Wednesday 12 September 2012

SABAH TIDAK PERNAH POHON SERTAI MALAYSIA!




Saudara Pengarang,

SAYA baru terbaca surat khabar Daily Express Sabah yang bertajuk 'Tanpa 31 Ogos, tidak akan ada 16 September'. Saya terkilan kerana pihak Daily Express telah mengeluarkan artikel seumpama ini yang mana asasnya adalah jauh daripada kebenaran. Mengapa masih mengagungkan 31 Ogos 1957 sedangkan itu adalah tarikh hari kemerdekaan Malaya?

Perlu diingatkan bahawa Malaya dan Malaysia itu berbeza. Daripada maksudnya dan hasil daripada penterjemahannya itu juga sudah membuktikan bahawa Malaya itu adalah nama bagi Persekutuan Malaya yang dianggotai 11 buah negeri manakala Malaysia itu adalah hasil daripada Persekutuan Empat Buah Negara yang MERDEKA bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia.

Mengapa menggunakan Amerika Syarikat sebagai contoh untuk menidakkan/ menafikan Hari Malaysia ini? Mengapa orang seberang dan para ilmuan yang lagi 'bijaksana dan pintar' tidak 'MENGERTI' dan 'MEMAHAMI' akan satu tarikh yang bersejarah ini?

Adakah mereka ini memang tidak memahami atau berpura-pura untuk tidak memahami demi kepentingan mereka agar tarikh kemerdekaan mereka diagung-agungkan? Kalau mereka menggunakan contoh Amerika Syarikat, maka sukalah saya untuk terangkan bahawa tarikh kemerdekaan Amerika Syarikat 'Jauh Berbeza Daripada' tarikh Kemerdekaan yang dimaksudkan oleh Malaya.

Malaysia 'Tidak Pernah Merdeka Kerana Malaysia Tidak Pernah Dijajah!' Apa yang merdeka ialah anggota negara dalam Persekutuan Malaysia iaitu North Borneo (Sabah), Sarawak, Singapore dan Malaya.

Apa yang sepatutnya diraikan oleh rakyat Malaysia ialah Hari Malaysia (Malaysia Day) dan bukan Kemerdekaan Malaysia! Amerika Syarikat telah mencapai Hari Kemerdekaannya pada 4 Julai 1776. Amerika Syarikat telah wujud terlebih dahulu dan negeri-negeri lain "memohon untuk menjadi ahli" USA dan pasti tarikh 4 Julai haruslah dipersetujui sebagai tarikh kumulatif kemerdekaan USA itu sendiri.

Malaysia tidak wujud sebelum 16 September tetapi hanya Malaya. North Borneo (Sabah), Sarawak dan Singapura 'TIDAK MEMOHON' untuk menyertai “Persekutuan Malaya” tetapi sebaliknya Malaya yang memohon kepada North Borneo (Sabah), Sarawak dan Singapura untuk membentuk “Persekutuan Malaysia”

Jika kita menganggap 16 September sebagai Hari Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, dan kita kena akur bahawa 31 Ogos adalah tarikh 'Kumulatif Kemerdekaan Malaysia', maka Malaysia itu adalah 'Malaya'.

Jadi, ia telah bertentangan dengan 'Saranan Cobbold' bahawa Malaysia 'Bukan Unitari' kerana USA bersistemkan 'Federational Unitary' dan secara automatik ia bercanggah dengan 'Perjanjian Malaysia' bahawa nama persekutuan adalah 'MALAYSIA' dan bukan 'MELAYU RAYA'.

Salam Hormat,

TRULYSABAHAN

No comments:

Post a Comment