Saudara Pengarang,
WALAUPUN bersempadanan
dengan Palm Oil Industrial Cluster (POIC), namun Taman Warisan yang dibina
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) terpinggir daripada segala
kemudahan asas dan tidak pernah diselenggara sejak dibina; sinonim dengan
Kandang Babi.
Saya tidak mungkin
menyalahkan ibu bapa saya kerana membeli rumah di Taman Perumahan LPPB ini
kerana itu sahajalah kemampuan mereka untuk mendapatkan rumah tempat kami adik
beradik berlindung.
Tetapi saya menyalahkan ADUN
Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said dan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang
berlidah biawak dan tidak pernah menepati setiap janji yang mereka zahirkan.
Keadaan Taman Warisan ini
tidak ubah seperti kandang babi kerana parit dan pembetung tidak pernah diselenggarakan;
sampah sarap jarang dikutip; bekalan air terpaksa dicuri menggunakan pam;
capaian broadband sinonim dengan kelambatan siput babi; talian telefon awam tidak ada dan faktor
keselamatan langsung tidak terjaga.
Lebih teruk lagi, Majlis
Daerah Lahad Datu (MDLD) tidak langsung mempunyai kawalan pemilik rumah
mengubah suaikan rumah mereka macam istana sedangkan Taman Warisan adalah
perumahan murah untuk orang kurang
berkemampuan; bukan tempat menunjuk lagak mengubah suai rumah tanpa kebenaran
MDLD sehingga keadaannya tidak terkawal; sama statusnya dengan setinggan yang
bertaburan di Bandar Pilaks, Lahad Datu.
Saya lihat sebuah rumah (gambar di atas) di
Taman Warisan 1, Lorong 2, telah diubah suai secara keterlaluan sehingga
merobohkan pondok bas yang dibina Ahli Parlimen Silam dan menceroboh tanah simpan
jalan. Bukankah ini akan mengggangu pembangunan dan menyusahkan orang awam?
Saya tidak faham kenapa ibu
bapa saya perlu membayar cukai pintu dan pelbagai kadaran yang lain jika Taman
Warisan lebih daif daripada Kandang Babi di Sungai Nipah, Negeri Sembilan yang
pernah diserang Virus JE; apatah lagi sebelum ini Taman Perumahan ini adalah
'Rumah Penyembelihan Babi MDLD' yang hanya dipindahkan sekitar 1995 akibat
bantahan penduduk.
Sebagai pemilih yang telah
berdaftar di Silam, tetapi bekerja di Semenanjung Malaysia, saya fikir tidak
ada gunanya saya kembali mengundi di Lahad Datu (Parlimen Silam) jika ibu bapa
saya dilayan seperti 'Babi' oleh Kerajaan BN.
Salam Hormat,
MOHD ZAIN A.HASSAN
No comments:
Post a Comment