Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH
PENDEDAHAN yang paling
mengejutkan oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Pengerusi Angkatan
Perubahan Sabah (APS), merangkap Pengerusi AMANAH SABAH iaitu NGO yang membela
kepentingan Sabah, di dalam Sabahkini.net dua hari yang lalu, sangat-sangat
membimbangkan generasi Sabah sekarang dan dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Mengikut apa yang dikatakan
oleh Datuk Wilfred Bumburing, sebanyak 1. 3 juta PATI disyaki telah diberi IC,
ini sesuatu yang sangat malang bagi rakyat Sabah, mereka sekarang berada di
sekeliling kita kiri dan kanan, dikirakan sekarang nisbahnya ialah di mana
setiap 5 orang rakyat Sabah yang ada di jalan 3 orang adalah PATI yang ada IC.
Senario ini menunjukan betapa bahayanya kita sekarang.
Menurut Datuk Wilfried
Bumburing juga pecahan 1. 3 juta PATI ber IC ini adalah seperti berikut; 70% Bugis,
20% Suluk-Bajau-Filipina, 10 % Pakistan. Mereka ini sekarang hidup bebas dan
bersaing dengan orang tempatan dalam bidang ekonomi, peluang kerja, kesihatan
awam, berada dalam perkhidmatan awam dan paling bahaya dipilih menjadi pemimpin
'Penyu' kita.
Maksudnya, mereka diangkat
menjadi YB tetapi asalnya dari negara lain. Sememangnya sudah ada yang jadi YB
di Pantai Timur Sabah , dengan memiliki IC palsu ini mereka beranggap bahawa
sahnya mereka adalah pemimpin yang dilahirkan di sini. Peristiwa ini adalah
sesuatu yang malang bagi warga Sabah, yang terpaksa berkongsi negeri ini dengan
PATI ber IC projek; tidak seperti warga Sarawak yang tidak langsung mempunyai
PATI itu.
Adalah menjadi harapan Datuk
Wilfred Bumburing dan rakan-rakannya yang lain, untuk mengambil keputusan
sekarang sebelum terlambat dengan beraninya keluar dari BN dan memberi sokongan
pada PR kerana yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri
Baru lepas PRU 13 ini.
Satu perhitungan yang mungkin
hampir tepat dari Bumburing bahawa hanya PR dapat memperbetulkan segala
kesongsangan yang berlaku di Sabah ini; namun tidak semua dapat membaca kocakan
fikiran Bumburing yang jengkel setelah Memorandumnya kepada Kerajaan Malaysia
dipandang sepi.
Dato’ Sri Mohd Najib Keturunan Bugis
ReplyDeleteOleh : Ismail S. Wekke
KabarIndonesia - Berikut ini adalah gambaran tentang karir politik dan pendidikan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Dr. (HC) Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Tiga hari sebelum Ramadhan tahun lalu, tepatnya 10 September 2007, Senat Universitas Hasanauddin, dalam pelaksanaan Dies Natalis ke-51, membrikan anugerah Doktor Honoris Causa kepada Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dalam bidang ekonomi politik.
Anugerah tersebut diberikan bukan karena kemasyhuran bapaknya yang merupakan Perdana Menteri Malaysia, melainkan telah dipandang dari integritas dan kemampuan yang dimilikinya.
Selain itu juga ada ikatan emosional yang memperat hubungan Dato’ Sri dengan masyarakat Bugis-Makassar, yaitu adanya silsilah keturunan Dato’ Sri dengan Raja Gowa XX.
Pun pada kunjungan pertamanya beberapa tahun lalu ke tanah Bugis, beliau sekaligus diberi anugerah kebudayaan sebagai warga kehormatan Gowa dengan gelar Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak Imappadulung Dg Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abd Jalil Raja Gowa XX.
Adapun anugerah Doktor Honoris Causa juga pernah diraihnya dari Multimedia University Malaysia pada Konvokesyen ketujuh. Mohd. Najib bergelar Dato’ Sri karena beliau memiliki hubungan darah Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang. Gelar ini diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Negeri Pahang.
Beliau dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 23 Juli 1953. Saat ini menjabat sebagai Timbalan Perdana Mentri (TPM---Timbalan berarti wakil, red) Malaysia yang kesembilan. Dia dilantik sebagai TPM sejak tanggal 7 Januari 2004. Dari istri kedua, Datin Seri Rosmah Mansor, beliau memiliki tiga putra dan dua putri.
Dato’ Sri merupakan anak tertua Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua. Ayahnya meninggal karena serangan jantung di London pada 14 Januari 1976.
Dato' Sri, yang ketika itu masih berusia 23 tahun, langsung terpilih menduduki jabatan Dewan Rakyat sebagai utusan Pekan, Pahang karena kekosongan yang ditinggalkan ayahandanya.
