Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH
PERCAKARAN parti pembangkang
di Sabah antara STAR, SAPP, Pakatan Rakyat dan Kumpulan Pemerhati Datuk Wilfred
Bumburing dan Datuk Lajim, masih belum mencapai kata sepakat untuk menghadapi
BN; sedangkan pembangkang di Sabah hanya tinggal kurang enam bulan lagi kerana parlimen
luput pada Mac 2013.
Dijangkakan BN akan
menghabiskan tempoh penuh penggal pemerintahannya. Oleh itu pembangkang Sabah
mesti mencapai kata sepakat dalam masa yang secepat mungkin jika mereka
benar-benar ingin merampas 60 DUN dan 25 Parlimen di Sabah. Kebimbangan ini
timbul kerana ada parti yang mahu tanding kesemua 60 kerusi DUN, enggan memberi
walau satu kerusi kepada Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu 'Formula
Sabah' mesti diwujudkan untuk menentang BN yang 'Perkasa' itu. Paling penting,
'Formula Sabah' berkonsepkan satu lawan satu dengan BN.
Majoriti rakyat Sabah
berharap agar 'Formula Sabah' ini merakumi SAPP, STAR, Kumpulan APS dan PPS
diberi pembahagian bertanding di semua kerusi DUN; sementara itu PR, APS dan
PPS diberi tanding kesemua kerusi parlimen di Sabah dan Labuan.
Secara skimatiknya, Formula
Sabah seperti berikut;
SAPP bertanding di kesemua
kawasan Cina dan beberapa DUN kawasan campuran dan Bumiputra Islam sejumlah 30 kerusi
STAR bertanding di semua
kerusi KDM dan beberapa DUN kawasan campuran
20 Kerusi,
APS Datuk Wilfred diberi 5
kerusi KDM, DUN Tamparuli dan Kiulu mesti ditanding oleh APS ini.
PPS Datuk Lajim, diberi 5
Kerusi, DUN Klias, Lumadan mesti di bawah PPS.
Sementara itu, kesemua
parlimen diberikan pada PR dan tetapi
hanya dua kerusi iaitu Tuaran dan Beaufort masing-masing dikekalkan pada
Datuk Wilfred dan Datuk Lajim; manakala DAP tanding di semua kawasan Cina dan
beberapa kawasan KDM seperti Sepanggar; PKR di semua kawasan Bumiputra Islam
dan kawasan campuran; PAS mungkin diberi Silam dan Batu Sapi.
Jika Formula ini dapat direalisasikan,
maka satu harapan baru, rakyat Sabah akan tercapai. Formula Sabah ini pasti
akan mengembirakan setiap rakyat Sabah yang selama ini merasa tertindas di
bawah BN.
Pastinya jika SAPP dan STAR
serta APS dan PPS ini mencapai kemenangan dan dapat dapat membentuk kerajaan Autonomi
baru Sabah nanti, maka Ketua Menteri kita tidak akan dilantik oleh
tangan-tangan keramat dari Kuala Lumpur.
Mungkin Ketua Menteri baru
sabah ini dilantik berdasarkan parti yang mencapai kemenangan kerusi terbanyak,
maka dialah yang layak mengantikan Datuk Musa Aman atau sesiapa sahaja yang bakal
mengantikan Musa ini; bakal memikul segala
sampah kotor, yang perlu dibersihkan.
Mengenai formula gabungan antara parti Pembangkang dari Semenanjung dan Tempatan nampaknya tidak berhasil untuk menjatuhkan BN. Kita dapat lihat yang mana mereka ini tidak ada kesefahaman antara setiap parti.
ReplyDeleteDi kalangan PKR,DAP dan PAS sendiri mempunyai ideologi yang berbeza. kalau tambah lagi dengan parti tempatan seperti SAPP dan STAR, lagilah jauh untuk capai kesepakatan.
Deleteformula gabungan pembangkang sampai kini tidak tercapai.
DeleteSTAR dengan cara dia, SAPP pun begitu juga dengan cara dia cuma PR yang beria-ia untuk bersama dengan parti STAR dan SAPP ini. Tapi seperti tidak ada sambutan dan sokongan. Kerana mereka tahu parti PR ini bukannya parti yang menepati janji.
ReplyDeleteLagi satu, Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan. PR telah mengemuka permohonan pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2010 namun menghadapi halangan ROS yang mengkehendaki ianya didaftar sebagai ‘Pakatan Rakyat Malaysia’
Deletejadi pakatan kena bertanding menggunakan bendera masing.
Deletepeluang BN di Sabah tetap cerah.
ReplyDeleteTiada kerusi Parlimen untuk STAR? Hahaha. Nampak sangat hendak ketepikan parti ini.
ReplyDeleteantara semua parti2 di sabah, STAR adalah parti yang paling liat untuk bekerjasama dengan parti2 pembangkang yang lain..
ReplyDeleteSejak beberapa bulan lepas, parti pembangkang di Sabah sibuk berbincang untuk merungkai ketidaksefahaman dalam isu pembahagian kerusi pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di negeri itu.
ReplyDeleteSetelah selesai beberapa pusingan rundingan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan pertandingan satu lawan satu, nampaknya Parti Maju Sabah (SAPP), DAP, PKR dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) tidak mencapai banyak kemajuan tentang perkara itu. Sabah mempunyai 60 kerusi negeri dan 25 kerusi parlimen.
ReplyDeleteDatuk Yong Teck Lee, dikatakan tidak membantah sekiranya parti pembangkang kebangsaan meletakkan calon di dua pertiga daripada jumlah kerusi parlimen tetapi mahu dua pertiga daripada jumlah kerusi negeri diperuntukkan kepada parti politik tempatan.
ReplyDeleteBagaimanapun, pengerusi STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak mahu parti pembangkang kebangsaan meletakkan sebarang calon di negeri itu.
ReplyDeletemasalah utama pembangkang di sabah ialah sikap tamak ketua2 parti mereka.. masing2 mahu merampas jawatan ketua menteri sabah.. macam mana ada kata sepakat?
ReplyDelete