Oleh : CLARA CHOOI
KUALA LUMPUR : Pemimpin
Barisan Nasional (BN) menolak ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengenai
peluang gabungan itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, dan
menjangkakan gabungan pemerintah itu akan mendapat keputusan lebih baik
daripada semasa PRU 2008 apabila mereka hilang majoriti dua pertiga di
parlimen.
Dr Mahathir mengatakan
semalam bahawa beliau menjangkakan BN akan menjadi kerajaan lemah selepas PRU
13 yang dijangka tidak lama lagi, akan tetapi pemimpin-pemimpin gabungan itu
tidak bersetuju dengan penilaian beliau tentang peluang BN.
Mereka juga tidak bersetuju
dengan dakwaan Dr Mahathir bahawa pemberian wang tunai oleh pentadbiran Najib
adalah satu bentuk pembelian undi tetapi menegaskan bahawa veteran politik itu
juga mengakui bahawa BN perlu untuk meningkatkan populariti bagi memastikan
kerajaan yang lebih kuat selepas PRU akan datang.
“Dan kita pasti mahu mandat
yang kuat, sebuah kerajaan yang kuat untuk membuat perubahan dan menambah baik
Malaysia. Apa yang kita katakan ialah memberi (Perdana Menteri Datuk Seri)
Najib (Razak) peluang.
“Dia akan memperbaiki apa
jua kelemahan yang berlaku pada masa lalu,” kata setiausaha agung BN, Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada The Malaysian Insider.
Pemimpin Umno itu juga
bersetuju apabila ditanya tentang kemungkinan BN akan menubuhkan kerajaan yang
lebih kuat dari sekarang sambil mengatakan gabungan tersebut sudah diketahui
menunaikan janji mereka.
“Dari segi persepsi… jika
kamu dengar tentang persepsi – kami bekerja. Kami bekerja keras dan kami
tunaikan apa yang kami kata, dan bukan hanya bercakap, bercakap, bercakap,”
katanya.
Sentimen yang sama dari
rakan-rakan Tengku Adnan dalam BN.
“BN akan lakukan dengan
lebih baik dalam pusingan ini,” kata Datuk Seri G Palaneval, Presiden MIC
kepada The Malaysian Insider.
Beliau mengatakan pemberian
wang tunai seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) harus dilakukan setiap tahun
dengan menambah usaha tersebut harus perlu dijadikan program yang direka untuk
memberi manfaat kepada mereka yang kurang bernasib baik.
“Jika bercakap secara
realistik, BN akan bangkit dengan mandat lebih kukuh. Dan kita perlu itu untuk
melaksanakan dasar-dasar jangka panjang,” kata Naib Presiden MCA, Gan Ping
Sieu.
“Sudah tentu kita
benar-benar lebih kuat sekarang. Kami mempunyai Perdana Menteri yang baru. Kami
mempunyai pelan transformasi yang berani. Kami berada pada kedudukan yang sama
dengan pembangkang dalam perang siber,” kata setiausaha Umno Sabah, Datuk Abdul
Rahman Dahalan.
Dr Mahathir
meramalkansemalam dalam sebuah forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana bahawa
BN akan terus memerintah Malaysia selepas PRU ke 13 sebagai sebuah kerajaan
lemah dan ini tidak baik kerana gabungan pemerintah tersebut akan lebih
memfokuskan kepada survival mereka lebih daripada membangunkan negara.
Menurut Dr Mahathir lagi,
tindakan kerajaan pimpinan Najib memberikan wang tunai kepada rakyat adalah
tindakan yang menyerupai “pembelian undi”, akan tetapi mengakui usaha tersebut
dalam membantu menggembalikan populariti BN dengan lebih cepat oleh kerana PRU
semakin hampir.
Sebagai seorang pemimpin BN
yang lantang, Dr Mahathir berkata BN memerlukan sebuah kerajaan kuat untuk
membantu perlaksanaan dasar-dasar yang mungkin “tidak menyenangkan” tetapi akan
memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.
