Tuesday 18 September 2012

PEMANDU PELANCONG KOREA HANYA SEMENTARA




KOTA KINABALU : Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata keputusan membenarkan warga asing, terutama dari Korea Selatan, menjadi pemandu pelancong di Sabah, adalah demi kebaikan dan pembangunan sektor pelancongan negara.

Beliau berkata ia hanya 'langkah sementara' bagi memenuhi peningkatan bilangan pelancong dari Korea Selatan ke negeri 'Di Bawah Bayu' serta langkah jangka panjang kerajaan untuk kebaikan bersama.

Ng berkata Malaysia melonggarkan dasar melarang pemandu pelancong asing ke negara ini, khususnya di Sabah, kecuali bagi Korea Selatan kerana sukar untuk mendapatkan pemandu pelancong yang boleh berbahasa Korea.

"Malah, ini permintaan daripada Kedutaan Korea di Kuala Lumpur kerana Sabah menjadi destinasi popular pelancong Korea.

"Sehingga Jun, kira-kira 43,800 pelancong Korea melawat Sabah berbanding 36,000 dalam tempoh sama tahun lepas, tetapi kita mempunyai hanya lapan pemandu pelancong tempatan yang boleh berbahasa Korea di Sabah.

"Jumlah ini pastinya tidak mencukupi untuk menampung peningkatan bilangan pelancong Korea," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) di kampus utama Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas. (Bernama)

No comments:

Post a Comment