Thursday 18 October 2012

9 EKOR LEMBU UNTUK PASUKAN KESELAMATAN





SERAH… Datuk VK Liew memegang tali sebagai simbolik penyerahan Lembu tersebut sambil disaksikan Lim Ming Ho, Hj  Awang Sham, Au Kam Wah dan  Hj Alipuddin.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEBAGAI ahli Parlimen kawasan Sandakan  yang mewakili pelbagai suku kaum  terus memainkan peranan untuk menjaga  kebajikan semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India dan Bumiputera bukan Islam agar sama-sama menikmati segala kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan yang memerintah sekarang.

Ini memang sudah menjadi hasrat dan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyatnya tidak kira siapa mereka sama ada  penyokong kerajaan atau sebaliknya kebajikan mereka terus terpelihara tiada satupun yang terpinggir.

Ahli Parlimen Sandakan yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui  Keong berkata demikian kepada Wartawan Sabahkini.Net sejurus selepas upacara membahagi-bahagikan 9 ekor lembu sumbangan dari Pejabat Parlimen Sandakan untuk Hari Raya Korban  di sini,  kelmarin.

Katanya, 5 ekor lembu turut diageh-agehkan kepada pasukan beruniform antaranya Pasukan Gerakan Am (PGA), TLDM KD Sri Sandakan, Pasukan Polis Marin, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dan Jabatan Penjara.

Sementara 4 ekor lagi;  2 ekor daripadanya didermakan untuk masjid Jannatun Naim Sri Taman dan  2 ekor lagi untuk Masjid Al- Furqan Kg Sim-Sim.

Kata V.K Liew, ini adalah kali keempat pihaknya memberikan sumbangan seumpama itu kepada masyarakat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Korban pada setiap tahun.





TERIMA …Salah seorang Pegawai Kanan TLDM KD Sri Sandakan menerima sumbangan raya korban daripada V.K Liew.

Liew menambah  bantuan dan sumbangan sebegini tidak hanya sampai di sini sahaja, bahkan ia akan berkekalan setiap tahun sekiranya kerajaan BN masih lagi  mendapat mandat pada PRU ke 13 nanti.

Turut menyaksikan Majlis penyerahan lembu-lembu tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Au Kam Wah, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Datuk Hj Awang Sham Amit, Pengerusi UMNO Zon Elopura Datuk Hj Alipuddin KK Puyun dan Datuk Lim Ming Ho Pegawai Khas Kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment