Oleh : STEPHEN THEN
BINTULU: Hari kemerdekaan
yang jatuh pada 31 Ogos, dan Hari Malaysia pada 16 September, merupakan tarikh
yang sama penting, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang
menggesa supaya debat dan pertikaian mengenai tarikh antara kedua-duanya yang
mana lebih penting dihentikan.
Peranan Sarawak dalam
pembentukan Malaysia adalah sama penting dengan pengisytiharan kemerdekaan
Tanah Melayu, yang menjadikan negeri itu dan Semenanjung sebagai rakan yang
sama rata di negara ini, kata Najib pada Ahad di Bintulu di mana beliau dan
menteri-menteri kabinet lain tiba di sini untuk menyertai para pemimpin negeri
menyambut Hari Malaysia.
(Persekutuan Tanah Melayu,
menjadikannya sebagai 11 negeri mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Utara
Borneo (Sabah) dan Sarawak menyertai Tanah Melayu pada 16 September 1965
bersama dengan Singapura bagi membentuk Malaysia. Setiap negeri menjadi ‘rakan’
yang sama rata kepada Tanah Melayu).
“Tanpa ragu-ragu, peranan
Sarawak di Malaysia adalah amat penting. Tidak perlu berkelahi atau debat sama
ada 31 Ogos adalah lebih penting atau 16 September yang lebih penting.
“Kedua-dua tarikh adalah
sama penting. Apa yang paling penting sekarang ialah Sarawak menjadi begitu
progresif dan kita di Kerajaan Persekutuan telah menunaikan janji kita untuk
membawa pembangunan kepada Sarawak.
“Kita tidak pernah menolak
permintaan daripada kerajaan Sarawak untuk sebarang projek pembangunan atau
dana pembangunan. Sarawak telah berkembang dengan pesat.
“Ini adalah lebih daripada
sekadar memenuhi peranan yang dibentangkan dalam Persekutuan.
“Ia adalah ikrar Kerajaan
Persekutuan untuk membangunkan Sarawak kerana para pemimpin di Sarawak dan para
pemimpin di Putrajaya melihat dari mata ke mata dan mampu bekerja bersama.
“Ini merupakan persefahaman
antara para pemimpin persekutuan dan negeri yang lebih penting daripada
mana-mana dokumen. Tidak perlu sebarang pengisytiharan atau perjanjian baru
antara Sarawak dan Semenanjung.
“Kita merupakan rakan yang
sama-sama dalam membangunkan Malaysia,” katanya semasa Rumah Terbuka Hari Raya
di Kampung Arshikrin di Bintulu. (mSTAR)
No comments:
Post a Comment