Wednesday, 12 September 2012

LACURKAN GADIS SUNTI, IBU DITAHAN




KOTA KINABALU: Seorang doktor, pendidik dan seorang pegawai kanan polis sedang disiasat kerana melanggan dan mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis tempatan berumur 13 tahun di ibu negeri.

Kejadian yang berlaku pada awal tahun ini sedang disiasat dengan pengetahuan polis Bukit Aman yang mahukan kes ini disiasat dengan menyeluruh.

Dan setakat ini polis sudah menahan tiga orang termasuk ibu dan ibu saudara (makcik) dan juga anggota keluarga lelaki gadis itu untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kes ini.

Episod seks ini terbongkar kira-kira dua minggu lalu apabila salah seorang suspek memutuskan memaksa gadis itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Bandaraya di Karamunsing tentang hubungannya dengan pegawai polis itu yang berlaku pada Februari tahun ini.

“Pegawai terbabit yang berada di ibu negeri untuk bercuti telah tinggal di sebuah hotel. Gadis itu kemudiannya dibawa ke hotel itu oleh ibu saudaranya untuk bertemu pegawai polis itu,” kata sumber.

Ibu saudara gadis itu meminta gadis itu mematuhi apa saja kehendak pegawai polis itu.

“Pegawai itu yang pernah berkhidmat di Sabah untuk tempoh beberapa tahun lalu telah melakukan hubungan seks dengan gadis itu,” kata sumber itu sambil menambah bayangkan bagaimana hubungan seks itu dilakukan dengan mangsa di bawah umur itu.

Kejadian ini juga membabitkan dua orang ‘pelanggan profesional’ termasuk dakwaan sesetengah pelanggan mungkin bukan rakyat Malaysia dan seorang dari Semenanjung Malaysia.

Salah seorang suspek itu memecahkan rahsia ini kepada pihak polis apabila dia tidak berpuas hati tentang ‘pembahagian pendapatan’ hasil bayaran dari seks dengan ‘keluarga lain’ didakwa memperolehi sehingga RM1,500.

Seorang pelanggan akan membayar sehingga RM1,500 dengan RM1,000 akan diambil oleh ibu saudaranya yang akan ‘jadi penghubung’ manakala selebihnya akan disimpan oleh gadis itu dan gadis itu diminta membelanjakan wang itu untuk adik beradiknya.

Pegawai polis dari negeri pantai timur, yang kini bertugas di Semenanjung itu dijangka akan ditahan tidak lama lagi dan akan didakwa di mahkamah.

Suspek-suspek itu buat masa ini ditahan reman untuk tempoh dua minggu manakala gadis itu di tempatkan di bawah Jabatan Kebajikan.

Gadis itu juga menjalani pemeriksaan perubatan.

Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin kelmarin mengesahkan kes itu sedang disiasat.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia, kerana menyalahgunakan kanak-k anak di bawah Akta Kanak-Kanak dan juga rogol di bawah Kanun Kesiksaan.

“Kami sedang menyiasat untuk mendapatkan butir-butir lebih lanjut tentang kejadian ini,” katanya enggan mengulas lanjut.

No comments:

Post a Comment