tanding kesemua 60 kerusi DUN, enggan memberi walau satu kerusi kepada Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu 'Formula Sabah' mesti diwujudkan untuk menentang BN yang 'Perkasa' itu. Paling penting, 'Formula Sabah' berkonsepkan satu lawan satu dengan BN.

Majoriti rakyat Sabah berharap agar 'Formula Sabah' ini merakumi SAPP, STAR, Kumpulan APS dan PPS diberi pembahagian bertanding di semua kerusi DUN; sementara itu PR, APS dan PPS diberi tanding kesemua kerusi parlimen di Sabah dan Labuan.

Secara skimatiknya, Formula Sabah seperti berikut;

SAPP bertanding di kesemua kawasan Cina dan beberapa DUN kawasan campuran dan Bumiputra Islam sejumlah 30   kerusi
STAR bertanding di semua kerusi KDM dan beberapa DUN kawasan campuran  20 Kerusi,
APS Datuk Wilfred diberi 5 kerusi KDM, DUN Tamparuli dan Kiulu mesti ditanding oleh APS ini.
PPS Datuk Lajim, diberi 5 Kerusi, DUN Klias, Lumadan mesti di bawah PPS.
   
Sementara itu, kesemua parlimen diberikan pada PR dan tetapi  hanya dua kerusi iaitu Tuaran dan Beaufort masing-masing dikekalkan pada Datuk Wilfred dan Datuk Lajim; manakala DAP tanding di semua kawasan Cina dan beberapa kawasan KDM seperti Sepanggar; PKR di semua kawasan Bumiputra Islam dan kawasan campuran; PAS mungkin diberi Silam dan Batu Sapi.
Jika Formula ini dapat direalisasikan, maka satu harapan baru, rakyat Sabah akan tercapai. Formula Sabah ini pasti akan mengembirakan setiap rakyat Sabah yang selama ini merasa tertindas di bawah BN.

Pastinya jika SAPP dan STAR serta APS dan PPS ini mencapai kemenangan dan dapat dapat membentuk kerajaan Autonomi baru Sabah nanti, maka Ketua Menteri kita tidak akan dilantik oleh tangan-tangan keramat dari Kuala Lumpur.

Mungkin Ketua Menteri baru sabah ini dilantik berdasarkan parti yang mencapai kemenangan kerusi terbanyak, maka dialah yang layak mengantikan Datuk Musa Aman atau sesiapa sahaja yang bakal mengantikan Musa ini; bakal memikul segala  sampah kotor, yang perlu dibersihkan.

14 comments:

  1. Mengenai formula gabungan antara parti Pembangkang dari Semenanjung dan Tempatan nampaknya tidak berhasil untuk menjatuhkan BN. Kita dapat lihat yang mana mereka ini tidak ada kesefahaman antara setiap parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di kalangan PKR,DAP dan PAS sendiri mempunyai ideologi yang berbeza. kalau tambah lagi dengan parti tempatan seperti SAPP dan STAR, lagilah jauh untuk capai kesepakatan.

      Delete
    2. formula gabungan pembangkang sampai kini tidak tercapai.

      Delete
  2. STAR dengan cara dia, SAPP pun begitu juga dengan cara dia cuma PR yang beria-ia untuk bersama dengan parti STAR dan SAPP ini. Tapi seperti tidak ada sambutan dan sokongan. Kerana mereka tahu parti PR ini bukannya parti yang menepati janji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu, Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan. PR telah mengemuka permohonan pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2010 namun menghadapi halangan ROS yang mengkehendaki ianya didaftar sebagai ‘Pakatan Rakyat Malaysia’

      Delete
    2. jadi pakatan kena bertanding menggunakan bendera masing.

      Delete
  3. peluang BN di Sabah tetap cerah.

    ReplyDelete
  4. Tiada kerusi Parlimen untuk STAR? Hahaha. Nampak sangat hendak ketepikan parti ini.

    ReplyDelete
  5. antara semua parti2 di sabah, STAR adalah parti yang paling liat untuk bekerjasama dengan parti2 pembangkang yang lain..

    ReplyDelete
  6. Sejak beberapa bulan lepas, parti pembangkang di Sabah sibuk berbincang untuk merungkai ketidaksefahaman dalam isu pembahagian kerusi pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di negeri itu.

    ReplyDelete
  7. Setelah selesai beberapa pusingan rundingan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan pertandingan satu lawan satu, nampaknya Parti Maju Sabah (SAPP), DAP, PKR dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) tidak mencapai banyak kemajuan tentang perkara itu. Sabah mempunyai 60 kerusi negeri dan 25 kerusi parlimen.

    ReplyDelete
  8. Datuk Yong Teck Lee, dikatakan tidak membantah sekiranya parti pembangkang kebangsaan meletakkan calon di dua pertiga daripada jumlah kerusi parlimen tetapi mahu dua pertiga daripada jumlah kerusi negeri diperuntukkan kepada parti politik tempatan.

    ReplyDelete
  9. Bagaimanapun, pengerusi STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak mahu parti pembangkang kebangsaan meletakkan sebarang calon di negeri itu.

    ReplyDelete
  10. masalah utama pembangkang di sabah ialah sikap tamak ketua2 parti mereka.. masing2 mahu merampas jawatan ketua menteri sabah.. macam mana ada kata sepakat?

    ReplyDelete