Tuesday 18 September 2012

SAPP JANJI IC KHAS UNTUK WARGA SABAH



           
Oleh :  GARY LOUIS SUPI
             
PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee berjanji untuk mengeluarkan semula kad pengenalan khas yang membezakan warga Sabah dengan penduduk lain di Malaysia, sekiranya berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Bekas ketua menteri itu berkata, kad pengenalan berkenaan bertujuan untuk membezakan warga Sabah yang tulen atau sebaliknya memandangkan ramai pendatang asing tanpa izin didakwa memiliki MyKad yang dikeluarkan kerajaan persekutuan.

Katanya, 'Kad Pengenalan Sabah' itu antara lainnya akan memberi keistimewaan kepada pemegangnya untuk mendapatkan tanah, lesen perniagaan, peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri.

Tegasnya, kad pengenalan khas yang dijanjikannya itu hanya akan diberikan kepada warga Sabah manakala MyKad yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan adalah kad pengenalan untuk rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Kuasa mengeluarkan kad pengenalan itu terbukti kerana pada masa lalu, kad pengenalan mempunyai tanda tempat dikeluarkan adalah Kota Kinabalu," katanya ketika berucap dalam satu ceramah di Kepayan, Kota Kinabalu pada Jumaat lalu.

Yong berkata, janji untuk mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah itu berasaskan kepada 20 perkara yang ditandatangani apabila Sabah bersama Sarawak, Malaya dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia.

Janjinya itu selari dengan kempen Pakatan Rakyat, yang kini giat berkempen untuk mengembalikan status autonomi Sabah sempena sambutan Hari Malaysia.

Turut hadir dalam majlis ceramah Yong adalah penasihat SAPP yang juga bekas menteri kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansur serta tiga timbalan presiden  iaitu Datuk Eric Majimbun, Datuk Liew Teck Chan dan Amde Sidik.

17 comments:

  1. Perkara ini menampaknya mula untuk memecahkan Sabah daripada Malaysia. Ini memang tujuan SAPP sebenarnya. Fikirkan secara logik cadangan SAPP ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP dah terdesak sampai bagi idea mengarut.

      Delete
  2. SAPP mesti ada agenda yang tidak baik untuk memecahkan SAbah. Berhati-hati dengan SAPP ini.

    ReplyDelete
  3. 'Kad Pengenalan Sabah' itu antara lainnya akan memberi keistimewaan kepada pemegangnya untuk mendapatkan tanah, lesen perniagaan, peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri.

    Bahaya ni kalau warga asing yang dapat. automatik boleh dapat keistimewaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap2 SAPP akan salah guna keistimewaan dengan wujudnya IC seperti ini. Dulu Yong manipulasi tanah juga kan.

      Delete
  4. SAPP memang bermimpi membentuk kerajaan. mustahil sangat ni apa lagi SAPP berjuang sendiri tanpa ada gabungan dari parti2 lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP kalau kau mahu tahu dia ni sekarang syok sendiri sudah...sama lah juga dengan pembangkang2 di sabah...

      Delete
  5. SAPP ni tiada benda baru mahu buat...semua pun yang sudah pernah dibuat dan dihentikan...memang SAPP ni pakar pusing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP kepala YTL memang pakar pusing2. Harap2 rakyat tidak terpedaya dengan muslihat YTL

      Delete
  6. tak boleh pakai idea SAPP ni. mcm nak pecah belah penduduk Malaysia saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagilah idea yang lebih bernas.

      Delete
    2. Cadangan SAPP tu cuma mahu menarik perhatian rakyat dan mengundi SAPP. Promosi PRU13 ba tu.

      Delete
  7. saya tidak akan percaya dengan janji SAPP terutama YTL punya janji.

    ReplyDelete
  8. tujuan IC ini untuk membezakan rakyat sabah dengan PATI atau rakyat sabah dengan orang Malaya??

    ReplyDelete
  9. boleh ka Yong Teck Lee menjelaskan secara terperinci bagaimana beliau mampu melaksanakan janji ini sekaligus menyelesaikan masalah PATI dan Projek IC di negeri ini??

    ReplyDelete
  10. adakah Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah akan ditubuhkan oleh YTL? atau masih dibawah kawalan kerajaan persekutuan? dan apa jaminan bahawa JPN versi YTL ini akan jujur melaksanakan kerja2 mereka??

    ReplyDelete