Mana-mana kerajaan yang
dibentuk dengan majoriti parlimen yang kecil boleh digulingkan dengan mudah
melalui pembelotan massa, Dr Mahathir memberi amaran.
“Setiap negara memerlukan
sebuah kerajaan yang kuat supaya dasar jangka panjang boleh dilaksanakan
walaupun mereka mungkin membuat kerajaan tidak popular.
“Jika tidak, tumpuan adalah
lebih kepada politik daripada dasar. Tetapi tanpa kerajaan yang kuat, ia akan
menjadi sangat sukar untuk menjalankan perkara tidak popular.. seperti GST
(Cukai Barangan dan Perkhidmatan).
“Kami sedang melakukan
transformasi serius tentang sistem subsidi. Dan ia tidak dilaksanakan sebelum
ini oleh kerana kemungkinan serangan balas politik yang dahsyat,” kata Gan dari
MCA.
Abdul Rahman menyifatkan
kenyataan Dr Mahathir sebagai “cerdik”, dengan mengatakan mesej bekas Perdana
Menteri adalah untuk memberitahu pengundi supaya mengembalikan kerajaan BN yang
kuat jika mereka mahu negara makmur.
“Ia adalah satu
kebijaksanaan. Dr Mahathir adalah seorang yang pintar. Jangan ambil kata-kata
beliau secara tersurat. Lihat secara tersirat tentang apa yang dia cuba katakan
adalah - jika rakyat mahu sebuah kerajaan kuat dan serius tentang mentadbir
negara, lebih baik kembali kepada kerajaan yang kuat .. jangan memilih kerajaan
lemah kerana ia hanya akan fokus untuk survival,” kata ahli politik Malaysia
timur itu.
Abdul Rahman juga mengambil
perhatian terhadap kenyataan Dr Mahathir tentang pemberian tunai oleh
pentadbiran Najib tetapi berkata ahli politik veteran itu semata-mata
menunjukkan keutamaan beliau.
“Jika anda menganalisis
kata-kata beliau dengan berhati-hati ...beliau tidak memberi tumpuan kepada
membeli undi. Beliau hanya mengatakan bahawa beliau membenci pemberian wang
tunai dan lebih gemar untuk membina kemudahan,” katanya.
Beliau menambah bahawa
rakyat Malaysia tidak harus dianggap sebagai pengundi bodoh yang akan mengundi
bagi pihak kerajaan semata-mata kerana mereka telah menerima bayaran tunai
secara langsung.
Setiausaha agung MIC Datuk S
Murugessan menegaskan bahawa jika bercakap dengan logik, pengenalan bayaran
tunai RM500 oleh BN di bawah program BR1M tidak direka untuk “membeli undi”.
Beliau menegaskan bahawa
asas sokongan gabungan tersebut sebahagian besarnya adalah golongan
berpendapatan rendah dan jika BN mahu memancing sokongan, ia seharusnya
menyerahkan wang tunai kepada golongan berpendapatan tinggi.
“ PM memperkenalkan BR1M,
selepas beliau turun kebawah dan bertemu dengan rakyat yang begitu banyak yang
bercakap mengenai kesusahan mereka. BR1M adalah untuk membantu mereka yang
dalam kecemasan, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah,” katanya.
Kerajaan dijangka
mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada golongan
berpendapatan rendah semasa Bajet 2013 dibentangkan minggu depan, dalam usaha
yang dilihat sebagai memberi Najib dan BN rangsangan lebih awal menjelang
pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.
Pusingan pertama pemberian
BR1M, yang melibatkan kira-kira lima juta keluarga menggunakan pembayar cukai
sebanyak RM2.6 bilion, menyaksikan penilaian kelulusan Najib meningkat sehingga
69 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh lonjakan sokongan daripada golongan
berpendapatan rendah.
