Friday 21 September 2012

SABAH BAKAL DIKUASA OLEH BANGSA ASING.




Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH

PENDEDAHAN yang paling mengejutkan oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS), merangkap Pengerusi AMANAH SABAH iaitu NGO yang membela kepentingan Sabah, di dalam Sabahkini.net dua hari yang lalu, sangat-sangat membimbangkan generasi Sabah sekarang dan dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Mengikut apa yang dikatakan oleh Datuk Wilfred Bumburing, sebanyak 1. 3 juta PATI disyaki telah diberi IC, ini sesuatu yang sangat malang bagi rakyat Sabah, mereka sekarang berada di sekeliling kita kiri dan kanan, dikirakan sekarang nisbahnya ialah di mana setiap 5 orang rakyat Sabah yang ada di jalan 3 orang adalah PATI yang ada IC. Senario ini menunjukan betapa bahayanya kita sekarang.

Menurut Datuk Wilfried Bumburing juga pecahan 1. 3 juta PATI ber IC ini adalah seperti berikut; 70% Bugis, 20% Suluk-Bajau-Filipina, 10 % Pakistan. Mereka ini sekarang hidup bebas dan bersaing dengan orang tempatan dalam bidang ekonomi, peluang kerja, kesihatan awam, berada dalam perkhidmatan awam dan paling bahaya dipilih menjadi pemimpin 'Penyu' kita.

Maksudnya, mereka diangkat menjadi YB tetapi asalnya dari negara lain. Sememangnya sudah ada yang jadi YB di Pantai Timur Sabah , dengan memiliki IC palsu ini mereka beranggap bahawa sahnya mereka adalah pemimpin yang dilahirkan di sini. Peristiwa ini adalah sesuatu yang malang bagi warga Sabah, yang terpaksa berkongsi negeri ini dengan PATI ber IC projek; tidak seperti warga Sarawak yang tidak langsung mempunyai PATI itu.

Adalah menjadi harapan Datuk Wilfred Bumburing dan rakan-rakannya yang lain, untuk mengambil keputusan sekarang sebelum terlambat dengan beraninya keluar dari BN dan memberi sokongan pada PR kerana yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Baru lepas PRU 13 ini.

Satu perhitungan yang mungkin hampir tepat dari Bumburing bahawa hanya PR dapat memperbetulkan segala kesongsangan yang berlaku di Sabah ini; namun tidak semua dapat membaca kocakan fikiran Bumburing yang jengkel setelah Memorandumnya kepada Kerajaan Malaysia dipandang sepi.

20 comments:

  1. Dato’ Sri Mohd Najib Keturunan Bugis
    Oleh : Ismail S. Wekke

    KabarIndonesia - Berikut ini adalah gambaran tentang karir politik dan pendidikan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Dr. (HC) Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

    Tiga hari sebelum Ramadhan tahun lalu, tepatnya 10 September 2007, Senat Universitas Hasanauddin, dalam pelaksanaan Dies Natalis ke-51, membrikan anugerah Doktor Honoris Causa kepada Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dalam bidang ekonomi politik.

    Anugerah tersebut diberikan bukan karena kemasyhuran bapaknya yang merupakan Perdana Menteri Malaysia, melainkan telah dipandang dari integritas dan kemampuan yang dimilikinya.

    Selain itu juga ada ikatan emosional yang memperat hubungan Dato’ Sri dengan masyarakat Bugis-Makassar, yaitu adanya silsilah keturunan Dato’ Sri dengan Raja Gowa XX.

    Pun pada kunjungan pertamanya beberapa tahun lalu ke tanah Bugis, beliau sekaligus diberi anugerah kebudayaan sebagai warga kehormatan Gowa dengan gelar Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak Imappadulung Dg Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abd Jalil Raja Gowa XX.

    Adapun anugerah Doktor Honoris Causa juga pernah diraihnya dari Multimedia University Malaysia pada Konvokesyen ketujuh. Mohd. Najib bergelar Dato’ Sri karena beliau memiliki hubungan darah Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang. Gelar ini diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Negeri Pahang.

    Beliau dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 23 Juli 1953. Saat ini menjabat sebagai Timbalan Perdana Mentri (TPM---Timbalan berarti wakil, red) Malaysia yang kesembilan. Dia dilantik sebagai TPM sejak tanggal 7 Januari 2004. Dari istri kedua, Datin Seri Rosmah Mansor, beliau memiliki tiga putra dan dua putri.

    Dato’ Sri merupakan anak tertua Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua. Ayahnya meninggal karena serangan jantung di London pada 14 Januari 1976.

