Tuesday 18 September 2012

PETUALANG SEBENAR 'INNOCENCE OF MUSLIMS'




SULUNG....Inilah pendedahan sulung gambar pertama Pengarah 'Innocence of Muslims' iaitu Nakoula Basseley yang menjadi dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah bersama Anna Gurji.

NAKOULA Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem 'Innocence Of Muslims' yang mencemuh Nabi Muhammad s.a.w.

Salah seorang pelakon filem itu, Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.

Nakoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir yang kini menetap di California. Beliau sebelum ini adalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.

Filem 'Innocence Of Muslims' telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia yang menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia.

Sudan juga telah bertindak balas menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan Amerika di negara itu.

Di California, Gurji yang berusia 21 tahun, yang melakonkan watak pengantin kanak-kanak yang dikahwini Muhammad dalam filem tersebut meluahkan rasa kesal kerana dia telah 'dikhianati' oleh Nakoula. Dia juga melahirkan rasa takut akan tindak balas umat Islam ke atasnya.

"Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang bernama George. Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya," katanya dengan gementar.

Menurut Gurji, beliau adalah penganut Katholik dan bimbang disalah tafsir sebagai menentang agama dan umat Islam.

"Saya mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari. Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem. Apabila orang menonton filem buruk itu mereka akan melihat saya," ujar Gurji lagi.

Gurji berkata dia dan pelakon lain percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil 'Desert Warrior'. Nakoula atau 'Sam' tidak pernah menyebut tentang agama.

'Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi Hilary, pengantin muda kepada watak yang dipanggil George," katanya yang diyakinkan Nakoula bahawa filem yang dilakonkannya hanya tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah di zaman purba.

No comments:

Post a Comment