Dia mengisi kekosongan tersebut dengan kemenangan aklamasi tanpa melalui pemilihan umum.
Ketika itu, dia langsung menjadi anggota parlemen termuda. Sejak itulah dia mulai terjun di arena politik dengan mencatat banyak rekor dengan usia yang masih muda telah mengisi berbagai posisi yang strategis.
Pada tahun 1978, misalnya, dalam usia 25 tahun, dia dilantik menduduki jabatan Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Pada pelantikan ini, rekor sebagai timbalan menteri termuda kembali dipegangnya.
Pada tahun 1982 sampai tahun 1986, Dato’ Sri menjabat sebagai Menteri Besar Pahang. Dalam umur 29 tahun, sekali lagi dia menjabat menteri besar yang termuda. Mentri besar merupakan jabatan eksekutif tertinggi di setiap negeri, semacam provinsi kalau di Indonesia.
Sumber: kabarindonesia.com
Rupanya Najib juga ada darah keturunan Bugis.
DeleteNajib mmg ada darah keturunan Bugis.
DeleteKita sendiri semakin risau dengan masalah PATI di Sabah ini. Jika kita lihat sendiri pun Kerajaan sekarang ini serius menangani isu ini.
ReplyDeleteIsu ini selagi tidak diselesaikan, golongan ini akan membawa masalah social yang serius.
Deletekebanjiran PATI amat membimbangkan, ia harus diberi perhatian.
DeleteMaka sebab itulah kenapa RCI diperlukan sekarang ini. Untuk menyiasat dalang dalam semua masalah yang melibatkan PATI dan projek IC di SAbah ini.
ReplyDeleteRCI perlu bagi selesaikan isu PATI. ia akan ditubuhkan tak lama lagi.
DeleteKebanjiran rakyat asing di Sabah memang sudahpun kelihatan sekarang ni. Masanya untuk laksanakan RCI pula.
ReplyDeleteMustahil jumlah kemasukan PATI tidak dikesan oleh kerajaan sebelum ini.
ReplyDeletekawalan di sempadan negara kena diperketatkan.
Deletebangsa aign ini boleh merosakkan perkembangan ekonomi dan membawa isu keselamatan.
ReplyDeleteSemoga RCI dapat mengesan punca isu PATI.
ReplyDeleteGolongan yang memiliki dokumen palsu harus dikenakan tindakan.
ReplyDeleteDatuk Musa pernah menyatakan dengan tegasnya pendirian komponen Barisan Nasional Negeri Sabah tentang isu pendatang tanpa izin di Sabah. Isu ini dibangkitkan setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan bahawa ’pelarian’ akan diberi status penduduk tetap di Sabah yang jelas tidak dipersetujui oleh Ketua Menteri.
ReplyDeletepenubuhan RCI adalah satu perkembangan yang baik dimana kerajaan pimpinan DS Najib bersedia untuk berhadapan dengan desakan, tuntutan dan masalah-masalah rakyat di Sabah? sepatutnya rakyat dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat melihat langkah kerajaan ini dari sudut positif..
ReplyDeleteBahana Umumkan RCI
RCI bukanlah kaedah yang pertama dan terakhir dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah pendatang haram dan juga Projek IC di Sabah. Sebelum ini juga, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuklah penubuhan jawatankuasa pusat dan juga negeri bagi menyiasat dan merangka penyelesaian kepada fenomena warga asing di negeri ini, penubuhan program 5P disamping penguatkuasaan berteruskan dari anggota beruniform samada di daratan mahupun perairan.
ReplyDeletedari sudut lain, Kebanjiran warga asing di negeri ini sebenarnya adalah bukti nyata bahawa peluang pekerjaan sentiasa wujud di Sabah hasil dari usaha berterusan kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman dalam memajukan dan memakmurkan ekonomi negeri Sabah.
ReplyDeleteWarga Asing
walaupun kebanjiran PTI ini membuktikan kemakmuran ekonomi negeri sabah, namun, itu bukanlah alasan untuk kerajaan BN duduk diam tanpa melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing di negeri ini. Malah, kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga jawatankuasa negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara bersama.
ReplyDeleteBanyak program yang dijalankan termasuk penguatkuasaan melalui pelbagai agensi iaitu polis, tentera dan imigresen bagi menghantar mereka pulang ke negara masing-masing. Bagi warga Indonesia, kerajaan tidak ada masalah untuk menghantar mereka pulang kerana mereka mempunyai konsulat di Sabah. Sebaliknya, masalah melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai konsulat di sini. Jika pembangkang mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa, ia adalah tidak benar sama sekali.
ReplyDelete