Sumber dari BN memberitahu
beberapa survey yang dilakukan baru-baru ini mengatakan bahawa BN perlu bekerja
lebih keras untuk menang dengan lebih besar terutamanya bagi 2.2 juta pengundi
yang pertama kali mengundi.
Pilihan raya akan datang
perlu diadakan selewat-lewatnya sebelum mandat BN tamat selepas April 2013.
Difahamkan kompilasi survey
yang dilakukan mendedahkan bahawa BN boleh menang sehingga 146 kerusi dengan
sekurang-kurangnya 80 dijamin menang, lebih daripada apa yang dimenangi mereka
sebanyak 140 kerusi pada tahun 2008.
Kedudukan Najib dikalangan
masyarakat Cina dan India telah tergelincir selepas itu perhimpunan Bersih pada
28 April, tetapi itu kajian terbaru oleh penyelidik Merdeka Center menunjukkan
mata peratusan Najib mendaki hingga 69 peratus, disebabkan sebahagian besarnya
oleh lonjakan sokongan dari rakyat miskin.
Jika kita lihat sendiri pun sekarang ini Kerajaan BN masih mampu memberikan yang terbaik. Sebagai contoh di Sabah sendiri ekonomi di Negeri itu semakin baik sehinggakan pelabur begitu yakin untuk melabur di Negeri Sabah dalam pembangunan, pertanian dan sebagainya.
ReplyDeletePelaburan swasta Sabah bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini menunjukkan perkembangan positif di mana merekodkan RM10 billion.
DeleteSemoga rakyat akan terus memberikan undian kepada Kerajaan BN. Kerana jika kita lihat sendiri pun Kerajaan BN ini tidak lemah seperti yang disangkakan. tapi kita perlu tahu untuk sesuatu pembangunan memerlukan perancangan yang teliti dan baik.
ReplyDeletePemimpin2 menggesa rakyat untuk menyokong kerajaan namun akhirnya semua terpulang kepada pilihan rakyat sendiri. undi adalah rahsia!
DeleteUndilah dengan berhati-hati, setiap undian cukup memberi kesan besar.
DeleteLet see whether the people will still be with Bn? or they will jump party?
DeletePembangunan ekonomi menghala ke arah yang positif.
ReplyDeleteekonomi kita makin stabil.
DeleteKami menanti pengumuman sah berkenaan PRU13.
ReplyDeleteBN masih parti kuat dan berpengalaman,.
ReplyDeletekerajaan BN masih lagi kukuh dan tidak lemah.
ReplyDeletedpt dilihat pada pilihanraya kecil dimana BN byk memenanginya.
ReplyDeleteJentera pilihan raya BN di semua peringkat sudah lama diaktifkan untuk persediaan pilihan raya umum.
ReplyDeleteBN, yang ketika ini memerintah Malaysia, akan menunjukkan prestasi lebih baik berbanding prestasinya pada pilihan raya umum 2008 apabila ia kehilangan kuasa dua pertiga majoriti di parlimen..
ReplyDeleteberilah peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau akan mengatasi apa sahaja kelemahan yang berlaku pada masa lalu..
ReplyDeletehabuan wang tunai seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sepatutnya dilakukan setiap tahun bagi memperkenalkan program-program yang bermanfaat kepada golongan kurang upaya..
ReplyDeleterealitinya, kerajaan Pakatan, selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang ini bukan sahaja gagal melaksanakan janji-janji dalam manifesto pilihan raya, malah terlalu lemah daripada aspek pentadbiran sehingga menjuruskan negeri ini ke arah kemunduran.
ReplyDeletekenapa Tun M tidak melihat perhimpunan jalanan yang didalangi oleh pembangkang sebagai petanda bahawa pembangkang di negara ini SANGAT lemah sehingga terpaksa menggunakan cara jijik untuk merampas kerajaan?
ReplyDelete