Oleh : GARY LOUIS SUPI
PRESIDEN Parti Maju Sabah
(SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee berjanji untuk mengeluarkan semula kad
pengenalan khas yang membezakan warga Sabah dengan penduduk lain di Malaysia,
sekiranya berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya akan datang.
Bekas ketua menteri itu
berkata, kad pengenalan berkenaan bertujuan untuk membezakan warga Sabah yang
tulen atau sebaliknya memandangkan ramai pendatang asing tanpa izin didakwa
memiliki MyKad yang dikeluarkan kerajaan persekutuan.
Katanya, 'Kad Pengenalan
Sabah' itu antara lainnya akan memberi keistimewaan kepada pemegangnya untuk
mendapatkan tanah, lesen perniagaan, peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam
negeri.
Tegasnya, kad pengenalan
khas yang dijanjikannya itu hanya akan diberikan kepada warga Sabah manakala
MyKad yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan adalah kad pengenalan untuk
rakyat Malaysia keseluruhannya.
"Kuasa mengeluarkan kad
pengenalan itu terbukti kerana pada masa lalu, kad pengenalan mempunyai tanda
tempat dikeluarkan adalah Kota Kinabalu," katanya ketika berucap dalam
satu ceramah di Kepayan, Kota Kinabalu pada Jumaat lalu.
Yong berkata, janji untuk
mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah itu berasaskan kepada 20 perkara yang
ditandatangani apabila Sabah bersama Sarawak, Malaya dan Singapura membentuk
persekutuan Malaysia.
Janjinya itu selari dengan
kempen Pakatan Rakyat, yang kini giat berkempen untuk mengembalikan status
autonomi Sabah sempena sambutan Hari Malaysia.
Turut hadir dalam majlis
ceramah Yong adalah penasihat SAPP yang juga bekas menteri kewangan Sabah Datuk
Mohd Noor Mansur serta tiga timbalan presiden
iaitu Datuk Eric Majimbun, Datuk Liew Teck Chan dan Amde Sidik.
Perkara ini menampaknya mula untuk memecahkan Sabah daripada Malaysia. Ini memang tujuan SAPP sebenarnya. Fikirkan secara logik cadangan SAPP ini.
ReplyDeleteSAPP dah terdesak sampai bagi idea mengarut.
DeleteSAPP mesti ada agenda yang tidak baik untuk memecahkan SAbah. Berhati-hati dengan SAPP ini.
ReplyDeleteAgenda SAPP untuk menjadikan YTL KM semula.
Delete'Kad Pengenalan Sabah' itu antara lainnya akan memberi keistimewaan kepada pemegangnya untuk mendapatkan tanah, lesen perniagaan, peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri.
ReplyDeleteBahaya ni kalau warga asing yang dapat. automatik boleh dapat keistimewaan.
Silap2 SAPP akan salah guna keistimewaan dengan wujudnya IC seperti ini. Dulu Yong manipulasi tanah juga kan.
DeleteSAPP memang bermimpi membentuk kerajaan. mustahil sangat ni apa lagi SAPP berjuang sendiri tanpa ada gabungan dari parti2 lain.
ReplyDeleteSAPP kalau kau mahu tahu dia ni sekarang syok sendiri sudah...sama lah juga dengan pembangkang2 di sabah...
DeleteSAPP ni tiada benda baru mahu buat...semua pun yang sudah pernah dibuat dan dihentikan...memang SAPP ni pakar pusing..
ReplyDeleteSAPP kepala YTL memang pakar pusing2. Harap2 rakyat tidak terpedaya dengan muslihat YTL
Deletetak boleh pakai idea SAPP ni. mcm nak pecah belah penduduk Malaysia saja.
ReplyDeletebagilah idea yang lebih bernas.
DeleteCadangan SAPP tu cuma mahu menarik perhatian rakyat dan mengundi SAPP. Promosi PRU13 ba tu.
Deletesaya tidak akan percaya dengan janji SAPP terutama YTL punya janji.
ReplyDeletetujuan IC ini untuk membezakan rakyat sabah dengan PATI atau rakyat sabah dengan orang Malaya??
ReplyDeleteboleh ka Yong Teck Lee menjelaskan secara terperinci bagaimana beliau mampu melaksanakan janji ini sekaligus menyelesaikan masalah PATI dan Projek IC di negeri ini??
ReplyDeleteadakah Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah akan ditubuhkan oleh YTL? atau masih dibawah kawalan kerajaan persekutuan? dan apa jaminan bahawa JPN versi YTL ini akan jujur melaksanakan kerja2 mereka??
ReplyDelete