Saudara Pengarang,
SAYA, Sharif Osman Sharif Ahmad bagi pihak ahli
UMNO Bahagian Sandakan meminta kerjasama Sabahkini.Net untuk menyiarkan surat
terbuka ini mengenai penyelewengan projek rakyat oleh para 'Penyangak' iaitu
Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Tan Sri
Ampong Puyun; Naib Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Datuk Hj Alipuddin Puyun dan
Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan Elopura, Mohamed Hj Untung @ Abdul
Hamid.
Ketiga mereka ini sewajarnya
segera disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana laporan rasmi
telah dibuat sejak sekian lama berhubung dengan Skandal 19 buah projek yang
diali-babahkan kepada kontraktor bukan bumiputera (Cina).
Saya merujuk apa yang
diperkatakan oleh seorang perwakilan iaitu Zamri Hj Othman semasa usul ekonomi
dibahasnya ketika di Persidangan UMNO Bahagian Sandakan pada 9 September 2012
yang lalu; termasuk pengedaran beberapa salinan dokumen penting yang telah
sampai ke tangan saya.
Saya dan Ketua-Ketua
Cawangan yang menjadi mangsa kerana nama kami telah digunakan untuk memohon projek
kecil ini memohon SPRM tidak memilih bulu dalam menjalankan siasatan mereka.
Menurut apa yang ditimbulkan
Zamri berserta beberapa salinan dokumen yang turut diedarkan, Kementerian
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah meluluskan 44 permohonan projek
kecil di Daerah Sandakan yang kononnya dipohon Ketua-Ketua Cawangan UMNO
Bahagian Sandakan dengan nilai keseluruhan RM4.4 Juta.
Surat bertarikh 08 Mei 2012,
memaklumkan bahawa KKLW Cawangan Negeri Sabah telahpun menjalankan Sebutharga
Terbuka bagi 19 projek tersebut; manakala 25 projek berikutnya telahpun diagehkan
kepada Majlis Perbandaran Sandakan untuk
dilaksanakan.
Terdapat 17 buah projek di
kawasan DUN Elopura iaitu membina jambatan kayu dan selebihnya di DUN Tg.
Papat.
Ketua UMNO Bahagian Sandakan,
Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon yang turut disenaraikan sebagai pemohon bagi Bina
Baru Jambatan Kayu Kg. Cahaya Baru Batu 3, Jalan Bomba Sandakan dengan nilai
RM250,000 telah memainkan peranan agar 13 projek di DUN Elopura tersebut
diambil alihnya.
Apa yang menyedihkan kami, dengan
bantuan CDO Elopura, Mohamad Bin Untong dan anak Ketua Bahagian, 8 buah projek
tersebut yang menggunakan lesen-lesen ‘F’ Kontraktor Bumiputera dengan sewa
lesen 5% telah pun dialibabakan kepada
seorang kontraktorCina
Sebahagian pemilik lesen
tersebut telahpun memperolehi pinjaman sebanyak RM75,000 dari MARA Cawangan
Sandakan untuk melaksanakan sendiri projek tersebut kerana yakin dapat
melaksakan projek dengan untung kasar RM25,000 kerana kos siling projek
tersebut RM100,000. Mereka berpandangan kontraktor Melayu/Bumiputera tidak
mampu melaksanakan projek tersebut dan tidak dapat mengadakan apa yang
diinginkan dengan segera.
Bagi baki 5 buah projek
seterusnya sedang dalam proses pengagehan/melantik kontraktor yang hanya
digunapakai/disewa lesennya. Mereka juga mencantas projek Bina Baru Jambatan Kayu
Kg. Cahaya Baru bernilai RM100,000 yang
dipohon oleh Ketua Cawangan, Amirbangsa Bin Ambang.
Di samping itu, turut
dibangkitkan tentang projek Membina Pejalan Kaki Konkrit Di Hadapan SK. Tg.
Papat 2, Jalan Sim-Sim yang kini tergendala. Menurut maklumat yang diperolehi
bahawa terdapat bantahan dari JKR kerana ketidak sesuaian projeK dilaksanakan di kawasan tersebut.
Saya difahamkan juga bahawa terdapat
arahan agar projek tersebut diberikan kepada dan dilaksanakan oleh Haji Awang
Kadin Tang atas kapasitinya selaku Ketua Pemuda UMNO Sandakan yang juga Ketua
Pemuda UMNO Negeri Sabah.