    Dato' Sri, yang ketika itu masih berusia 23 tahun, langsung terpilih menduduki jabatan Dewan Rakyat sebagai utusan Pekan, Pahang karena kekosongan yang ditinggalkan ayahandanya.
    Dia mengisi kekosongan tersebut dengan kemenangan aklamasi tanpa melalui pemilihan umum.

    Ketika itu, dia langsung menjadi anggota parlemen termuda. Sejak itulah dia mulai terjun di arena politik dengan mencatat banyak rekor dengan usia yang masih muda telah mengisi berbagai posisi yang strategis.

    Pada tahun 1978, misalnya, dalam usia 25 tahun, dia dilantik menduduki jabatan Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Pada pelantikan ini, rekor sebagai timbalan menteri termuda kembali dipegangnya.

    Pada tahun 1982 sampai tahun 1986, Dato’ Sri menjabat sebagai Menteri Besar Pahang. Dalam umur 29 tahun, sekali lagi dia menjabat menteri besar yang termuda. Mentri besar merupakan jabatan eksekutif tertinggi di setiap negeri, semacam provinsi kalau di Indonesia.



    Sumber: kabarindonesia.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya Najib juga ada darah keturunan Bugis.

      Delete
    2. Najib mmg ada darah keturunan Bugis.

      Delete
  2. Kita sendiri semakin risau dengan masalah PATI di Sabah ini. Jika kita lihat sendiri pun Kerajaan sekarang ini serius menangani isu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu ini selagi tidak diselesaikan, golongan ini akan membawa masalah social yang serius.

      Delete
    2. kebanjiran PATI amat membimbangkan, ia harus diberi perhatian.

      Delete
  3. Maka sebab itulah kenapa RCI diperlukan sekarang ini. Untuk menyiasat dalang dalam semua masalah yang melibatkan PATI dan projek IC di SAbah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI perlu bagi selesaikan isu PATI. ia akan ditubuhkan tak lama lagi.

      Delete
  4. Kebanjiran rakyat asing di Sabah memang sudahpun kelihatan sekarang ni. Masanya untuk laksanakan RCI pula.

    ReplyDelete
  5. Mustahil jumlah kemasukan PATI tidak dikesan oleh kerajaan sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawalan di sempadan negara kena diperketatkan.

      Delete
  6. bangsa aign ini boleh merosakkan perkembangan ekonomi dan membawa isu keselamatan.

    ReplyDelete
  7. Semoga RCI dapat mengesan punca isu PATI.

    ReplyDelete
  8. Golongan yang memiliki dokumen palsu harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  9. Datuk Musa pernah menyatakan dengan tegasnya pendirian komponen Barisan Nasional Negeri Sabah tentang isu pendatang tanpa izin di Sabah. Isu ini dibangkitkan setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan bahawa ’pelarian’ akan diberi status penduduk tetap di Sabah yang jelas tidak dipersetujui oleh Ketua Menteri.

    ReplyDelete
  10. penubuhan RCI adalah satu perkembangan yang baik dimana kerajaan pimpinan DS Najib bersedia untuk berhadapan dengan desakan, tuntutan dan masalah-masalah rakyat di Sabah? sepatutnya rakyat dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat melihat langkah kerajaan ini dari sudut positif..

    Bahana Umumkan RCI

    ReplyDelete
  11. RCI bukanlah kaedah yang pertama dan terakhir dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah pendatang haram dan juga Projek IC di Sabah. Sebelum ini juga, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuklah penubuhan jawatankuasa pusat dan juga negeri bagi menyiasat dan merangka penyelesaian kepada fenomena warga asing di negeri ini, penubuhan program 5P disamping penguatkuasaan berteruskan dari anggota beruniform samada di daratan mahupun perairan.

    ReplyDelete
  12. dari sudut lain, Kebanjiran warga asing di negeri ini sebenarnya adalah bukti nyata bahawa peluang pekerjaan sentiasa wujud di Sabah hasil dari usaha berterusan kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman dalam memajukan dan memakmurkan ekonomi negeri Sabah.

    Warga Asing

    ReplyDelete
  13. walaupun kebanjiran PTI ini membuktikan kemakmuran ekonomi negeri sabah, namun, itu bukanlah alasan untuk kerajaan BN duduk diam tanpa melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing di negeri ini. Malah, kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga jawatankuasa negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara bersama.

    ReplyDelete
  14. Banyak program yang dijalankan termasuk penguatkuasaan melalui pelbagai agensi iaitu polis, tentera dan imigresen bagi menghantar mereka pulang ke negara masing-masing. Bagi warga Indonesia, kerajaan tidak ada masalah untuk menghantar mereka pulang kerana mereka mempunyai konsulat di Sabah. Sebaliknya, masalah melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai konsulat di sini. Jika pembangkang mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa, ia adalah tidak benar sama sekali.

    ReplyDelete