Turut dipersoalkan ialah
projek Membina Baru Jambatan Separa Konkrit (500 kaki panjang X 5 kaki lebar)
di Kg. Pulau Berhala Laut Sandakan yang dibuat permohonan atas nama Ketua
Kampung Pulau Berhala yang juga Ketua Cawangan UMNO telah siap dilaksanakan;
tetapi Ketua Kampung selaku pemohon projek tersebut langsung tidak dimaklumkan.
SPRM diharap menyiasat
perkara ini dengan penuh ketulusan. Jika KKLW Cawangan Negeri Sabah boleh
melaksanakan proses sebut harga secara terbuka dan iklan terbuka turut
dipaparkan; mengapa pula Majlis Perbandaran Sandakan hanya menurut telunjuk
pihak tertentu dan memberikan anugerah projek tersebut secara terus?
Semua projek tersebut yang
bernilai RM100,000 bertepatan dengan harga siling yang diberi kepada kontraktor
pelaksana. Secara lazimnya apabila seseorang kontraktor ingin turut serta
tender/sebutharga terbuka, harga yang kontraktor ajukan adalah kurang dari
harga siling.
Diharap pendakwaan
dilakukan kepada pihak yang terbabit
jika pengagehan projek ini tidak mematuhi sistem Tender/Sebutharga yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
SPRM juga diharap dapat
meninjau kualiti kerja-kerja yang dilaksanakan. Terdapat kerja yang tidak
mematuhi skop kerja yang ditetapkan. Kerja yang tidak berkualiti mengakibatkan
jambatan-jambatan tersebut tidak kukuh/bergoyang sedangkan baru disiapkan.
Saya dan Ketua-ketua
Cawangan UMNO berterima kasih dan amat bersyukur kerana kerajaan telah
menyalurkan peruntukan bagi menyelesaikan masalah setempat.
Namun kami amat kesal di atas
kesemua tidak wajaran ini termasuk salahgunakuasa dan mengambil jalan mudah
dengan mengalibabakan projek tersebut kepada kontraktor Cina.
Saya bagi pihak 90 peratus
ahli-ahli UMNO mendesak agar SPRM menjalankan siasatan memanggil tiga orang
yang telah disebutkan agar segala nista dan amalan rasuah yang mereka lakukan
ini tidak terpalit kepada UMNO dan kami tidak buta-buta menangggung dosa
mereka.
Jika siasatan SPRM hanya
sekadar amalan rutin terhadap 'Makhluk Perosak'
seperti Tan Sri Ampong, Hj Alipuddin dan Mohamed Untung terus bersarang
di dalam UMNO, maka kemungkinan besar 44 Cawangan UMNO Sandakan akan berpaling
tadah bagi memberi pengajaran kepada pemimpin yang tidak amanah.
Sekian, Salam Hormat,
SHARIFF OSMAN SHARIFF AHMAD
Ahli Jawatankuasa Bahagian
Umno Sandakan
Jika benar akan perkara ini berikan maklumat dan bukti kepada SPRM untuk memastikan SPRM dapat melaksanakan tanggungjawab mereka.
ReplyDeletePihak SPRM perlu bertindak bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak. yang salah tetap salah dan perlu dikenakan tindakan.
Deletebuat laporan dan sertakan bukti, jgn bagi laporan kosong saja.
DeleteBaguslah kalau ada pihak dalam ahli yang prihatin untuk memastikan masalah rasuah dalam parti BN dapat ditangani. Ini demi kebaikkan parti itu sendiri juga.
ReplyDelete'perosak' harus dibuang dari parti supaya tidak menggugat keseluruhan parti tersebut.
ReplyDeleteperosak tak harus dibiarkan berada dalam parti, ia harus dibanteras.
Deletesemua ahli parti harus bekerjasama dan jaga tingkah laku.
ReplyDeleteMACC vows to combat the corruption cases in the country, together with the government.
ReplyDelete"Sharif Osman Sharif Ahmad bagi pihak ahli UMNO Bahagian Sandakan meminta kerjasama Sabahkini.Net untuk menyiarkan surat terbuka ini"
ReplyDeletedaripada minta tolong Sabahkini, kenapa tidak buat terus laporan polis atau sprm?? kenapa perlu minta bantuan media? mahu mempopularkan diri sendiri?
sepatutnya isu2 seperti ini tidak boleh didedahkan kepada media selagi belum ada apa2 tindakan dipihak polis atau sprm..
ReplyDeletejika selepas ini tidak ada tindakan diambil, jangan salahkan sprm atau polis.. salahkan diri sendiri kerana mendedahkan penyelewengan ini dan bukti2nya sekali di media.. penyangak lebih dulu melepaskan diri sebelum diambil tindakan..
ReplyDelete